ni nak cerita pasal aktiviti aku hari sabtu lepas.
seperti biasa, bagun jer pagi. sarapan ala kadar terus mula buat kerja rumah..
sapa lagi nak buat.. kalau bukan aku....
nak harapkan orang gaji yg buat.... orang gaji aku belum sampai-sampai lagi..
tayar kapal terbang pancit katanya... tunggu mekanik repair..
mekanik pulak pergi bercuti kat Abudabi..(honeymoon) katenye..
habistu macam mana...... terpaksalah aku jugak yg buat kerja rumah ni..
first sekali masuk bilik tetamau... aku tengok satu bakul kain tak berlipat.
lepastu aku masuk pulak bilik utama. satu bakul pulak baju kotor yang belum dicuci....
bukak pulak almari.. satu almari kain baju aku duk tergantung kat dalam almari tu.sampai dah sendat-sendatlah almari tu aku tengok.. mananye..baju yang ala -ala muda remaja dulu ada.. manenye baju kebaya sendat,kain belah belakang,
maklumlah.. aku sekarang kan dah XXXL. hihiihii... ade aku kisah.jeling mata sikit macam Azwan Ali Master Chef...
haahh... aku dah fining dah tengok kain baju yang berlambak ni... rasa macam nak fengsan pun ado..
tetiba.. terfikir pulak.. daripada ku tak pakai baju-baju ni.. baik aku bagi pada adik ipar aku..
dalam aku duk melipat baju tu.. skali aku cakap pada hubby...
abang.. sayang rasa baju abang yg abang dapat free tu banyak sangat...
apakata abang hantar ke ampung... bolehla adik ngan ayah pakai kat rumah..
hubby pun.. kata..
boleh jugak.. dan terus je dia pergi pilih baju dia.
ni lah antara baju yang akan dihantar ke sabah... hihi..
lapisan atas tu adalah baju-baju my hubby... lapisan bawah. adalah baju aku.
(untuk adik ipar aku yang sama saiz dengan aku).
asalnya aku ingat nak pos aje baju ni... tapi bila fikir-fikir balik kos untuk pos pun nak dekat seratus...
hemm.. jadi aku tukar rancangan.. untuk angkut sekali masa aku balik raya nanti.. sebab kos tambang semua adalah free.hihii..
tuan rumah tengah gigih menyusun baju dalam kotak..
si bulat lagi gigih mengacau aku..
lompat sini lompat sana. tak reti duduk diam..
tu antara baju aku yang akan dipindah milik..
sibuk betul budak bulat ni..
hem.. dah puas hati mengacau aku. baru dia kluar.hemm... senang sikit hati aku.. kalau tak... tak senang aku nak melipat baju.
- separuh lagi baju aku dan hubby. aku hantar ke pusat kitar semula.
- baju faiz dan nabilah yg dah tak muat tu aku asingkan utk bagi pada sepupu diorang.
p/s : mood happy sebab kain baju kat rumah dah kurang... hihihi...
wahhh rajin nyer dierrrr...
ReplyDeleteieedaz @ mama_isha: bukan rajin.. tp terpaksa.hihi.
ReplyDelete