Jom Join!!

Nov 29, 2013

MINYAK ANGIN AROMATHERAPY SAFE CARE


 ANDA MENGALAMI SENGGUGUT SETIAP BULAN?

 ANDA  SERING SAKIT KEPALA?

ANDA MUDAH DIJANGKITI SELESEMA / BATUK?

ANDA STRESS?

ANDA LOYA/ MABUK PERJALANAN?

ANGIN DALAM BADAN?

LENGUH-LENGUH BADAN?



** JANGAN BERLENGAH LAGI**
**DAPATKAN MINYAK AJAIB INI**




DIYAKINI YANG TERBAIK!!!

DIYAKINI BERKESAN!!!

DIYAKINI SELAMAT!!!

DIYAKINI KEPUASANYA!!!


CALL/WHATSAPP SAYA 
011-21933908 (IDA) 

 Norida Alias

baby_billa@yahoo.com.my





Nov 27, 2013

Tepung Cucur Nanas (ADABI)

siapa pernah cuba Cucur Nanas Adabi ni.
sebenarnya aku pun first time kot cuba cucur nanas ni.
itu pun bukan aku yang beli.
Kebetulan masa dapat hemper cabutan bertuah hari tu. ada pulak terselit tepung cucur nanas ni.
aku pun apa lagi.. mari kita.. cuba yee,,.

rasanya rangup.. siapa yang suka makan nanas bolehla cuba cucur ni.
pada ku biasa je rasa dia.
sebab aku bukan penggemar nanas.muahaaha..

ok uols.. bye..



Nov 26, 2013

Model Kanak-kanak

hamboi-hamboi -hamboi.. bukan main lagi budak berdua ni. nak jadi model pakaian muslim & muslimah yer..
Aish.. dah macam anak cina, mama tengok. senyum sampai nak tertutup mata. Nabilah pula bukan main lagi bergaya ngan tudung bertingkek-tingkek mama.


Faiz.. senyum jangan sampai bukak mulut. kang kantoi gigi depan dah rongak.. hhahaa..
Adik.. Control cun ok..


hehhe.. gambar ni mama paling tak tahan..
faiz pakai baju bukan main alim, sopan, santun.sekali tangan tunjuk pistol. adik pulak..
Walaupun i duduk tapi i tetap cekak pinggang ok.... hehhehe..

ok tak macam ni mama..
tangan kasi ala ala nasyid sikit.. hihii

ok abang faiz.. mantop...
lepas ni boleh jadi model kanak-kanak.

Nov 14, 2013

Donat Lagi...




 Yee.. Kami Suka Makan Donat..
ok anak-anak nanti mama buatkan donat comel cam gini pulak yer..

Nov 13, 2013

Konvokesyen Tadika Islam Amaniah(MAIWP) PUTRAJAYA 2013

Pejam celik dah besar dah  anak mama.Semalam tamatlah alam tadika bagi faiz.tahun depan dah masuk darjah satu. Cepatnya masa berlalu.. rasa macam baru je semalam mama lahirkan faiz. tahu-tahu.. dah besar panjang dah anak bujang mama ni.

semalam aku ngan hubby ambil cuti sebab nak raikan majlis konvekesyen faiz yang diadakan di Kompleks Belia Cheras. pukul 6.20pg aku dah keluar rumah. sebab semua murid wajib naik bas dari sekolah.Ibu bapa kena naik kenderaan sendiri yer...

faiz dengan geng dia. masa ni kat depan dewan.. baru sampai. jubah pun tak dapat lagi.

untuk tatapan faiz bila besar nanti..
Ye.. dah dapat jubah.. Merah lagi..
Alia & Faiz

Abang & adik.

faiz & mama..
semoga anak mama akan berjaya di dunia & akhirat..Amin..

tiba-tiba mama terasa sebak bila tengok anak mama naik pentas
sebak sebab gembira..
tak tahulah mama sempat ke tidak tengok anak mama  terima ijazah nanti..
harap- harap sempatlah.

Nov 11, 2013

Mini Donat bersama Nutella

Sabtu hari tu, aku bangun awal untuk buat sarapan pagi,.kebetulan family dari sabah turun sini.
harusla i buat bekpes hahha.. bekpesla sangat.Pagi tu aku buat mee goreng.Donat ni sampingan je.

  
first time buat donat letak nutella ni.
budak -budak sukalah.. bukannya makan donat..
diorang duk calit nutella je lebih..

mama nak ambil gambar donat.tapi anak dara tu nak jugak menyelit..

anak dara ni, suka sangat makan donat.
tambah pulak kalau donut ku warna pink. lagi lah dia suka.

Nov 7, 2013

Mali's Corner Char Koay Teow Danau Kota

Jalan-jalan cari makan lagi. macam manalah aku tak demok..
jalan sikit makan, makan sikit jalan.. eeh!! hahha..
 ahad lepas, bawak mak pergi makan kat Mali's Corner.
apa lagi yang femes kat situ kalau bukan char koay teow  
yang super sedap sehingga menjilat pinggan hahha..

Char Koay Teow Mali's

ada tiga jenis char koay teow kat sini.
Biasa RM4.50, Besar RM5.50, dan Special RM7.00
saiz semua sama. cuma beza pada kuantiti  udang.banyak atau sikit.

selain char koay teow, nasi lemak pun ada dijual di sini.

nasi lemak



Warung Bunian

Hadoiyaii.. sakit perut la pulak hari ni, hangin satu badan semua ada. mujur ada minyak angin aromatherapy safe care.. hahhaa.. sempat lagi promode.siapa nak beli whatssap saya ye.no telefon kat sebelah kanan tu.
ok tutup cerita minyak. kita cerita pasal makan sedap kat Warung Bunian pulak.

jumaat minggu lepas dah rancang siap-siap denga dak sue,kak cinda dan dak miera. jom kita pergi makan kat Warung bunian. aku teringi nau nak pergi sana. Macam Best Jew, Macam Menarik Jew... hahhaa..
Cik adik manis Miera,tolong bookingkan ye.lepastu tolong  oderkan sekali menu. Ahkak ikut aje apa yang kau oder. asalkan dapat jejak kaki dan makan dekat kat situ.




 Warung ni adalah salah satu warung makan yang terpilih dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3

Bila sampai je kat warung bunian. tengok-tengok dah ada pinggan yang tertulis nama miera..

 Bersama cik adik manis..Miera.
si tukang booking
Tq Miera.

masa kami sampai tu, tak ramai lagi yang datang.jadi.. aku pun apa lagi..
jom mulakan operasi..
sampai ke dapur aku ambil gambar weii.. hahahha...

tengoklah.. ketam dalam periuk pun aku ambil gambor tau.

huhu sedapnyer ketam masak lemak cili padi ni..
nyum  nyumm.


Antara Menu yang kami oder:


 Udang goreng sambal

 Ketam masak lemak cili padi
sayur

jemput makan semua..

Berrkk.. kenyang.. Alhamdulillah..

sedap weeiii..

kalau sesiapa yang teringin nak cuba makan masakan Warung Bunian ni.
sila call dulu Alang di talian. 017-3812246 (Alang)

Nota: Masakan kat sini memang sedap dan berbaloi

Nov 6, 2013

Donat

Assalamualaikum semua..
salam satu malaysia. semalam gagah tau akak buat donat comel ni. buat tak banyak pun, cuma guna setengah  bungkus tepung je. cukuplah untuk makan anak beranak.dan beri pada jiran-jiran terdekat.
seronok pulak buat donat ball ni. lebih mudah dari buat donat yang bentuk biasa tu.
resepi aku guna resepi mudah yang mak aku ajar je.
ada yang minta resepi kat whatssap aku pun apa lagi.. laju-laju kongsi.
resepi aku lain sikit. tak guna telur pun tapi kalau korang nak cuba boleh je..
jom aku kongsi ngan korang..

Resepi untuk setengah kilo tepung:

Bahan-bahan:
tepung gandum setengah kilo
planta 2 sudu
susu pekat manis 1 sudu
mauripan satu paket (dibancuh dgn secawan air)
air
garam secubit
gula halus (untuk tabur ke atas donat)

Cara-cara
campur semua bahan dalam satu mangkuk.
tambah air sedikit demi sedikit.
pastikan tepung menjadi doh.dan mudah untuk di uli.
kemudian.. bulatkan kecil-kecil, supaya tepung menjadi bentuk bebola.
dan letakkan ke dalam talam yg telah  ditabur dgn tepung.
tunggu sekejap sehingga berbola itu mengembang
kemudian masak bebola donat itu kedalam kuali  yang telah panas minyaknya.
setelah donat bertukar warna keemasan, angkat dan letakkan kedalam bekas yang kering.
dalam bekas yang lain. letak gula halus tadi.
kemudian ambil donat yang telah masak, dan gaulkan ke atas donat.
kemudian, bolehla dihidangkan bersama kopi atau teh kegemaran anda..

s.e.l.a.m.a.t m.e.n.c.u.b.a..