Jom Join!!

Jan 21, 2013

Karipap Sardin Rangup...

Assalamualaikum uolls...
jom belajar masak..
ok hari ni lovely nak ajar cara masak Karipap Sardin, dengan menggunakan roti.
maksud Lovely.. tak perlu susah-susah guna tepung lagi. guna roti pun boleh..
mudah dan cepat.

Karipap Sardin  Rangup.

nak tahu cara-cara untuk membuatnya.

Bahan-bahan:

1. Sardin  yg telah dimasak dan dilenyek kan.
2. Roti Gardenia.
3. Telur sebiji (berfungsi sebagai  gam)
4. Margerin

 Sardin yang telah di lenyek

 Telur yang telah di pukul

Roti Gardenia

Cara buat:

1. potongkan bhg tepi roti
2. kemudian lenyek roti tersebut (leperkan)
3.sapukan marjerin pada roti
4. masukan inti sardin kedalam roti
5. kemudian rapatkan bucu roti.sehingga berbentul segi tiga.
6. ambil telur yang telah dipukul tadi. dan sapukan ke sekeliling roti. kemudian.
    tutup bahagian tepi roti tadi (kepit kan)
7. kemudian goreng kedalam minyak yang panas. (pastikan api serdahana kecil)
8. setelah roti bertukar warna keemasan. angkat dan toskan minyak.
9. siap....

sedikit gambaran.. utk uolls...

 masukkan inti karipap.
pastikan roti dilenyek / dileperkan dahulu yer.
kalau tidak nnt dia meresap minyak. dan tidak rangup.

 karipap yg telah digamkan dengan m'gunakan telur.

 goreng dengan minyak yang sedikit.

 karipap yang telah dimasak

ok dah siap..
 jemput makan semua...


My Cinta hati dan Anak bujang lovely makan tak berhenti-henti..
lepas ni boleh buat lagi ni..




Jan 18, 2013

Salam Jumaat.

Gambar tanpa Motif..
hanya suka dupa yammy...muahahaha..

huhu.. dapat juga tangkap cik lina yang comel loteh nie.
baju kamisama kan..hihihi..

Jan 17, 2013

Kisah Lovely dan Anak-anak.

Assalamualaikum..
cerita di bawah adalah hasil dari gambar-gambar yang diambil pada hari rabu, semalam, dan pagi tadi..
harap terhibur..


Hari Selasa.
balik dari ambil faiz dari sekolah petang tu. terus ajak en suami pergi makan kek secret recipes.
kebetulan memang dah janji dengan anak-anak nak ajak mereka pergi makan kek secret recipes.
selepas ambil faiz dari sekolah. kami terus balik ke rumah. mandi2. dan terus keluar balik utk pergi ke Presint Diplomatik. ingatkan nak bungkus je. sekali. my anak bujang. dah buat muka tersentap. nak makan
kat situ juga katanya.
ok lah.. lagi pun. dah dapat untung sikit dari hasil jualan. boleh la  tukar sikit selera anak-anak yer dok..


 Nur Izzati Nabilah..
MY Anak dara..

bukan main lagi anak dara ni.
seronok bebeno dapat makan kek yer dik.
siap main suap-suap lagi dengan mama.. so sweet.

 oh yer lupa nak cerita.
sebelum kek dia sampai ke meja.
bising sangat mulut anak dara ni..
siap cakap macam ni.
" Mama.. mana kek adik ni.. lambat betul lah.."
sekali terus budak Secret recipes tu dtg bawakan kek anak dara ni.
ishh.. adik... adik.. mulut tu. coverla sikit.

oh.. ho.. sudah puas mama ajar awak.
 makan pakai tangan kanan.
tapi awak tetap pakai tangan kiri kan..
( mama... pisyo )

hhumm.. tak sangka dah besar dah budak kecik ni.
tahun ni dah 4 tahun la umur dia.
tahun depan kena masuk sekolah lain.
dah tak boleh sekolah kat opis mama lagi..

gambar ni. abang faiz nabil yg ambilkan.
gambar sangatlah bergegar dak faiz oi..
tengok tu muka mama..
bukan main bulat lagi. macam bola bowling kan. hehe..



apalah agaknya yang ayah tengah tengok tu. sampai melopong mulut.
masuk lalat kang..



 ok mari kita ke hari yang seterusnya:

Hari Rabu Malam tadi:

gambar ni. adalah kejadian malam tadi. lokasi di rumah Lovely.
aktiviti adalah, melayan anak-anak buat kerja sekolah.



 Tiga orang budak kecik.
Mohammad Faiz Nabil, Alia (kawan baik faiz), dan Nabilah.
eh.. nampak tak ada ibu bertudung biru kat belakang tu. itu Mama Alia.
kawan lovely dari bujang. Kak Aida nama dia.
opss.. dia adalah salah seorang Silent Rider Lovely..
hehe.. tak sangka..ada juga orang yg baca blog lovely ni.
aauuwww malu pulak..hihi..
masing-masing tengah busy menghabiskan kerja sekolah.

masa ni faiz tengah menunggu Alia.
Alia sedang menghabiskan lagi 2-3 baris sahaja lagi. untuk siap.
teringat ayat faiz..
" Alia cepat Faiz tunggu ni."
bagus faiz. sanggup tunggu kawan habiskan kerja sekolah sama-sama.
 macam tu lah. kawan..
 bukannya pentingkan diri sendiri.


Alia pun baik juga...
selalu jaga faiz kat sekolah kan Alia..

teringat cerita my hubby.

hubby:  Mama nak tahu. tadi Aida cerita. Alia tunggu faiz kat bawah rumah.. 
            dia kata. nak tunggu faiz kat sini. nak pergi sekolah sama-sama.
            pastu kak Aida cakapla. faiz dah pergi . lepastu Alia terus monyok duduk dalam kereta.

Lovely : Alolo.. sian Alia yer. 



ok jom kita cerita kisah  pagi tadi pula:

Hari Khamis. Kejadian dalam kereta.

pagi tadi. My Hubby dah turun awal ke kereta. Lovely dan anak-anak turun lambat.
masa lovely dah nak masuk kereta tu. sekali lovely ternampak. Alia (kawan faiz).
Eh... tanjat acik!!!..
hairan jugak.. dari mana budak kecil ni keluar.. tak nampak pun mama dan papa dia.
rupanya. mama dan papa dia ada kat parking kereta kat bawah bukit tu.
sambil meleleh-leleh air mata dia terus datang ke arah kereta lovely..
lorrr... rupanya.. dia ternampak faiz..
nak pergi sekolah dengan faiz katanya....
kesian.. agaknya. dah lama dia tunggu faiz turun.
hehehe... 
Alia.. alia..


Dua sahabat baik dari Baby lagi..

 untung faiz ada sahabat baik dari Baby lagi..
jangan dah besar nanti malu-malu kucing sudah ler. hehe..

oh yer. teringat kisah malam tadi masa budak berdua tu tengah buat kerja sekolah.
aku saja je tanya diorang.
Faiz ngan Alia nak kawin tak?
Sekali Faiz jawab.. Taknak.. Alia jawab. Nakkkkk...
hehehe...
rasa kelakar pulak budak berdua ni. 
macam manalah agaknya bila dua orang budak ni. 
bila dah besar nanti..
 agak-agaknya.. masih berkawan rapat lagi ke tak.
mesti masing-masing malu kan.. hehe..
mama tak kisah sayang.. berkawanlah..
asalkan pandai jaga diri sudah.

mama harap kamu berdua akan jadi anak yg soleh dan soleha.
berjaya di dunia dan akhirat hendaknya. Amin..

eh.. asal tetiba pulak aku rasa sebak ni.
(macam manalah keadaan anak-anak aku 20 tahun akan datang nanti yer)

 entah apalah pekerjaan mereka
faiz tak habis-habis cakap kat lovely. dia nak jadi Inspektor Polis.

si nabilah pulak bila ditanya. dah besar nanti adik nak jadi apa?
jawapan dia..
adik nak jadi Princes.hehe.. adik-adik.

hemm.. teringat.ayat nabilah masa dalam kereta pagi tadi.
Mama : Adik.. Princes ni tak pakai seluarlah.. nampak PET_ _ _ dia.
dia jawab.
Nabilah : takpa nanti kalau princes nak kencing bagi tau cikgu tau.

hehehe.. ketawa besar lovely dan hubby masa tu.. adik oh adik..


ok lah tu je.. kisah Lovely dan anak -anak. ok bye..






Jan 15, 2013

Jom Sarapan Bersama LOvely.

Assalamualaikum semua..
mesti semua dah sarapan kan...
korang sarapan apa hari ni?
Lovely bawa bekal hari ni. Menu lovely  Nasi Goreng  Sardin.
uolls semua pernah makan Nasi Goreng Sardin tak? Sedap uolls..
kalau sekali cuba. pasti nak lagi dan lagi muahaha..
sebenarnya lovely selalu juga buat nasi goreng sardin ni, sebab cara penyediaannya sangatlah mudah.
Lovely memang suka masak benda-benda yang mudah dan cepat.
senang.. takpayah nak fikir sampai pening2 kepala.

inilah dia sarapan pagi yang lovely bekalkan dari rumah tadi.
Nasi Goreng Sardin bersama Teh O panas.
berselera lovely makan. sampai sendat perut hehe..


sebenarnya bukan lovely sorang je yang bawa bekal hari ni.
anak bujang lovely Faiz dan My Hubby pun bawa bekal yg sama hari ni.
Faiz dan hubby lovely memang suka sangat kalau lovely bekalkan sarapan.
masa tengah pakaikan  faiz baju, pagi tadi. Lovely cakaplah  pada Faiz.
Faiz hari ni mama ada bekalkan faiz nasi goreng tau.. nanti faiz makan kat sekolah yer..
dia punya suka.. sampai melompat2..
"ye ye.. hari ni bawa bekal. yeye.."

emm..
pada yang anda yang nak tahu resepi nasi goreng sardin ni.
baca kat bawah ni yer..(senag jew).

Bahan:
Ikan sardin tin.( lenyek2 kan)
bawang besar  dan bawang putih (ikut suka korang nak potong macam mana)
cili padi  / cili kering satu sudu (kalau nak letak)
garam secukup rasa
kicap (kalau nak letak)
sayur (ikut suka korang)

cara masak:
1.panaskan minyak
2.tumiskan cili kering, bawang besar & bawang putih
3.masukkan ikan sardin bersama sosnya.
4. masukkan garam secukup rasa
5. masukakan nasi
6. masukkan sayur dan cili padi
7. masukkan kicap
8. masak dalam 5-7 minit lepas tu tutup api
9. siap...

selamat mencuba..






Jan 14, 2013

R.O.T.I

Assalamualaikum semua..

sebenarnya tak tahu nak cerita apa hari ni. maklumlah hari isnin kan..
mood pun ke laut cina selatan.
apa pun, sebagai tanda terima kasih saya pada semua yang tertunggu-tunggu N3 terbaru saya.
jadi saya akan jamu anda semua dengan R.O.T. I. hehe..

sebenarnya gambar ni lovely dah ambil beberapa dekad bulan yg lalu.
tapi sebabkan rasa manja yg teramat sangat dalam jiwa ni.
maka lovely simpan dulu gambar R.O.T.I ni dalam microwave kamera.

R.O.T.I ni sebenarnya lovely beli di kedai 1malaysia di presint 16.
kebetulan harga roti ni murah sangat. banyak pulak tu.
dalam hati terdetik bagus jugak kalau beli roti ni. lagi pun. dah lama tak makan roti panjang ni.
apa kata kita tukar selera pulak.
jadi menu pertama lovely.
lovely buat roti benjo dengan menggukan roti panjang ni.
alah senang je resepi yang lovely buat ni. mula-mula. calikkan roti ni dgn mentega, lepastu panaskan sekejap kat dlm kuali. kemudian gorenglah telur. macam telur mata kerbau tu. lepastu letak atas roti tadi.
kemudian.. letaklah sos dan mayonis.. fuhh.. memang menjilat jari uolls.
 .

    
menu Roti yang seterusnya..
adalah roti bakar. tapi gambar agak berpusing.
saya pun tak tahulah kenapa terjadinya sebegini rupa.
dah puas lovely betulkan.
namun.. dia tetap nak lentok kekanan juga.
jadi layankan sajalah yer...

mungkinkah air kopi tu yang berat sangat. sehinggakan gambar ini tidak mampu untuk berdiri tegak..
saya tidak pasti. ada sesiapa yg boleh bagi jawapan tak?
jika ada sebarang jawapan sila tinggalkan jawapannya di bawah ye.
pemenangnya akan saya umumkan dalam surat khabar berita harian esok..
muka tengah tau.. muka tengah.
ok lah saya dah mula merapu..
saya pergi tenangkan fikiran sekejap ye.
jika saya rajin saya dtg semula bersama N4. k bye..



Jan 13, 2013

3 idiots

  gambar dari Google
Assalamualaikum...
jom nyanyi  sikit.. " Ketawa bersama menangis pun bersama, ku bersumpah harap kita mati pun bersama"
uolls siapa tengok cerita hindustan 3 idiots, hari sabtu di tv3 ari tu?
sipa tak tengok rugi..
siapa yang tengok boleh geng ngan lovely... muahahahha..
sebenarnya,dah banyak kali  lovely tengok cerita ni.
tapi, setiap kali lovely tengok cerita ni. lovely pasti akan ketawa besar,
dan mengalirkan air mata
best tau cerita ni.
Sebenarnya cerita ni mengisahkan 3 orang sahabat  yang belajar di satu Universiti yang sama.
ada 3 watak yang berbeza dalam cerita ni.
yang sorang adalah seorang yang minat dalam bidang fotografi, minat ambil gambar-gambar haiwan. tetapi dipaksa oleh bapanya utk belajar kejuruteraan.
sorang lagi (Amir Khan). seorang anak tukang kebun yang pandai, dan telah diupah oleh majikannya untuk menyamar sebagai anak majikannya.untuk mendapatkan sijil kejuruteraan dari sebuah universiti.
kemudian, seorang lagi, seorang pelajar yang lurus bendul, dan ingin membantu keluarganya yang miskin.

pada lovely cerita ni memang best sangat.
dia ada unsur kelakar dan sedih..
masa lovely tonton cerita ni. anak- anak dengan dunia mereka, kusyuk dengan permainan masing-masing.
jadi Lovely dan Cinta hati lovely je yg layan cerita ni.

part paling kelakar:
c-yers weehh,
lovely memang ketawa besar masa part paling kelakar ni.
masa tu Amir Khan pergi melawat ke rumah kawan dia yg baju hijau tu.
kemudian adik kawan dia hidangkanlah roti chapati,
kepada 3 idiot ni.
masa diorang bertiga nak makan roti yang yg mak dia buat tu.
tiba-tiba. bapak kawan dia panggil mak dia.
bapak dia ada sakit apa ntah. gatal2 kot. bapak dia minta mak dia garukan badan dia.
sekali mak dia pergi garu badan bapak dia dengan kayu penguli roti yang diorang tengah  makan tu.
lepas tu dengan selambanya mak dia sambung balik gelek roti capati tu tadi.
yang bestnya siap ada bulu dada lagi melekat kat kayu tu.
Lovely dan cinta hati lovely macam nak pecah perut tengok part tu.

banyak lagi part-part yang kelakar dalam cerita ni. kalau uolls semua nak tahu..
uolls tengoklah sendiri cerita ni yer.
memang  kelakar dan best sangat.

selain dari part yang kelakar. ada juga part yang menyentuh hati Lovely.
ada satu part tu. lovely rasa sedih sangat.
sampai tak sedar air mata ni mengalir.
tapi yang paling best sekali. bukan lovely sorang je yang sedih tau. rupa-rupanya.
cinta hati lovely pun, merah-merah mata menahan sedih tau.
lovely pun apa lagi. memang tak lepaska peluang untuk menyakat dia.
dia pun.. tersengih-sengihla malu. hahhaaa...  tak sangka.  layan jugak mamat ni cerita hindustan yer.
ingatkan layan cerita National geogphy je.. hehe..

suka tengok watak Amir Khan,dalam cerita tu.
dia seorang sahabat yang baik.
walau apa pun yang terjadi pada kawan dia.
dia akan tetap pertahankan kawan-kawan dia.
tak kiralah walau dalam apa jua keadaan sekali pun.
dia akan sentiasa bersama kawan-kawan dia.
macam lagu black tu..
ketawa bersama, menangis pun bersama.

apa pun. tak dapat lovely nak ceritakan betapa bestnya jalan cerita 3 idiots tu.
kalau korang semua nak tahu. korang tengoklah sendiri cerita tu. yer..
lovely pasti, korang jugak akan rasa enjoi bila tengok cerita ni.
ook lah..
Assalamualaikum..  



                                                                                                                                        






Jan 10, 2013

Lunch bersama My Frenz K.Ana

Al.kisah... taiibb..
hihihi...
no.no.. no.bukan begitu...
begini caranya...
lunch tadi.. jam dah menunjukkan tepat pukul 12.30tgh.
perut dah mula menyanyi, lagu terukir dibintang..
dendangan Aizat.. hahhahaa.. (tetiba teringat persembahan Aizat yg best giler kat AJL ari tu).
pastu tekak ni pulak terasa teringin sangat2 nak makan kek Secret Recipes..
aduhai.... sedapnyer...  nak kek.. nak kek.. nak kek...
kasi google sikit gambar kek secret resepi.


gambar google.
huuhu.. meleleh ayaq liur aku...

kemudian terus sms my frenz kak ana.
kak ana jom gi makan kek..
mujur dia ok jer..
kemudian.. terus kak ana kata nak gi alamanda.. hemm.. ok gak tu.
katanya nak cari kamus kat MPH..
ok gak kan.. gi alamanda jauh sikit langkah aku..

sampai je kat alamada.. kami terus menuju ke MPH cari buku kamus untuk kak ana.
lama gak kami pusing kat dalam MPH tu.
sementara kak ana cari kamus dia..
aku pulak saja belek2 buku yang ada kat rak tu.
tetiba ternampak satu buku ni.
dalam hati... hem.. bagus jugak ni..
boleh dijadikan panduan utk  hidup aku..
nak tahu aku beli buku apa?
nindia....


Buku 5o kaedah mendidik anak cemerlang..
baguskan buku ni..


sebenarnya aku ni. bukanlah antara golongan yang rajin membaca macam my hubby tu.
kalau baca surat kabar pun. aku baca yang menarik je.. yang tak menarik.. jeling pun tak..Wahhhahahhahahaha..

ok lepas je.. keluar dari MPH. kami terus menuju ke McDonal.
masa oder tu. ternampak pula set prosperity burger..
wah.. suka.suka..suka.
jadi kami oder 2 set..

 

satu untuk kau.. satu untuk aku..
ehh.. takboleh cakap kau aku.. kau aku. nanti kak ana marah.
nanti mesti dia akan cakap macam ni..
apa ida.. kau cakap kat akak
kau aku. kau aku... ishh..ishh.. ish.. 
hehe..kan.. kak ana kan..
hehehe..

dah lama tak makan prosperity burger ni..
bila dapat makan balik.. perhh memang best..
pedas wehh... berasap molot i.. huhu..

makan punya makan.. 
sembang punya sembang...
tak sedar jam dah pukul 2.00ptg.
halamak kak ana dah pukul 2.00 lah..
jom.. cabut..

selesai makan kami terus balik opis..
hemm... macam tu lah cerita Lunch aku dengan My Frenz kak ana tadi..
apa pun. aku akan simpan setiap detik aku bersama kak ana sampai bila2..
tak kisahlah.. ngan kak ana ke, atau sesiapa saja kangkawan aku.
akan aku simpan dalam lubuk hati aku ini.
kawan wwooiii... segala pahit, manis, masam, suka duka. tu semua kenangan pada aku.
tak kiralah dengan siapa pun.


buat kak ana:
sabar ye..
mungkin satu hari nanti dapat jugak akak bertukar ke kampung.
saya akan doakannya.. insyaallah.. Amin.

tapi....
kalau kak ana dah dapat tukar nanti..
mesti saya akan sedih.. rindu..
dan yang paling penting sekali...
hilangnya seorang kawan yang baik macam kak ana.
mana nak cari. kawan yang baik macam kak ana. 
sob... sob... sedihla..kak ana.
akak jagan nangis tau. biar saya yang nangis takpa..
sob... sob...
peeehhhh.........  sumbat pulak hidung ni..
mana pulak minyak aromatherapy aku ni (sempat lagi promote tu)


aku pun nak tukar tempat kerja jugak lah..
cinta hati..... (tiru ayat shila)
jom kita tukar ke sabah..
mesti bestkan.... 
hari2 boleh makan udang galah.
hihihiiii....


ok lah.. tu je. nak citer utk ptg ni.  bye..





                                                                                                                              

Jan 8, 2013

Mood mau balik sabah sudah mari..

Assalamualaikum..
dan selamat petang semua..
hemmm asal ntah tetiba jew.. lovely rasa rindu pulak sama orang-orang disabah.
terutama pada keluarga mertua disana.
rindu sama mama, bapak dan adik -adik disana.

pastu rindu dengan gunung kinabalu yang cantik tu.
terasa bagaikan gunung tu sedang melambai-lambai pada aku.
lovely... mari... mari...
ohhh... rindunya sama kamu gunung..
benarlah lirik lagu gunung kinabalu tu..

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu…
(betul sangat)

apa lagi yer yang aku rindu kat sabah nun..
hemm rindu nak tengok lembu kat  kundasang.. (yg sangat shoomel)
hem... lagi rindu nak makan masakan mak mertua.. (sedap sangat)
oh yer.. lupa...
rindu kat pulau manukan... (cantik giler pulau tu)

ok lah tu jew..

pada yang berhasrat nak bercuti ke sabah..
meh sini aku link kan N3 aku yang lepas2..
buat korang..
manalah tahu berguna utk korang..yer dok..
aku kan perihatin bersamamu....

 





http://lovelyberryintheblog.blogspot.com/2012/09/jalan-jalan-di-kota-kinabalu-sabah.html ( Jelly Kelapa Sabah)

http://lovelyberryintheblog.blogspot.com/2012/05/buah-bambangan.html  (makanan disabah)

http://lovelyberryintheblog.blogspot.com/2011/01/muzium-sabah.html  (muzium disabah)

http://lovelyberryintheblog.blogspot.com/2012/04/part-2-pulau-manukan-sabah.html  (pulau manukan Sabah)

http://lovelyberryintheblog.blogspot.com/2012/04/sabah-part-1.html  ( Bandar KK)

http://lovelyberryintheblog.blogspot.com/2012/04/part-4-rumah-terbalik.html  (Rumah Terbalik KK)

http://lovelyberryintheblog.blogspot.com/2012/04/part-5.html  (Kundasang)

http://lovelyberryintheblog.blogspot.com/2012/04/part-6-desa-dairy-farm-kundasang-sabah.html  (Desa dairy farm Lembu comel)

http://lovelyberryintheblog.blogspot.com/2012/04/part-7-kundasang-war-memorial.html  (war memorial)


Satay Hut.

Assalamualaikum..
hari Lovely nak kongsikan restauran satay yang boleh dikatakan..
TERBAIK....
terbaik..sebab.
satay ni ada kelainan dari satay-satay yang pernah Lovely rasa sebelum ni.
kelainannya sebab. kalau korang nak oder satay ni. korang ada dua pilihan.
samaada, nak pilih yang saiz kecil atau besar.
kalau saiz kecil.  adalah saiz normal yg selalu kita makan tu.
tapi kalau saiz Besar..
saiznya adalah sebesar duit lima puluh sen lama. (utk seketul ayam).


nilah rupa restauran SATAY HUT yang saya gebangkan tadi.
sebelum pergi sini. sempat jugak kakak saya google pasal satay hut ni.
siap baca coment orang ramai lagi..
ramai jugak yg puji pasal satay hut ni.
tu yg buat kami makin tak sabar2 nak merasa kelazatan satay hut tu.
mujur. My Abang Ipar orang Tanjong Karang.
dia yang bawa kami ke Restauran ni..

hemmm...
nilah dia rupa Satay Hut yang Lovely cakap tadi.
yang ni satay yg di oder oleh kak gee saya.
5 batang  Satay Besar (kiri).
dan 10 batang Satay Kecil (kanan).
kalau korang tengok dalam gambar ni. memang tak perasan sangat yg satay belah kiri tu besar.
tapi kalau korang tengok secara realiti..
perrrhh...  aku rasa mesti korang terkejut beruk.
macam hari tu.. hanya dua batang satay besar je yang lovely dapat habiskan.. yang lain.
lovely hanya mampu tengok je..kenyang sangat.
tapi sangat berpuas hati.
ok rasa satay tu.. memang manis, isi ayam pun dibakar dgn sempurna.
kuah satay pun sedap..
nak tahu berapa harga satay ni?
ok ni dia..

HARGA SATAY HUT:
BESAR        : RM1.30
KECIL         : RM0.70
KETUPAT    : RM0.60

selain dari Satay Besar yang popular kat restauran ni.
ABC besar ni juga. menarik perhatian pelanggan yang datang ke restauran ni.
rasa ABC ni. memang sedap..
cukup segala-galanya..

Harga ABC : RM 2.50

ok jom tengok gambar anak bujang lovely yg tengah layan ABC ni.
eh..eh.. asal tangan lovely cam gitew..
sejuk kerr..
belum makan ABC lagi dah sejuk hehe..

ok lah bye...
eh..eh.. takkan terus nak bye je kan..
mesti korang semua nak tahu, kat mana terletaknya restauran Satay Hut ni kan..
ok semua dah bersedia dengan pen dan kertas?
ok salin ni ye..


ALAMAT SATAY HUT:

LOT 74,

JALAN BESAR,
45500,
TANJONG KARANG SELANGOR

TEL: 03-32694473 
        : 017-3930169 (SOFIA SOFIAN)
        : 017-3930168 (SUHAIMI SAPAR)

WAKTU NIAGA:
4.30 PM - 2.00 AM 




Jan 4, 2013

Minyak Aromatherapy (Safe Care)





MINYAK ANGIN AROMATHERAPY

Fungsi :
Melegakan masalah senggugut
Melegakan masalah sakit kepala
Melegakan masalah kembung perut
Melegakan masalah mabuk perjalanan
Melegakan masalah lenguh2 badan
Melegakan masalah selesema

Hubungi saya ditalian: 01121933908 (ida)
HANYA RM15.00 (Sebotol)

Kos Penghantaran:
semenanjung: RM6.00
sabah/sarawak: RM10.00





Ciri- ciri:

* Kesegaran Haruman Limau Kasturinya, berfungsi sebagai  
   Aromatherapy kepada anda.
   (sesuai bagi anda yang mengalami gejala stress)

* Isi kandungan 10ml (mudah dibawa kemana shj.)
* Selesa dipakai dimana sahaja anda berada. kerana memiliki   
   haruman yang menyegarkan.
* boleh digunakan seisi keluarga.


HANYA RM15.00 (Sebotol)- Tidak termasuk Kos Pos

Hubungi saya ditalian:01121933908 (ida)