Jom Join!!

Nov 30, 2011

sukanya nabilah makan rambutan.

balik dari rumah kak ana ari atu. aku terus balik rumah opah aku kat slim river perak.
badan dah rase lemau sangat duduk dalam kereta seharian.
jadi mr.mat cool ckp. kita bermalam rumah opah jerlah.
aku sahut.. pendek je. ok..
sampai jer kat rumah opah dah pukul 9.00malam..
perut pun dah lapar balik. nasib kat umah opah ada nasi.
tanpa berlengah lagi.. terus masuk dapur dan bukak periuk.
bukan puasa yang yuk..pagi-pagi bukak periyuk yer.
tp mlm-mlm bukak periyuk..
huwwah..huwah...huwah...

*********************************************************************
**Ke esokkan paginya**


Berarak mendung kelabu....
menyusuri langkahku..
sepanjang kehidupan.. 
penuh dugaan.. 
namun aku tetap a..ku.. huhuu..

*************************
macamtulah lirik lagu yg aku dengar dicorong radio ketika itu.
sambil minum kopi o. bersama nasi goreng kampung yg dimasak oleh 
 kak sumah( bibik makcik aku) yg  sangat rajin orgnya.

*****************************
Tong!!!..Tong!!!! Tong!! ( 10 kali bunyi Tong)
itu menandakan jam kini pukul 10.00 pagi.
pada ketika itu..
aku sedang bernyanyi girang.... dengan lagunya..

pagi yg gelap kini sudah terang....
aku adikmu ..dan engkau abang....
ketika itu. ada sepasang suami isteri serta seorang anak kecil dibawah pohon rambutan..
kepunyaan opahnya..
ha..yg tu bang..yang tu..
taknak yg tu.. yg sebelah dia tu..
ha.. yg tu..
cepat bang..
kait bang..
ha..yang tu.
yg tu..

dan diketika itu juga kedengaran juga suara sang isteri yg sungguh rakus..
meminta suaminya mengait buah rambutan untuk dimakan oleh anak kecilnya itu..
maka sang suami.. hanya mengikut perintah..
bagi memenuhi permintaan si isteri dan si anak.

********************************************************
maka inilah hasilnya..



Si anak yg gembira dengan hasil yg dikait oleh si ayah..


budak kecik yg sangat suka makan rambutan..





main buai.. makan rambutan..
main buai..makan rambutan...
macamtulah gelagak si nabilah..
seronok sangat dia kalau kami bawak dia blk kg..
ok adik. nanti kalau cuti panjang lg kita blk kg yer cayunk...
maka dengan ini saya sudahi dengan..lagu ini.
insyaAllah...insyaAllah..insyaAllah...Ada jalannya
(malay version)

dalam perjalanan ke rumah pengantin.di Parit. Perak Darul Ridzuan.

Giler..panjang punya tajuk..
tp ok kot..
emm biarlah.. janji ada tajuk..
kalau takda tajuk, macam mana nak baca tajuk. betul tak?
hikhikhik... korang pening? aku pun pening..
apa yg aku nak tulis sebenarnya ni? 
GILER + TAJUK + PANJANG + PENING = SJHFBJHSSGYGFBVBVGDSF
FAHAMMM????????
hihikhikkk....
yg sebenarnya aku tengah bosan gilo ni..
sapa nak tolong hiburkan aku..
angkat kain... Auuuwww... Seksi U ni...

*************************************************************************************************

dah jom.. terus layan gambar kat bawah ni ha..
jgn layan budak tak brapa betul kat atas tu.. jom ikut aku kat bawah ni ha JOm..jom cayang jom...



gambar ni aku ambil masa aku dalam perjalanan nak pergi rumah kak anan.
 eh silap lagi..
Kak anan pulak.. 
anak sapa lah tu..
bukan kak anan.
tp kak ana (pengantin)
masa ni kat Higway Plus Utara Selatan.
tu korang nampak tak yg warna putih kat tengah-tengah bukit tu ha..
tu lah air terjun..yer adik-adik.
yg diberi nama Air Terjun Lata Kinjang.
yang terletak di Tapah Perak.
huh.. dah lama rasenya aku tak pergi mandi -manda kat air terjun mahu pun sungai.
bestnya.. terasa kesejukan air sungai tu sampai ke  sini.
eh.. sekarang aku kat opis..
ni bukan sejuk air sungai.. ni sejuk air cond ni ha!!!
tp tak perlah.. sama jugak kan..
 dua -dua AIR... hahhaaha..


yg ni pulak Gua Tempurung..
besar giler gua ni..
bila aku lalu sebelah gua ni.aku rasa diri aku ni. kecik....... ( dengan nada yg panjang)
sangat duduk dalam keta kancil ni ha..
Gua batu kapur ni terletak di daerah gopeng Perak.
sapa tahu angkat tangan...


Pekan Parit Perak Darul Ridzuan..
aku tertarik dan sangat suka tengok bangunan - bangunan lama kat pekan parit ni.
sangat unit. dan penuh klasik..
tp sayang.. aku tak boleh nak keluar utk buat foto hot.
eh.. silap lg.
foto shot.
macam mana nak keluar..
korang  nampak x..
butiran-butiran salji kat cermin tingkap tu ha...
kalau aku keluar kang
 basah pulak pakaian luaran dan dalaman  ni ha..
aauuuuwww..
kang jd macam filem hindustan plak..
tak moh la.


Jam Besar Parit..
sayangnyer.. gambar jam ni kabur..
sudahla kabur, separuh pulak tu.
nasib nampak jamnyer.
kalau nampak tiang je.. 
lagi hampa..
baik ambil gambar tiang lampu kat depan opis ni jer.
takyahla nak kebas-kebas muntot.. naik kancil.
dari putrajaya ke parit nun ha!!


Masjid Radhiatul Mardhiah, Pekan Parit.
semua gambar aku stok ambik dari dlm kereta je.
hujan lebat giler kat luar tu.
kalau keluar..
sure basah kuyup.


Labu Sayung.

aku ambil gambar ni.masa kat Seri Iskandar.
gambar ni pun aku ambil dari dlm kereta gak. time ni. lampu isyarat tu tengah merah. 
jd aku pun turunkan tingkap dan ambil gambar labu sayung ni.

****************************
Betapa jujurnya aku dlm memberi keterangan di atas.
kalau aku jd saksi dalam kes kat mahkamah.
sure lawyer takyah susah-susah nak tanya aku satu persatu.
sebelum dia tanya. 
aku dah bagi jawapan dulu.
jd ada sesiapa nak upah aku jd saksi?
hahahhahhaaa...
gurau pagi semata-mata..

****************************************

ok dah.. Adios..(betul ker aku eja Adios tu?)






Kawan Baik Aku Kawin..

Tawin.tawin..tawin.. adoi yai .. musim sejuk-sejuk nie, ramai betoi yg kawin yer..
pandai depa ni pilih tarikh.. hikhikhikkk..
tak ketinggalan juga kawan aku yg sorang ni. 
Tanjat BoBoi.. bila dia kasi kad pada aku dua minggu yg lepas.
sibuk dia tanya aku. aku gi mana-mana x hari sabtu. aku ngan selambanya jawab..
tak gi mana.. naper?
tak der aper. Nah.. dia bagi aku kad kawin warna Pink.
aku tanya dia, kad kawin kak ana ke ni? dia senyum jer..
bila aku bukak..


 jeng..


jeng.


  jeng...

Tanjat Boboi.. skali lg.
aku punya suka.. macam nak melompat jer..
tp kena cover cun la kan..
takkan nak Hover sangat mengalahkan pengantin kot!!!
lekss.. arr..








Alhamdulillah...
Akhirnya kawan aku dah selamat di ijabkabulkan.
memang dah lama sangat aku tunggu kad kawin dari kawan aku yg sorang ni.
maklumlah.. aku memang rapat sangat ngan kak ana ni. dah macam adik beradik.
dia lah tempat aku bergurau, dia lah tempat aku mengadu nasib,
dialah tempat aku teteskan air mata berdarah..
eh.. air mata jer.
yg berdarah tu  bukan aku..
tp pengantin baru..
hikhikhikkk...
aku pengantin lama..
tak berdarah dah...
hahhaha..(gelak syaiton....)
eh..
eh..
aper aku melalut ni.
gurauan di atas hanya untuk yg telah berkahwin jer yer..
yg masih anak dara tu..
x yah nak ketawa lebih-lebih sangat..
macam faham!!!!..
Faham Ker?...


****************************************************************************************

OPs....
kak ana jgn marah!!
gurau jer..
biasa lah. pengantin mmg  kena kacaulah.
nak-nak plak.kalau dah naik opis.
sure kena punyalah dengan member-member..
yg nakal-nakal  miyang mcm aku ni..
Eh....
 aku ker?


ok lah aku nak bagi ucapan sikit  buat kawan baik aku ni:
kot-kot lah dia terbaca blog aku ni.
kpd Pn.Rohana Bt Mahmud & En.Noor Rahmat.
Semoga korang akan bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya. Amin..
Buat kak ana..
saya ada ucapan khas buat kak ana iaitu:


***************************************************************************


WELCOME TO THE CLUB 

heheheehhehee.....  "  o  o   "
                                   L

jap..jap.. nak nyanyi sikit..

slamat..pengantin baru...
 treng ten ten ten ten ten...
slamat.. berbahgia..
teng..teng..teng..teng..teng..
slamat..ke anak cucu...
slamat...sejahtera................

ok dah..


HABIS DAH>>>
BYE>>>
                                                          

Nov 15, 2011

Hoi !! takder Hotak ker? Busuk Punya Olang!

Rabu lepas punye citer. Macam Lahabau! bak kate org Melake.
takder Hotak punya olang!. Tuhan kasi kau otak, kau letak kat Kepala Lutut. tulah pasal kau jadi cam tu.
orang buang sampah kat tempat pembuangan sampah (umah sampah) yang kau yg cerdik pandai ni. buang sampah kat dalam Lif. Akai tada ka?
Rabu lepas. aku ngan family makcik dah bersiap-siap nak g umah makcik aku kat Shah Alam. nak makan malam kat sana. Ada Gulai Kawah Menanti di sana. Lepas je tengok Pasukan Bola malaysia Vs Thailand, petang tu. kiteorang terus bersiap.dengan semangat kesukanan yg tinggi semua duk pakat pakai baju kuning. tanda semangat cintakan negara. tak pernah -pernah kot aku pakai perfume ck yg laki aku hadiahkan. petang tu sebelum keluar umah. aku pakai perfume ck tu. dengan harapan. akulah insan yg paling harum sekali.

dengan perasaan yg sangat Happy atas kejayaan malaysia menag di tangan Thailand 2-1.
kami pun keluar rumah dengan hati yg berbunga -bunga.
jari pun menekan butang lif.
ting!! pintu lif pun terbukak.
kiteorang pun serbu masuk.
tetiba aku terpandang ada plastik hitam kat tengah-tengah lif tu.
eh!! sapa pulak yg tinggalkan sampah kan dalam lif ni.?
Bengong!!! Ngok ngek kepala kemik betul lah.
memang takda akal betul lah sapa yg buat perangai macam ni.
aku kalau dapat tangkap. orang yg buat kerja macam ni.
aku suruh dia bukak balik  pastik sampah tu. pastu aku suruh dia makan sampah tu kat dalam lif tu jugak.

aku geram sangat.
bukan baru sekali ni jer aku tengok sampah ni di buang merata-rata.
dah banyak kali dah.
aku pernah jumpa kat luar pintu lif la, kat tangga kecemasan lah,
memang aku hairan lah. kenapa ada jugak manusia berkelakuan macam ni.
Akai tada ka?
Busuk Punya Orang!!
Haakkk Tuii!!!..



Nov 11, 2011

Sarapan kat KAYA KopiTiam- Jejantas Sungai Buluh.

dlm perjalanan blk ke kg. Hari raya haji ari tu.
Perut masih kosong time tu.dah mula menyanyi2 mintak d isi.
Mintak en.suami singgah jap kat restauran jejantas.
untuk isi perut. dah tak tahan. lapar giler kot.
tp restauran yg bukak time  tu.  hanyalah
Dunkin Donuts dan KFC je. takkan nak makan Donat plak pepagi buta kan..
Jd. terpandang pulak KAYA Kopi Tiam ni. Nampak mcm Menyelerakan jer.
so kami singgah minum-minum jap kat situ.


 Sarapan nie utk Mama ngan Ayah yg Punya.( Aku & En. Suami)

 Nasi Lemak Utk Faiz & Nabilah.


 Kopi O utk Aku.

 Kopi Susu Utk En. Suami

 Milo Utk Faiz & Nabilah.

Nov 10, 2011

First Time makan Tutti Frutti






sekali cuba nak lagi.
nyum..nyum..

p/s: ada sesiapan nak belanja saya makan kat tutti frutti lg tak? hehehe...


Terima kasih sebab belanja kami makan.

Tak sangka murahnya rezeki kami sekeluarga.Terima kasih kepada Auntie jiah, makcik kepada en.suami sbb yg amanahkan  Anakandanya (Era) untuk belanja kami makan malam ari tu.
kami ni yg hanya menurut perintah.. dengan SEGERA. menunaikan hajat Auntie. hihiii.. 
orang dulu- dulu kata. rezeki jgn di tolak.musuh jgn dicari.maka haruslah di segerakan!!.
tokk gittew?.hehe..
 yang baju kuning tu lah Era. anak Auntie jiah. Dia ni study kat UITM Shah Alam.
Alahaii.. Aish. sejuk hati mama tengok kau aishh. bagusss mengikut arahan.
aku suruh cekak pinggang sebelah dia ikut. jer..
tp aku silap gak patutnya. suruh dia peluk tubuh baru macho!!

Laici cincau utk en.Suami.

Bandung Cincau utk en. Aish.
ktorg yg lain minum air suam jer.
maklumlah. nak jaga suara.

Ikan siakap 3 Rasa

Tom Yam Sea Food

Kacang Panjang Goreng

Burung Puyuh Masak Pedas.permintaan Era.



kami makan kat Village View Bangi.
Lepas jer habis makan kat sini. ktorg pun ingatkan terus la nak balik.
tetiba si Era jerit2!!..
Bang Jom makan kat Tutti Frutti.
Jom la bang...Kak ida jom la. Era belanja.
aku pun. Apa lg..
Terus cakap kat en.Somi jom lah bang..
sayang pun teringin gak nak rasa aiskrim tu.
macam sedap je.
jadi ktorg pun singgah la jap. kat situ.



ok lah nanti aku sambung cita pasal Tutti Frutti plak.
tgg ye!.
bye.

Nov 3, 2011

Sabo aje lah..

Seram sejuk jer aku rase ari ni. badan pulak rase sengal2..
sementara nak tgg jam tepat pukul 5.30ptg. aku pun bagi sms kat en.suamiku.

Abg.. sayang rasa mcm nak demam la.Rase sejuk sangat badan nie.
pastu.. aku send kat no dia.
tak lama pas tu. tipon aku berbunyi tet..tet..tet.tet..
ha.. dia balas..dia balas..
sekali bila aku baca. korang tau dia tulis aper?


Balik kang, makan ubat, lepas tu rehat..
wah.. sejuk hati aku.. dapat suami baik cam nie..
sambil mulut melirikkan senyuman.. hikhik..
TAPI... paling aku tak leh tahan.. ayat kat bawah skali.
tau dia tulis aper?
pastu tengok citer Soffi.......
mesti lepastu Sihat...
sabo jer lah..
dia perli aku.rupanya.
sbb semalam aku buat tektik yg sama.
Sabo jer Lah!!!
Nakal tau Awak ni..
tak per.. ada lori ada bas.
esok lusa aku balas....
tgg jerlah..
hihiii

Happy B'day To Hazirah

Majlis Hari lahir buat Hazirah Anak Pak KamisAn.EEhhh.. silap Anak pak Khamisan tu, Dik Sue yg tinggi lampai tu.hahaa.. marahla dak sue kat aku nnt.Lariii..
kay.. bukan nak c-ter pasal dak sue.Tp Nak c-ter pasal kak Zirah kita nie.
hahhaaa...
k.Zirah muka dah merah, dah standby nak kejo aku.
Run..  huhuu.. 
semput aku. asyik nak main kejo2 jer..
kurusnyer x jugak!!
eh.. melalut lg..
em.. first skali aku nak ucap Happy b'day kat kak Zirah hihii.
nie kali yg ke 430 kali kot aku ucap kat dia.
walau pun aku org yg pertama wish kat dia.tepat pukul 10.30mlm pada 1.11.2011 ari tu. 
tp malangnya mesej aku masuk lambat. pagi esoknya baru dia baca..masa kat opis.
hampehh jer..akhirnya dia kata aku lambat wish...
em..penat jari-jemari i yg montok ni dok tekan-tekan  keypad yg keras tu tau!!

kay lah semoga dia akan sihat selalu dan d murahkan rezeki hendaknya.
amin.. 

jom layan gambar masa kami raikan majlis yg di atur oleh Cik Masyitah.selaku Bos kpd Pn hazirah masa kat Garden Alamanda Putrajaya.

dak Sue & dak Ain.

Cik Kay

yang b'tudung merah tu la Cik syitah selaku Bos Zirah dan Pengatur majlis.

K.min yg bertudung biru.satu-satunya ahli jemputan yg bawak kad dan kek buat b'day Girl.
B'day Girl

kad dari kak min.i like this kad b'coz ada berry..nyum..
k.min.b'day saya tahun depan bln 6.tau.nanti thn depan sehari sebelum b'day saya. saya habaq lagi ye..
nak gak kad yg ada berry2 cam tu!!

So Cute!!




Nov 1, 2011

BAJU KANAK - KANAK POLO RALPH LAUREN

RM 45.00



RM 50.00


RM60.00


RM60.00


RM50.00

RM60.00


RM40.00


Baju Kanak-kanak  POLO RALPH LAUREN.

saiz dari umur 2thn-6thn.