Jom Join!!

Sep 14, 2015

Jom tengok belon besar di Presint 3

Hari Sabtu hari tu,bosan giler duk umah,
En.suami awal-awal pagi dah keluar pergi INSPEN sebab terlibat dengan sukan.
kami ni anak beranak duk jelah kat umah.
petang baru en.suami balik..
lepas aje dia solat asar,aku terus ajak dia jalan-jalan sekitar Putrajaya.
tak kira nak jugak keluar rumah.
lantaklah jerebu ke hape..
bosan tahap gaban ni.
Anak-anak pun muka sedih je duk kat rumah.

 sebenarnya dah 2 minggu janji dengan anak-anak nak bawak pergi tengok belon besar ni. 
tapi asyik tertangguh je.

 muka puas hati dapat keluar rumah.. Yeee










Eh sukalah pergi taman kat sini.cantik sangat pemandangannye..
ok ni ada satu cerita aku nak kongsi ngan korang.
Cerita pasal Mama Sentap!!
cerita dia macam ni...   masa aku asyik ambik gambo kat taman ni,tetiba anak dara aku panggil.
Mama,adik nak main kat dalam tu (port untuk kanak-kanak ). 
mama dia masa tu,sibuk berselfie,sambil tu duk jawab.. takpayahla, kita dah nak balik dah ni..
sekali budak kecik tu bengang agaknye ngan aku. terus terpacut dari mulut dia.
mama ingat mama cantik ke? asyik ambik gambar je...
OMG... tetiba terus aku tersentap... sambil pandang kiri kanan,atas bawah...
takut ada orang yang sedang ketawakan aku.. nasib masa tu jauh dari orang fuh... lega.
dalam hati.. nanti ko.. siap ko dlm kereta nanti. ooo kau tak dapat main kat dalam tu.mama kau, kau kutuk yer. takpa...Huuuuwaaa.. Mama ko sentap...
Tak lama lepastu Ayah dia ajak balik..
Sekejap je pun kami kat situ,sebab jerebu kuat sangat. 
Jerebu di hati mama ni pun dah tebal ni...hahahhaa...
ok bye


Sep 11, 2015

#Throwback #Gambar raya

Assalamualaikum semua..
haha orang dah nak sambut raya haji.
aku tak habis-habis lagi nak tepek gambo raya ari tu.
ado aku kesah...
suka hati mak jemah ler hahaha...
tak kira nak juga tepek wat kenangan.






 Gambo kat atas ni,masa kami buat majlis raya kecil-kecilan kat opis.
buat kat pantry je.saja suka-suka..
makanan pun kami buat potluck je..
seronok.. sebab banyak sangat makanan,
macam-macam ado..


  yang ni pula masa hari penyediaan majlis hari raya bahagian kami..
pening kepala nak fikir macam mana nak menghias dewan yang besar ni..
sampaikan esok pagi tu kami masih lagi buat penambah baikan mana yang kurang,
Alhamdulillah sempat siapkan sebelum majlis bermula petang tu.


 Bersama bekas SUB dan SUB baru.
 Keluarga Bahagia. (geng biru)
Tapi Tetiba ada Datuk Amirul disitu. berbaju kuning lagi.
mungkin Datuk datang melawat keluarga bahagia ni.hehehe..
 seronok hari tu,sebab Qaseh-Ziera pun datang.(tudung merah)




geng tara ku cha,tara ku cha...

ok itu sahaja.
s.e.k.i.a.n

Sep 2, 2015

Rindunye kat mak.

Alhamdulillah tahun ni mak saya dapat menunaikan haji di tanah suci  Mekah.
dah berapa minggu dia pergi, kami sekeluarga mestilah rindu kat dia.
dan Alhamdulillah,malam tadi baru aku dapat call mak aku. sebelum ni kakak aku je duk call dia tanya khabar. Mak aku pesan jangan selalu call,mak kat masjid..
kami pun faham mak nak buat ibadat kat sana,malasla nak ganggu sangat.
tapi dalam hati ni,tuhan aje yang tahu betapa rindunye aku pada dia.
Malam tadi masa aku call dia,aku rasa sebak pun ada,gembira pun ada.tapi mak aku ceria je suaranya.
Alhamdulillah dia sihat... katanya kat sana tengah musim panas.
lama jugak aku bersembang dengan dia. lepas bersembang tu barulah lega rasa hati ni.
kalau tak,rasa macam tak lengkap je hari-hari aku.

kat bawah ni,ada dua tiga keping gambo mak aku,






rindu sangat kat mak,sayang sangat kat mak...
tak sabar nak tunggu dia balik dari haji..