Jom Join!!

May 31, 2013

Anak dara mama yang NAKAL

siapa lagi kalau bukan Nabilah..
perangan memang sebijik ikut mama dia...
memang stok suka menyakat orang...


 gambar  (1)

gambar (2)

 gambar (3)
gambar (5)
hoyeee..... puas hati.. dapat kacau ayah......



Nabilah, memang suka sangat menyakat ayah...dia....
kalau kat rumah memang ayah dia la yang jadi mangsa.....
mama pula jadi pompom girl kat sebelah hhahahaaa... sian ayah...

May 29, 2013

Majlis Bersanding

tunjuk gambar je yer..
malas la nak cerita panjang lebar.. hihii..
(Gambar tidak tersusun )
layan...











 Buat Along & Yat semoga korang berdua hidup bahagia dengan pasangan masing-masing..
 kalau ada masalah.. bawak-bawakla berbincang....
 ok itu sahaja bye...

May 28, 2013

Majlis Akad Nikah Nad & Yasar (Slim River Perak)


Syukur Alhamdulillah selesai sudah Majlis Akad Nikah sepupu lovely 
yang berlangsung pada 25/5/2013 (sabtu)
Semoga kamu berdua tergolong dalam golongan Suami Isteri yang Bahagia...hingga ke Jannah.. Amin..

 Buat Along (Nad) Jadilah Isteri yang solehah buat suamimu..

 Buat Yasar.. Sayangilah Isterimu.sebagaimana kamu menyayangi dirimu sendiri..
berilah kebahagiaan buat dirinya.
kerana dia terlalu menyayangimu..

 sweet sangat..
 Ibu dan Ayah Pengantin Lelaki
 Keluarga Pengantin Lelaki

Ibu dan Ayah Pengantin Perempuan
Keluarga Pengantin Perempuan
 Sepupu-pengantin Perempuan..
      Gwiyomi

Nota:
tak sangka perkenalan yang bermula semasa sesi latihan PULAPOL di Jalan semarak Kuala Lumpur.
akhirnya menjalinkan ikatan buat mereka berdua.. ini lah yang dikatan jodoh.. kan..
semoga berbahagia... bye...

ok tu sahahaja..
nanti lovely sambung  majlis bersanding pula yer.. tunggu...

May 27, 2013

Cara mudah untuk lumurkan garam dan kunyit pada ikan.

cara yang aku ajar ni, adalah cara yg paling mudah dan sangat berkesan pada korang yang menjaga kuku.
 mula-mula masukkan ikan kedalam bekas yang ada penutup, seperti diatas,
 kemudian letakkan garam dan kunyit kedalam bekas tu.(guna sudu)
kemudian tutup penutup bekas tu ketat-ketat dan goncang...
tada... dah siap... muehhh hehehe....
sebati kan....
dan yang paling penting sekali...
tangan korang takkan warna kuning lagi..
percayalah..

hehehheee...

selamat mencuba..

May 23, 2013

Kuih Lidah buaya @ Tiram @ Kapal Terbang

tak kisahla apa sekali namanya. yang penting aku memang suka makan kuih nie..
masa hari ibu hari tu,aku dan kak gee balik rumah mak..
kebetulan pulak mak memang nak buat kuih lidah buaya ni, untuk majlis kahwin sepupu aku.
kuih ni khas buat makcik-makcik yg merewang (acara potong2 bawang).
Mak ambil acara menguli, kak gee acara melenyek, aku acara menggoreng..
heehhee.. i memang suka bab menggoreng ni. sebab mak i suka puji..i hahahhaah..
mak i cakap i pandai m'goreng kuih..uols..
yer ke mak... ke mak saja ni.. bodek lebih nie.. muahahahaa...
akak aku dia memang cerdik.. dia nak buat kerja senang je.. aku memang dah masak ngan perangai kak gee aku..
cerdik..cerdik...

 tepung yg dah siap diuli
 lepas gulung kita potong kecil-kecil..
 lepas potong kita lenyekkan dia..
lepastu goreng..


maaf  yer tak sempat nak ambil gambar yg dah siap digoreng...

resepi pun tak sempat nak salin..
pandai -pandailah cari sendiri yer hihihiii..
i'm sorry..

bye..bye..

May 20, 2013

Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Juru Rawat, dan selamat Hari Guru.

Assalamualaikum..
dan salam 1 malaysia semua..
Selamat hari ibu, selamat hari juru rawat dan selamat hari guru..
                                

  
 gamabar dari google

Selamat Hari Ibu..

hermm banyaknyer hari istimewa jatuh pada bulan mei ni kan..
korang semua hadiahkan apa utk ibu korang, mesti hadiah yang mahal-mahal kan..
tak pun pergi keluar makan sama-sama. apa pun hadiah yang korang kasi. itu semua tak penting yg paling penting sekali, rasa kasih dan sayang kita pada ibu kita. yer dok..
terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang ibu kita lakukan kepada kita.
semua itu,tak dapat kita balas dengan wang ringgit.
dikesempatan ini,lovely nak ucapkan selamat hari ibu buat semua ibu,emak,mama, dan juga umi di seluruh Malaysia. Semoga kalian semua akan dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki..dan hidup bahagia disamping keluarga yang tersayang.
 

Gambar dari Google

Selamat Hari Juru Rawat

kepada juru rawat pulak..
selamat hari juru rawat semua..
besar sungguh bakti anda pada pesakit..
terima kasih kepada Juru rawat yang banyak membantu saya, semasa saya melahirkan dua orang cahaya di hospitak Putrajaya.
Insyaallah kalau ada rezeki saya untuk anak ke-3. kita jumpa lagi yer..hiiiihhhii..
eh.. cerita pasal hari juru rawat ni. baru lovely teringat.
dalam family lovely pun ada juga yg jadi juru rawat..  dan mungkin akan bertambah  seorang lagi. tengah tunggu keputusan temuduga.. harapnya lulus lah..

                                                       


dan yang terakhir sekali..
Selamat hari Guru kepada semua Guru-guru yang banyak berjasa kepada negara.
yerlah kan.. kalau tak ada  guru-guru yang mendidik.. macam mana kita semua nak dapatkan ilmu.
dan dari ilmu itulah  lahirnya  para doktor,para saintis,dan macam-macam lagi lah.
semuanya berkat usaha gigih para guru di sekolah.
eh.. tetiba pulak aku teringat masa sambutan hari guru masa sekolah dulu.

zaman sekolah rendah dulu...
kalau sambut hari guru mesti menu utama dia mee hoon goreng.
lepas tu, mesti ada kacang goreng cap jari tu,hhehee...
aku paling best kalau ada sambutan hari guru ni..
sebab sehari suntuk tak payah belajar.. hahahaha..
dasar pemalas nak belajar kan.
adik-adik.. dan anak-anak sekelian sila rajin belajar.
nanti boleh jadi orang pandai. bila dah pandai, boleh kerja pangkat beso..
kan senang hidup..
boleh balas balik jasa ibu dan ayah.

ok.. uols bye....bye...


P/s: sebenarnya aku terlupa nak publishkan N3 nie.. boleyyy?
       hhahaa.... Layan...







May 9, 2013

Jom Kita Mengundi..

Ahhh.. tak kira, walau pun dah berlalu, tapi aku nak juga tunjuk dgn korang
jejari montok's aku ni.. bukan senang nak pakai inai warna biru tau..
kena tunggu 4 tahun baru dapat.


sekadar bukti aku dah mengundi tahun ni.

May 8, 2013

Gerbang Malam Taiping Ipoh Perak.

Ajernyer giler.. lepas je kami bersauna kat tambun malam tu. kami terus ronda- ronda kat pekan ipoh.
tak tahu hala tuju. main redah aje. asalnya nak cari kedai mamak, perut dah kebulur.
tapi.. haram.. satu kedai mamak pun kami tak jumpa.
mamak pun dah tidur.
tapi budak berempat ni nak jadi burung hantu gamaknyer..
last-last terjumpa Gerbang Malam ni.
kami singgah sekejap, sempat la beli dua tiga barang.
ni pintu gerbangnya..
aternyer agah susah jugak teman nak ngambik gambar pintu gerbang tu.. aku kan kemetot.
jadilah yer.. ni jer yg teman termampu..

 tempat ni lebih kurang macam uptown.
macam-macam ada..
 penyanyi pun ado. terhibur sekejap hati bila dengar adik ni menyanyi.

 eksesori telefon yang paling banyak dijual kat sini.
last-last aku pun terbeli satu.


ni antara yang menarik perhatian aku.
maklumlah, aku memang minat sangat dengan lukisan2 ni.
nanti aku tunjuk kat korang hasil lukisan aku yer..
tunggu..