Jom Join!!

Dec 31, 2013

Lonely

Lonely I'm Mrs Lonely,
I have nobody,
For my own..
haa.. siapa ingat lagu Akon tu?.. comel weii  video klip dia..
ada baby duduk dalam katil sorang-sorang,sbb mak dia tinggalkan dia.. haha.. comel giler..

tapi sekarang bukan nak cerita pasal baby kena tinggal..
sekarang aku nak cerita pasal baby tua niha..(aku ler)
yang lepak sorang-sorang kat pasar tani sementara tunggu en.suami datang menjemputku pulang..
sebenarnya,suami aku ada kerja kat shah alam hari tu. so masa nak balik jalan jem...
aternye.. aku ni. tunggu punya tunggu dia tak jugak muncul-muncul..sampai pukul 6.30 ptg kot aku tunggu kat opis..  last-last aku wat keputusan nak gi cuci mata sekejap kat pasar tani..


gambar ni masa aku tengah lepak kat kaunter opis..
masa ni dah pukul enam lebih..
pegawai yang lalu lalang kat situ, semua tanya, asal tak balik lagi..
aku jawab.. tunggu suami..
 ada jugak yang murah hati nak tumpangkan aku balik..
tapi aku cakap.. aku nak pergi pasar tani jap lagi.. hihiii

mesti korang tertanya-tanyakan.. asal aku tak balik naik bas je..
jawapannya.. aku memang sengaja.. takmo balik naik bas sebab aku nak pergi cuci mata kat pasar tani..
nak lepak sorang-sorang.. sambil makan char kuey teow botak.
dah lama tak lepak sorang-sorang cam gini..
rasa..bestla pulak.. bila sesekali dapat jalan sorang-sorang cam gini..

char kuey teow botak..
 oh yer.. pada yang tak tahu.. Botak tu adalah nama gelaran si pemilik gerai ye..

ok.. sambung balik cerita..
gambar ni aku whatsapp kan kat group family aku.. kat situ aku tulis..LONELY..
hahhahaa... tetiba kak ita aku tanya.. napa lonely?
mana yang lain.. 
aku pun cakaplah.. tengah tunggu fauzi.. dia tak sampai lagi.. jalan jem..
anak-anak semua kat rumah.. adik ipar jaga..
so orang pun.. lepakla jap kat pasar tani, sementara tunggu fauzi sampai..
sekali.. kak ita aku cakap.. " jangan jalan sorang-sorang nati kena ngorat"
aku jawab... hhahahaha.. jangan risau takda siapa nak ngorat aku yang gemok's  ni.. huhu..
tengah syok..syok..berwhatsapp ngan kakak aku.. sekali.. 
suami aku sampai.. 
dalam hati (terkejut mak... ingatkan pakwe mana yang datang duduk kat sebelah tadi)
rupanya suami aku.. hahhahaa...

lepas habis makan char kuey teow tu kami pun belilah..
dua tiga jenis makanan untuk anak dan adik ipar aku kat rumah..
lepastu..kami pun terusla pulang ke rumah..
habis.....

Eh.. asal.. penutup cerita aku ni macam karangan budak sekolah pulak ye...
ah lantaklah.. aku dah takda idea.. ni  ok bye uolls..
 
 



Dec 27, 2013

Back To Shool - Checklist

sekejapnya masa berlalu.. dah nak bukak sekolah dah..
anak-anak aku.. bukan main sedap lagi lepak kat rumah.tidur lewat.. bangun tidur lewat..
bukan main lemak berkrim lagi..
esok faiz ada orientasi untuk darjah satu... tak sangka.. dah nak sekolah dah anak bujang mama ni..
rasanya macam baru je.. kamu lahir semalam faiz.. tak sangka esok dah nak daftar untuk tahun satu...
mama pulak yang rasa teruja ni..acanner ni.. anak nak sekolah mama yg teruja lebih..
apa pun.. sebelum melangkah ke gerbang persekolahan.. mama ngan ayah dah sediakan keperluan sekolah  untuk abang dan adik, walaupun adik baru nak masuk Tadika tahun depan.. mama kena jugak belikan peralatan sekolah untuk dia... kang muncung pulak mulut anak dara mama tu...
kena adil dan saksama ye mama... takmo berat sebelah..
baiklah.. kat bawah ni.. mama dah buat serba sedikit senarai peralatan sekolah untuk anak mama..
ada yang dah beli.. dan ada jugak yang belum sempat mama beli...
yang belum beli tu... mama tgg bonus baru beli ye.. hihihiii...


 yang atas ni.. untuk abang Faiz Nabil ( 7 tahun )

 yang atas ni pulak untuk adik (5 tahun)
Selamat belajar ye sayang mama...
rajin-rajin pergi sekolah tau.. belajar pandai-pandai..
Insyaallah..anak mama mesti berjaya..
Amin..

Lori untuk di sewa

ada sesiapa nak pindah rumah? mesti tengah pening kepala nak cari lori untuk disewa kan?
so.. semalam aku dengan murah hati tolong carikan korang iklan ni.
semoga pertolongan yang tak seberapa ni dapat meringankan masalah korang..
 ok cau...

Dec 26, 2013

over-confident

 

Assalamualaikum semua.. huhu rindunyer kat blog aku ni.
eh..eh.. asal pulak tajuk aku pasal over confident ni. 
entah siapalah yang aku maksudkan tu yee..
hahha.. sebenarnya akulah orangnya..
Kawan-kawan aku selalu cakap. aku ni selalu over confident...
eh.. ye ke korang?? aku tak perasan pulak...
cer kabor.. cer kabor..hahhhaa...


 

Dec 19, 2013

Prosperity Burger

Nyumm nyum  sedapnyer.. rasa macam nak makan lagi je.. padahal baru je pergi makan masa lunch tadi.
dah janji lama ngan budak sue tu. nak gi temankan dia makan burger ni.
akhirnya termakbul jugak tadi..
ikutkan nak pergi berempat.. tapi miera takdapat join la pulak.. ada hal yang tak dapat dielakkan.katanya.
 ok uolls tu je.. bye..


Buka Gerai Makanan Semperna Pertandingan Memancing Putrajaya 2013

Aktiviti aku ngan kangkawan opis minggu lalu. Pada 15/ Nov/2013 Bertempat di persisiran tasik prisint 2 dan 3 putrajaya.
Aku dan 4 orang lagi rakan niaga,hahahhaaa.. lawak pulak rasa.. bila guna perkataan rakan niaga tu..
telah membuat jualan makanan masa acara pertandingan memancing tu.

ni tema yang aku pilih untuk gerai makanan kami..
aku siap arahkan kawan-kawan aku supaya diorang buat makanan untuk Breakfast sebab acara tu bermula seawal 8.00pg.. Compom abang2 pancing tu belum sarapan lagi. jadi.. Kita fokus untuk makanan breakfast je.. Kawan2.. aku pun bagus.. ikut je arahan aku... hihihiii..

ni antara menu kami..
Air kotak,karipap,donat,mee goreng,dan air tin..(eh.. ada orang breakfast dgn air cola ke)hihiiiii.

Dah Penat berniaga.. Jom kita kira untung sesama...ye..

Kereta Sewa sekitar PUTRAJAYA

Alhamdulillah..
masa aku balik kerja semalam, aku terpandang iklan kereta sewa ni, kat papan iklan rumah aku.
ok.. harus ambil gambar dan tepek dalam blog ni. berguna untuk aku dan korang jugak..
Aku kan prihatin bersamamu faizah..  muahahahahaa...


ok uolls.. bye..

Dec 12, 2013

Red velvet Siri-3

comotkan.. miyahhaaa..
aku buat sikit je kali ni.just memenuhi permintaan kak sue.. hihi
tapi agak hampa sebab aku tak pandai deko kek ni..
niat di hati nak deko cam gini..
gambar dari google

tapi aku terbuat cheese tu cair pulak. sebab mixer aku dah rosak.. huhu sedih..
macam mana nak buat kek lagi ni. mixer dah terbakor.. sedihnyer..

nampak gaya, kena pujuk Mr. mat cool lagi ni..
boleh ye Mr.mat cool plz..

Dec 11, 2013

Jom makan durian..

siapa suka makan buah durian angkat tangan...
siapa tak suka duduk diam-diam.. 
rugi wwoo.. sedap...

 Durian Musang King
aku makan dua ulas je dah kenyang..
isi dia punyalah padat.
berbaloi-baloi..
herrmm.. Nak makan lagi..
sedapnyer..



Dec 10, 2013

Nasi Lemak Teh O

 Nasi Lemak Teh O

Alhamdulillah.. Kenyang sudah..
orang dah nak makan untuk lunch dah aku baru terhegeh-hegeh nak tepek gambo sarapan pagi..
sebenarnya sarapan pagi aku pagi tadi ditaja oleh seorang pegawai kat opis ni. 
gara-gara tolong dia bungkuskan 15 bungkus nasi lemak untuk mesyuarat pagi tadi.
Alhamdulillah.. rezeki.. orang nak bagi aku ambil je.
Rezeki jangan ditolak.. 
yer dok..

terima kasih yer cik bos yang sudi belanja...

p/s: Esok pagi siapa pulak nak belanja ai.angkat tangan..

Dec 5, 2013

Red velvet

Assalamualaikum uolls...
dah berapa hari tak mengupdate belog ni. lindu pulak.. auuww..
ok hari ni akak nak citer pasal hakak buat kek red velvet diknon.. ahaks..
first time uolls.. i buat kek red velvet.. selalu buat kek coklat jer..
ini kali kita kasi tukar sikit..
kita takmo buat warna coklat. kita buat warna merah pulak..
nak tahu jadi ker idok.. jom nengok kat bawah ni...


cikidauuttt....
>
>
>
>
>
>
>
>

ni cobaan yang pertama yer diknon..
miyahahhaa..
ok ler.. untuk makan sendiri.. bukan untuk jual pun..
sedap ke idok.. aku belasah je..
janji ada rasa kek.. miahaha...

lepas masak kek ni. aku terus post kat FB ramai pulak yang komen..
esoknya gi kerja, ramai yang bertanya.. mana Red velvetnya..
nak rasa jugak.. hahhahaa..
jawapan aku.. dah habis... hihiii.. 


esoknya.. rasa tak sampai hati pulak buat kawan -kawan macam tu..
dah ler aku menayang gambo.. lepas tu tak bagi orang rasa pulak..
rasa kijam sangat..
Esoknya aku buat lagi.. khas buat kawan-kawan  opis.. 

niler ruper versi ke dua aku..
aku buat cup kecik je.. supaya ramai sikit yang boleh rasa..

oh yer.. pada member opis yang tak dapat rasa tu.. aku minta maafla yer..
hihihiiii...
janganlah rasa kempunan sangat.. bukannyer sedap sangat pun kek yang aku buat ni.. hahahahaaa.
korang buat lagi sedap..
aku pun pakai tepung segera je pun miyahahhaaa..

ok uolls.. bye...

 





Nov 29, 2013

MINYAK ANGIN AROMATHERAPY SAFE CARE


 ANDA MENGALAMI SENGGUGUT SETIAP BULAN?

 ANDA  SERING SAKIT KEPALA?

ANDA MUDAH DIJANGKITI SELESEMA / BATUK?

ANDA STRESS?

ANDA LOYA/ MABUK PERJALANAN?

ANGIN DALAM BADAN?

LENGUH-LENGUH BADAN?



** JANGAN BERLENGAH LAGI**
**DAPATKAN MINYAK AJAIB INI**




DIYAKINI YANG TERBAIK!!!

DIYAKINI BERKESAN!!!

DIYAKINI SELAMAT!!!

DIYAKINI KEPUASANYA!!!


CALL/WHATSAPP SAYA 
011-21933908 (IDA) 

 Norida Alias

baby_billa@yahoo.com.my





Nov 27, 2013

Tepung Cucur Nanas (ADABI)

siapa pernah cuba Cucur Nanas Adabi ni.
sebenarnya aku pun first time kot cuba cucur nanas ni.
itu pun bukan aku yang beli.
Kebetulan masa dapat hemper cabutan bertuah hari tu. ada pulak terselit tepung cucur nanas ni.
aku pun apa lagi.. mari kita.. cuba yee,,.

rasanya rangup.. siapa yang suka makan nanas bolehla cuba cucur ni.
pada ku biasa je rasa dia.
sebab aku bukan penggemar nanas.muahaaha..

ok uols.. bye..



Nov 26, 2013

Model Kanak-kanak

hamboi-hamboi -hamboi.. bukan main lagi budak berdua ni. nak jadi model pakaian muslim & muslimah yer..
Aish.. dah macam anak cina, mama tengok. senyum sampai nak tertutup mata. Nabilah pula bukan main lagi bergaya ngan tudung bertingkek-tingkek mama.


Faiz.. senyum jangan sampai bukak mulut. kang kantoi gigi depan dah rongak.. hhahaa..
Adik.. Control cun ok..


hehhe.. gambar ni mama paling tak tahan..
faiz pakai baju bukan main alim, sopan, santun.sekali tangan tunjuk pistol. adik pulak..
Walaupun i duduk tapi i tetap cekak pinggang ok.... hehhehe..

ok tak macam ni mama..
tangan kasi ala ala nasyid sikit.. hihii

ok abang faiz.. mantop...
lepas ni boleh jadi model kanak-kanak.

Nov 14, 2013

Donat Lagi...




 Yee.. Kami Suka Makan Donat..
ok anak-anak nanti mama buatkan donat comel cam gini pulak yer..

Nov 13, 2013

Konvokesyen Tadika Islam Amaniah(MAIWP) PUTRAJAYA 2013

Pejam celik dah besar dah  anak mama.Semalam tamatlah alam tadika bagi faiz.tahun depan dah masuk darjah satu. Cepatnya masa berlalu.. rasa macam baru je semalam mama lahirkan faiz. tahu-tahu.. dah besar panjang dah anak bujang mama ni.

semalam aku ngan hubby ambil cuti sebab nak raikan majlis konvekesyen faiz yang diadakan di Kompleks Belia Cheras. pukul 6.20pg aku dah keluar rumah. sebab semua murid wajib naik bas dari sekolah.Ibu bapa kena naik kenderaan sendiri yer...

faiz dengan geng dia. masa ni kat depan dewan.. baru sampai. jubah pun tak dapat lagi.

untuk tatapan faiz bila besar nanti..
Ye.. dah dapat jubah.. Merah lagi..
Alia & Faiz

Abang & adik.

faiz & mama..
semoga anak mama akan berjaya di dunia & akhirat..Amin..

tiba-tiba mama terasa sebak bila tengok anak mama naik pentas
sebak sebab gembira..
tak tahulah mama sempat ke tidak tengok anak mama  terima ijazah nanti..
harap- harap sempatlah.