Jom Join!!

Sep 27, 2012

Peraduan Choclairs: Stack-A-Boom

salam semua..
harap semua dalam keadaan sihat dan happy selalu..
wah... hari ni rasa seronok sangat..
sebab cadbury ada buat peraduan Choclairs Stack A-Boom
hadiah yg disediakan memang menarik..
jadi hari ni lovely nak ajak korang semua masuk peraduan yang dianjurkan oleh cadbury ni.

untuk keterangan yg lebih lanjut..
korang  klik di sini

antara hadiah yang bakal dimenangi ialah:

Picture

Tempoh Peraduan: 3 September 2012 - 14 Oktober 2012

jom ramai-ramai masuk peraduan ni.
mana tahu ada rezeki kita...
selamat mencuba...

Sep 25, 2012

BARANG BUATAN MALAYSIA

Salam 1M'sia..
kepada semua..

Jom Beli buatan M'sia..
hehe.. sebenarnya Lovely nak perkenalkan.. barangan yg lovely jual.

 Barang yang pertama:


 Kerongsang dari Sabah..

kalau nak oder tengok kod dan harga kat dlm gambar ni.


harga seperti dibawah..
Harga tak mahal pun..
ada yang RM12.00 / RM 10.00 / RM 8.00




Barang ke Dua :

Minyak Gamat dari langkawi:

Sebotol RM 3.00
dua Botol RM 5.00


kalau berminat sila e-mail kpd saya di
baby_billa@yahoo.com.

'' BELILAH BUATAN MALAYSIA"

gambar kutu tepung.

seperti yang dijanjikan tadi..

meh sini ramai -ramai tengok kutu tepung yang aku ceritakan tadi..








mesti ada yang kata...aku ni.. kecoh atau hover jer lebih kan..
setakat jumpa kutu tepung pun nak kecoh..
eh!! hello!!!!!!!!!!....
banyak ok.. kalau setakat sekor tu boleh ler aku... kutip dan campak..
kalau dah sampai 5-6 ekor.. kau sanggup nak makan.. heeerr...

kita sebagai pengguna ada hak untuk bersuara...
jangan diam jer.. kalau diam.. kita yang rugi.


pada siapa yang nak tahu cerita di sebalik gambar ni...
klik kat tajuk .kutu tepung


Kutu Tepung

salam semua... heemmm... hari ni aku agak hampa sikit.. dengan kafe kat opis aku ni.. eehh.. bukan hari ni jew.. selalu kot.. tapi nak wat macam mano.. tu je yg ado. nak masak sendiri.. tak sempat kan.. jadi terpaksalah terima seadanya.. baik ke.. buruk ke.. Aku terpaksa redha aje lah.. hari ni.. aku bawak anak teruna aku gi opis.. gara-gara tadika dia half day.. hemm.. macam2.. half day lah.. cuti lah.. nasibla bayo murah. kalau tak.. dah lama aku tukarkan sekolah dia. ok redha lagi... dalam pukul 8.00pg tadi aku bawak faiz gi kafe. untuk beli sarapan.. sekali aku tengok gerai roti canai dah buka.. sekian lamanya gerai tu.. tutup akhirnya dia bukak jugak hari ni. ok aku suka sangat sambil lompat katak... tarik tangan anak dan terus menuju ke gerai roti canai.. sampai depan pakcik tukang ambil oder.. '' roti kosong dua yer.. bungkus'' muka pakcik ada senyum.. sebab pelanggan tak putus-putus datang. pakcik pun.. ambil 2 keping roti canai dan bungkus dalam kertas minyak.. nak kuah apa? campur... pastu nak sambal sikit..(aku cakap) aku tengok kuah dia.. pekat.. nampak macam sedap giler. sambal pulak nampak meliurkan.. huhhh.. tak sabar nak makan nieehh!!! mesti sedap giler's nieehh!!! sampai tempat duduk.. dengan hati yang berbunga-bunga.. aku terus bukak bungkusan roti canai tadi.. koyak sikit kat hujung roti tu.. cicah pulak dengan kuahnya.. perrrhhh... memang terbaik.... sambil kunyah2.. sekali tangan ni.. duk belek2 dua keping roti tadi sekali aku ternampak.. benda hitamm... ehh!!! apa kah?? sungguh aku tak mengerti.. aku belek lagi. jumpa lagi dua tiga ekor.. wah... apakah.. perisa baru ker??? tak puas hati lagi koyak lagi selapis demi selapis.. huwa.... banyak sungguh perisa yang pakcik ni letak.. hebat!!!! ... memang hebat!!! dengan perasaan marah.. yang agak suam2 kuku.. aku terus.turun kafe balik.sambil bawak bungkusan roti canai tadi. aku tengok.. pelanggan dia ada la dalam 4-5 org kat situ.. aku perhati dulu pakcik tu layan pelanggan dia.. lepas tu.. baru aku panggil pakcik tu.. hemm.. en.cik (tak kan nak panggil pakcik kot..) boleh.. kita cakap sikit..(sambil jari tunjuk bungkusan tadi) nampaknya pakcik tu faham.. dan segera ikut aku. ke blak kang skit...(bak kata johan) sampai kat blakang aku bukak bungkusan tadi. En.. tadi saya beli roti canai en. tapi...... masa saya nak makan saya nampak ada kutu tepung lah... bukan sekor dua.. banyak en. ada lah.. dalam 5-6 ekor.. (muka pakcik agak cuak) Eh... saya baru beli tepung ni semalam.. oh yer ker.. agaknya... tepung ni.. dah lama kot.. takpalah en. memandangkan en. pun baru jer buka kedai hari ni.. jadi saya malas la nak kecoh2.. kat depan pelanggan en.. jadi saya nak satel kat sini je lah.. saya nak duit saya balik... pakcik pun... haah!!! boleh!! boleh... sambil pergi ambil duit dan kasi balik kat aku.. aku ambil dan.. ucap kata2.. akhir kat pakcik tu.. sebelum aku pergi.. eemmmm..... en. lain kali.. ayak dulu tepung tu yer sebelum masak... ha... yer..yer.. terima kasih yer puan.. ok... sama... aku tak tahu asal aku punya tahap marah.. suam2.. aja.. hari ni.. selalunya.. kalau benda2 mcm ni terjadi pd aku.. aku akan melenting.. tapi hari ni.. ada cool sikit.. oho.. itu mungkin dulu kot... tapi sekarang bila usia sudah meningkat aku dah boleh bertindak secara profesional.... hhahaha... haktui profesional. sebenarnya.. aku tak sampai hati kot bila tengok muka orang tua.. ok lah tu jer cerita pagi ni.. (gambar ada ambil tapi tak bleh nak download, ker aku yang tak reti guna format baru ni. bila dah pandai nanti aku tempek gambo kutu tepung tu yer..) bye...

Sep 24, 2012

Kuih Cincin

salam sayang semua..

pernah dengar tak sejenis makanan yang berasal dari sabah namanya KUIH CINCIN.
sapa tak tau.. meh sini cik kiah bagi tau..
kuih ni memang terkenal di sabah.
kalau korang cari kat kl memang tak kan jumpa punya..
sebab kat kl belum ada lagi orang duk jual.

First time aku makan kuih ni.. masa aku mula2.. menjejakkan kaki ke sabah dulu.
masa tu inai masih lagi merah dijari u.. hikhikk (pengantin baru)
MIL yang kenalkan aku ngan kuih ni..
semenjak tu.. aku jadi gian nak makan kuih cincin tu.

teringat aku.. masa mengandungkan faiz.
masa tu aku tengah mengandung 5 bulan kot.. (tolak campur bahagi lebih kurang macam tula..)
tak tau kenapa tekak ni.. teringin sangat nak makan kuih cincin.
mintak mak mertua pos kan..
tapi sedeyynya masa tu.. MIL tinggal kat sandakan.
agak susah sikit nak dapat kat sandakan tu..
sebab kuih cincin banyak dijual kat KK.
nasib teringat ada sorang kawan lama yang tinggal kat sana..
terus call dan mintak dia tolong poskan..

selang dua tiga hari..(bersamaan 5 hari)
bungkusan tu sampai kat opis.
wah... akhirnya.. dapat jugak aku kuih cincin..
banyak jugak member aku poskan untuk aku..
memang puasla aku makan..

sekarang ni.. dah senag sikit nak beli kuih cincin..
sebab MIL dah pindah ke KK..
setiap kali balik sabah..
mesti beli dulu kuih cincin ni..
kalau tak. tak sah.. tau...

 Pasar Am Papar

masa cuti raya hari tu..
aku ajak MIL aku.. gi cari kuih cincin..
sebab ada sorang kenalan baru.. oder kat aku kuih cincin ni.. 
selalunya.. aku akan beli kuih cincin ni kat pasar filipin.
tapi kali ni.. aku tukar haluan.
sebab MIL cakap kalau kita beli kat pasar am papar ni lagi murah..
lagi pun dekat sikit dari rumah..
nak tengok rupa kuih cincin?

Kuih Cincin

ni lah rupa nya..
mesti korang nak tahu kenapa nama dia kuih cincin kan..
sebenarnya.. aku pun tak tahu... kahkah..jangan marah yer cik salmah..
nanti kalau ada masa aku selidik.. sejarah.. kuih cincin ni.. yer..hihi..

 ok ni nak lari dari tajuk sikit...
masa kat pasar am papar tu.. aku ada ambil gambar belacan papar.
belacan papar ni.. memang terkenal kat sana..
rasa dia sedap sikit dari belacan biasa..
hari tu.. aku tak beli pun belacan ni.. sebab stok kat rumah masih ada lagi..
so.. habiskan dulu mana yang ada yer.. tak mo membazir.

yang ni pulak  nama dia ambuyat..
makanan tradisi orang sabah..
orang sabah memang suka makan ambuyat ni..
kalau nak tahu cara makan ambuyat ni.. klik kat sini..http://lovelyberryintheblog.blogspot.com/2011/06/ambuyat.html

ok tu jer.. bye...

ada sesiapa nak oder kuih cincin...? hihihihi...


 




Sep 18, 2012

Nasib tak tertinggal..

pagi tadi macam biasalah.. aku tiap-tiap pagi memang kelam kabut..
walau pun dah bangun awal.. tapi bila nak keluar rumah..
mesti macam2 yg terjadi.. tertinggal itu lah.. tertinggal ini lah..
lupa itu lah.. lupa ini lah.. macam-macam...
macam pagi tadi..
aku tengah pakai tudung dalam bilik.. suami aku pulak dah siap awal.
si faiz aku dah siapkan dia awal-awal lagi..tapi pagi ni.. dia nampak bad mood sikit.. mungkin tak cukup tidur kot.
last-last laki aku.. panggil aku..
sayang abang turun dulu yer abang tunggu kat lobi...
aku pun.. ok.. abang bawak adik lah.. mama tak larat nak dukung..
mama bawak faiz...
tetiba aku dengar senyap je kat luar rumah..
bila aku keluar bilik aku tengok.. pintu rumah ternganga.. anak-anak dah tak ada..
dah siap semua, aku pun.. ambil beg anak2.. tutup suis lampu. tutup suis kipas.. terus keluar.
masa kat dalam lif.. tetiba aku teringat.. Eh.. hari jumaat hari tu.. nampak tong susu nabilah dah kosong..
(tong susu taska).
Alamak.... sah.. tinggal kat dapur...
bila lif tu sampai je kat G. aku keluar, dan terus tekan balik lif naik atas..
sampai depan pintu rumah.. aku bukak pintu.. dan terus masuk dapur.. ambil tong susu nabilah..
Tapi hati aku ada rasa sesuatu je yang tak kena.. macam ada benda yang tertinggal..
dalam hati ni.. tertanya.. tanya... eh.. betul ke si faiz dah ikut ayah dia ni..
macam tak sedap hati lah...
ahhh... dah ikut ayah dia kot (nak sedap kan hati).
dah  siap isi susu dalam beg nabilah.. aku terus.. kunci balik pintu rumah aku..
mata ni.. cari jugak selipar faiz.. takde pun.. hemm... sah.. dia dah ikut ayah dia ni..
aku pun.. turun lif.. dan terus.. jalan ke lobi rumah aku..
sampai je kat kereta.. aku tengok kat dalam kereta...
kerusi depan.. kosong..
kerusi belakang.. ada nabilah tengah tidur..
ehhh... mana si faiz ni..?
tanya laki aku.. bang mana faiz????
laki aku.. eh.. mana abang tahu..
kan mama cakap nak bawak dia...
agaknya dia tidur dalam bilik..mama dah cari dalam bilik dah?
aku jawab ler belom....
halamakk....
aku letak beg dalam kereta.. dan terus... naik rumah  sekali lagi...
sampai je kat rumah... terus bukak lampu... dan cari si Faiz...
rupa-rupanya.. elok je anak aku.. tengah tidur kat atas sofa..
patutlah aku tak nampak dia..
dia pakai seluar sekolah warna hitam.. kerusi aku pun warna hitamm... lepastu.. muka dia. dia tutup dengan bantal...
memang sah-sah ler.. aku ni.. tak jumpa dia..
aku gerak dia.. pas tu terus cakap kat dia..
Faiz... faiz tau tak.. mama dah keluar rumah dah tau..
mama dah naik kerata dah..sekali mama tengok faiz.. tak der.
faiz tertinggal kat rumah...
ha.. cepat2...  jom pergi sekolah..
dia pun.. terus bangun.. takut kena tinggal lagi..
aku tanya dia... Faiz.. mana selipar faiz..?
sekali dia tunduk dan ambil selipar dia.. kat bawah rak kasut ...
oh.. patut ler aku tak nampak selipar dia..
rupanya dia letak kat bawah sekali.... selalu kat atas..
hemm..faiz..faiz...
mujurlah... naluri mama ni kuat..
kalau tak tinggal lah awak sorang2 kat rumah dengan bulat. hehe...

P/s: jadi pengajarannya di sini.. pastikan anak anda sudah berada dalam kereta
      sebelum anda memulakan perjalanan yer... hehehe..



Sep 13, 2012

Jalan-jalan di Kota Kinabalu Sabah.

tak tahu raya ke berapa..
aku ajak MIL & adik beradik aku yang lain jalan-jalan kat KK.
tujuan asal nak pergi makan  puding kelapa yang fofuler kat kk tu.
dah lama aku mengidam puding kelapa tu.. akhirnya tercapai jugak hasrat aku..
pagi sebelum kami berangkat..tu. aku dan biras aku sediakan sarapan pagi..
masing-masing nak tunjuk skill masak kat mak mertua.. haahhahahaha....
sarapan yang aku buat adalah..

Sandwich Telur..(susah wo.. buat ni)

yang ni mee goreng ala sabah..
biras aku yang masak..

kalau aku balik sabah.. mesti dapat makan mee ni. mee ni. memang terkenal kat sabah..
aku cari gak mee ni kat KL tak jumpa pun..
ker ada je jual.. tapi aku yg tak jumpa... hahaha..
cara masak pun lain tau... rasa dia tak pedas pun..
bahan masak cuma, bawang merah,bawang putih,kicap,garam sikit, dan perisa.senang kan..
selalunya.. kalau aku makan mee ni. aku akan sediakan cili padi.. potong2..dan perah limau sikit..
aku kuat makan pedas sekarang ni. kalau tak salah aku.. aku kuat makan pedas ni.. start aku lahirkan nabilah..
aku pun hairan.. masa bujang dulu.. aku tengok cili pun aku seriau,.. sekarang.. aku buat ulam jer.. pelik kan..

ni rupa mee tadi sebelum di goreng.
macam maggie kan..

ok lepas jer semua siap sarapan.. kami terus mulakan perjalanan kami ke KK.
tempat yang di tuju ialah di Salut. tempat dimana terdapatnya Puding kelapa yang Fofuler tu.

masa sampai kat sana benda pertama yang aku nampak..
adalah benda alah ni..
kalau tak silap aku nama dia..Lokan.

Lokan.
tapi aku tak sempat makan pun.. sebab tujuan utama nak beli puding kelapa jew..

kat depan kedai tu. ada banyak keropok yang tergantung..macam ni.
aku tak beli pun.. ambil gambar jer..hehe..mintak maaf yer tuan kedai..


kemudia.. nampak kelapa bakar ni.. 
pun tak sempat nak makan jugak...(hampa)
lain kali kalau gi sini.. aku nak stay kat gerai ni.. and cuba semua makanan kat situ.. 
Mesti!!! tak kira.. nak rasa jugak...

berlambak2.. buah kelapa kat depan kedai tu..
nak minum air kelapa pun boleh, nak makan puding kelapa dalam cup pun boleh, nak makan puding kelapa dalam buah kelapa pun boleh..semua boleh..
janji bayo..hehe..

tapi masa sampai tu.. aku tanya satu-satu gerai kat situ..
puding kelapa yang dalam buah kelapa tu.. ada tak...
semua jawab.. habis sudah.... aku pun.. hampa..

last -last.. pergi satu lagi gerai..
tanya lagi.. ada tak puding yg dalam kelapa tu...
dia jawab.. ada.. tapi tinggal satu saja...
cepat2..FIL aku ambil dan pegang siap2 utk menantu manje dia ni.. 
haha...kau ado.. FIL sayang???
sayang kat Ayah..(aku rapat ok ngan bapak mertua aku)

ha.. nampak tak bapak aku tengah buat apa tu..
dia tengah bungkuskan puding kelapa tu untuk aku..
orang lain dia tak kasi ambil ok..
puding kelapa tu.. memang khas untuk aku..
ewahh.. macam orang mengandung pulak aku.. yer..
dapat layanan istimewa lagi.. hehe..

dah siap bungkus.. dia suruh adik ipar aku kasi kat aku..
aku pun.. tersenyum lebo...dapat puding kelapa tu.. 
yeee!!!
TQ Ayah... 
 
 perisa lain yang ada dijual kat situ..

nak tengok roper puding kelapa dalam kelapa tu..?
gi kat bawah...

ni lah roper nyer..
sedap... makan pulak time sejuk..
perhh... sedap sangat..
kami beli bungkus jer masa tu..
masuk2 je. dalam kereta aku terus makan dengan lahapnya..
sekali si faiz datang dari belakang...
Mama kenapa mama punya lain..
dia punya yg dalam cup..
tetiba.. dia kata nak rasa sikit mama...
alih2.. dia kata.. mama punya sedaplah..
tukarlah.. mama ambil abang punya.. abang nak yang ni..
aduhai..anak... yer lah...aku pun tukar..
mujur aku dah dapat rasa sikit..
kalau tak..
compem aku suruh.. laki aku cari batu belah batu bertangkuk... huwwaa...

lepastu kami teruskan perjalanan kami ke 1 Borneo.
saja2 cuci mata..
bawak budak2 tu.. katanya nak habiskan duit..
orang dapat duit raya lah kata kan..

masa jalan2 kat 1 Borneo tu.. PIL terserempak pulak dengan jiran lama..
lama gak diorang bercerita..
aku pun ajak anak2 duduk kat atok janggut putih ni..

 haha..asal muka aku pucat semacam tu..seramm..

Nabilah.. nak pegang atuk tu sebenarnya tapi penakut..
sian anak mama yer...

wah.. dah macam satu keluarga bahagia pulak yer..

yang sebelah faiz tu adik ipar aku yang no.4. Miejah.

balik pada 1 Borneo, ingatkan nak cari goreng pisang cheese.
tapi rancangan terpaksa di tunda ke lain kali..
sebab dapat panggilan dari makcik..
suruh datang rumah.. buat open.. house katanya..
apa lagi.. serbu....

sampai sana.. melantak lagi...
balik ke rumah dalam pukul 8.00mlm dari KK dan sampai di Beuford pukul 10.00 mlm.
sampai je rumah aku terus kemas beg. sebab esoknya nak balik Putrajaya..
fuh.. itu ler cerita aku jalan-jalan kat KK hari tu..
ok habis.. nanti aku sambung lagi citer naik fligth yer..




Sep 12, 2012

MOhon Bantuan..

Assalamualaikum..
ehh..eh.. asal ni pepagi dah mohon bantuan ni..
macam ni.. al-kisahnya..
kemungkinan besar saya akan bercuti ke Penang dan Kedah pada bulan bulan 11 nanti.
selaku setiausaha kelab keluarga saya..
saya diarahkan untuk menentukan destinasi tempat pelancongan kat Penang dan Kedah.
so.. sekarang ni.. saya tengah buntu ni..
jadi nak mintak tolong kat u all kalau-kalau u all tahu.. kat mana tempat yg menarik harus di tuju.. kat Penang dan Kedah..
untuk pengetahuan semua saya akan menginap di Batu Feringgi. so nak tahu.. apa tempat yg menarik dekat2 ngan batu feringgi.dan kat mana tempat makan yg paling best kat situ.
kemudian saya akan menginap pula di Jitra Kedah.. so nak tahu jugak.. kat kedah.. tempat makan yg paling best kat mana...
segala cadangan anda.. amatlah..saya harapkan.. Tq..

akhir kata...

" Mohon Bantuan PLsssss...."

Sep 10, 2012

Merdeka raya.

salam semua..
ahaks.. terlambat sudah..
hari ni hanya nak kongsi ngan korang kemeriahan sambuat hari raya kat bahagian aku minggu lepas..

Tema          : Merdeka Raya ( Ala-ala tahun 50an gitew)
Tarikh         ; 6 September 2012
 Hari           : Khamis
Lokasi        : Kaunter BAC Tkt 6, Blok Tengah.MOF

Ada roper anak dare zaman dulu-dulu tak? hihikk..

sebelum acara bermula sempat jugak aku snap 7,8 keping gambar kat depan rumah kampung ni..
oh yer terlanjur cakap pasal rumah kampung ni...
aku nak ucap terima kasih sangat pada semua warga cukai yg terlibat bagi menjayakan rumah kampung ni.
tanpa kerja sama dari korang semua  tentu rumah kampung ni tak menjadi..
tak sangka walaupun kos untuk buat rumah ni amatlah murah.. tapi dia tetap nampak cantik..
ni semua berkat kerjasama antara kita. tak gitu.. semua..
Tq sangat...

ni antara dekorasi yang bertemakan merdeka raya..
klasik sangat kan..
bermula dari gambar hitam putih kat belakang tu.. sangat klasik..
gambar-gambar tu aku print dari google.tq En. google.
 sedikit sebanyak dapat membantu dekorasi kami.
kemudian..tempat basuh tangan,kole minuman,dan talam tu.. adalah belas ihsan dari cikpuan shige, a.k.a rara. yang sudi hangkut dari rumah akak dia.
piring kecil bunga hitam putih,mangkuk sambal adalah ihsan dari mak aku,sanggup ok aku balik rumah mak aku hari rabu tu.. balik jew dari ambil anak-anak aku terus balik rumah mak.. sampai je kat sana terus tanya mak aku. mana dia letak pinggan mangkuk klasik dia tu.. mujur ada.. timerkasih mak..
cerik besar tu adalah sumbangan dari abang sham..
cawan tu.. ha.. ni agak lucu sikit..
kami pinjam dari kafe bawah.. hahahha...
ok.. mesti korang nak tahu kan mana dapat ubi kayu ngan pisang tu kan.. 
heemm.. tu adalah hasil dari tanaman petani-petani kat pasar tani..
tq kat nadia  sebab dia yang pegi beli kat pasar tani hari tu..bukan setakat beli tolong rebuskan lagi..

 hemmm barang-barang kat sini adalah sumbangan.
rara, kak su, dan k.min.
oh yer.. yang mangkuk tingkat tu, aku hangkut dari rumah mak aku....
bagus jugak.. bila buat tema zaman dulu-dulu ni. berguna jugak.. mangkuk tingkat tu. kalau tak duduklah mangkuk tingkat tu kat dalam kotak sampai berhabuk yer mak..

 ada sesiapa tak yang pernah gantung kad raya kat pokok bunga macam ni?
teringat pulak aku masa zaman kecil-kecil dulu..
kalau time raya, ni lah.. caranya akak aku hias rumah.
ambil kad raya.. pastu gantung-gantung kat pokok bunga.. selebihnya.. tampal kat dinding.. hihii.. 
pastu pasang lampu kelip2... wah.. meriahnya...


ni antara kuih raya orang dulu-dulu..
kerepek bawang.. sedap ada rasa bawang.. apa ramuan dia yer? letak bawang ye?hihi..shige tolong ajo yer..
kuih samperit, kuih bakar,dan kuih bahulu.. 

ok tamat acara deko.. jom ke acara seterusnya..
acara  sketsa..

kisah sebuah keluarga.. yang anaknya bangun lambat pada pagi raya..

kemudian.. datang sekumpulan "anak dara" yang merupakan kawan kepada boboi..
datang ke rumah untuk beraya...

 pengajarannya.. jangan bangun lambat di pagi raya yer adik-adik.. hihihi.

ok tutup kisah sketsa..
kita pergi pula ke acara game raya..
selalunya acara game raya ni dah jadi acara wajib kat bahagian aku ni..
jadi wajib masuk kalau nak dapat hadiah ye..
(untuk meriahkan suasana, sebenarnya..)


aku masuk satu acara jer..
acara binggo..
perkataan berkaitan.. hari raya dan kemerdekaan.

bersungguh sungguh tau aku jawab soalan..
akhirnya menang jugak..

ok selesai acara game..
kita beralih ke acara memotong kek..
utk  b'day boy and girl

b'day boy and girl

bersama kak cinda..

bersama wanie ladybird

kek Merdeka Raya.

kek untuk menghargai pegawai yang bertukar..