Jom Join!!

Apr 30, 2014

Restoran Upin Ipin.

Sabtu lepas, en. suami ajak pergi shah alam, sebab makcik dia baru sampai dari sabah.
maka kami anak beranak berdezup dari putrajaya ke shah alam.
kebetulan pula hotel yang makcik dia menginap memang dekat dengan restoran upin ipin tu.
masa nak parking kereta anak-anak  dah melompat kegirangan sebab nampak gambo upin.

 Layan cerita Upin Ipin dulu sebelum makan.
 budak ni. paling teruja dapat masuk kat restoran Upin Ipin.






tak tahulah nak cerita apa.. layan gambo je lah ye.. muhahaha...
ok bye..

Apr 29, 2014

Majlis Support Staff Siri 2

sebenarnya majlis diadakan untuk mengenang jasa staff yang akan bertukar ke kementerian lain..
majlis dirancang oleh kak min.selaku sponser terbesar kami... Tq, kak min sebab bagi rebet RM5.00 utk setiap jemputan... hahhaha... ok kenapa RM5.00?? sebab birthday kak min yg ke-35th..
ini bermakna tahun depan.. kita semua dapat rebet RM6.00 pulak.. tambah lagi sengget.. muahahha..


 jemputan seramai 18 orang. termasuk staff yang akan bertukar. tapi sayangnya.. last minit. dua orang yang diraikan, tak dapat datang...


majlis berlangsung di restaurant DiMa Cyberjaya..
makanan Arab... ya habibi yamaulana...

 Kami Staff yang berdedikasi hokeyy..

 muka je ceria.. tapi dalam hati.. siapa yang tahu.. huwwaaa... sob..sob..

 sesi ucapan, sedeyy sangat..    tapi dalam sedih.. ada jugak gelak tawa..

 sebenarnya, ada rasa terkilan sikit sebab Rara dan Wahida tak dapat joint sekali masa ni. masing-masing ada hal.. takpalah.. nak buat macam mana.. ada rezeki nanti kita makan sesama lagi ye..
 Rara & Wahid.


 kepada semua kawan-kawan yang telah bertukar & akan bertukar. selamat maju jaya.
halalkan makan minum dan maafkan jika ada salah dan silap saya, selama perkenalan kita..
kita hanya manusia biasa yang bisa membuat kesilapan..

- semoga berjumpa lagi -





Apr 28, 2014

Klik.. Klik di MaGic

Tak sangka nama tersenarai untuk bertugas semperna majlis perasmian Malaysia Global Innovation And Creativity Centre (MaGIC)  pada 24- 27 April 2014.

jom bergambar dulu depan pintu masuk MaGIC

kami sebagai urusetia


 sempat juga masuk amazing race, taniah buat kak min dan dayah..  menang tempat ke-2.


 pemenang tempat ke-4

taniah wat kami berdua yang menag tempat ke -4.
 bukan main suka.. mengalahkan pemenang tempat pertama.. 
hover sangat.hehhehe..
Bergambar dengan pemimpin besar dunia.
  Presiden Amerika Barack Obama  & Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohammad Najib bin Tun Abdul Razak

Apr 24, 2014

Ayam panggang + Pemanggang Ajaib..


 tak sangka malam tadi en.suami ringan tulang sangat.. dia masakkan kami ayam panggang yang saaangat sedap.. sehingga menjilat  10jari..hihihi
errrmmm.. sedapnya...  terasa sampai sekarang..

 aku memang suka kalau suami aku masak.. kalau dia masak.. mesti aku kasi 5 bintang.
 anak-anak pun suka..
faiz paling banyak makan..
ayam tu sampai tak cukup ok.. nasiblah ada anak yang baik hati.  
siap cakap kat aku  Mama..kalau mama nak ayam.  Mama ambillah.. abang punya sikit..
alahaiii... sejuk hati mama nak oiii...
 aku tak tahu, bahan apa yang suami aku masukkan... tapi yang penting. Dia guna sos ni, sbg bahan utama..

mudahnya ada pemanggang ajaib...
masakan jadi cepat dan berkhasiat...

Apr 23, 2014

Pak Kasim dan Mak Jemah pergi surau..

Pak kasim dan  Mak Jemah.. hari pertama pergi mengaji kat surau..
Alhamdulillah.. kat blok rumah aku, dah ada ustaz yang boleh mengajar anak-anak  mengaji..
nampaknya budak berdua ni pun bukan main berkobar2.. nak pergi mengaji.
bagusla nak.. belajar rajin - rajin tau..

semoga jadi anak yang soleh dan solehah ye sayang..

lepas balik mengaji..budak berdua tu, terus mintak nasi.. lapo la tu..

dalam pukul 9.00mlm macam tu.. aku panggil faiz. nak suruh buat home work..
last-last aku terjumpa dia dah terdampar atas katil aku...
siap tidur dengan bujur lagi..faiz..faiz..

sian aish.. penat sangat dia.. pagi pergi sekolah,petang kafa, malam mengaji pulak..
takpalah sayang.. bersusah-susah dahulu.. bersenang-senang kemudian..

Insyaallah anak-anak mama akan berjaya dunia akhirat Amin...

Apr 22, 2014

Belajar untuk positifkan minda..



Assalamualaikum.... semau.. sihat ker idok? aku Alhamdulillah.. sihat.
Positifkan Minda?  Yes... aku sekarang tengah cuba berusaha untuk positifkan minda..
kalau boleh tak nak  fikir benda-benda yang negetif...
macam sekarang... bebanan  kerja amatlah banyak.. tapi aku akan cuba tangani dengan tenang..
Insyaallah, aku akan cuba selesaikan dengan baik...
pada aku.. kalau ada kerja.. buatlah.. sampai habis...  kalau tak habis juga.. kita sambung esok.. hihi..
itu adalah tugas kita. kita diberi gaji atas tugas yang diamanahkan.. 
tak perlulah nak merungut, atau mencari kesalahan orang lain...   
buat kerja dengan tenang.. tak perlu tergopoh gapah...   yang penting.. Buat kerja..

* Jom Positifkan Minda*



Apr 21, 2014

Lempeng Pisang + pemanggang ajaib


             sabtu lepas tak tahu nak masak apa... last-last buat lempeng pisang...
             pastu wat kopi o..
             herrrmm  memang best.. sangat..  en.suami balik kerja terus hidangkan kat dia... panas-panas.
             habis tiga keping sekali makan... lapor sangat ler tu..
             makan-makan..makan.. kalau tak cukup mama masak lagi..


eh.. nak puji sikit.. bagusla pemanggang ajaib ni..
serbaguna sangat tau..
macam-macam boleh masak. dengan pemanggang ajaib ni.. kerja jadi mudah sangat..
suka..suka..suka..

Apr 18, 2014

Keputusan Ujian membaca,menulis dan fardhu ain Izzati Nabilah.

Hari rabu hari tu aku pergi ke tadika Nabilah untuk tengok keputusan ujian pertama dia.
rasa teruja dan berdebar-debar pulak... first time aku pergi sekolah anak untuk tengok keputusan ujian. faiz dulu sekolah lain keputusan ujian semua cikgu yang simpan.lepastu takda perjumpaan ibu bapa dengan guru.. jadi ibu bapa hanya boleh lihat keputusan dan perkembangan anak bila hujung tahun je...
rasa berdebar pulak  nak jumpa cikgu...
ehhehhh...   aku pulak yang rasa takut... poyo kan..
yerlah... kadang-kadang.. anak-anak ni. kat rumah perangai dia lain. bila dah sampai sekolah lain pulak perangainya... apa pun dengan rasa berdebar.. aku teruskan jugak langkah aku untuk berjumpa dengan guru kelas nabilah...

Nama guru kelas nabilah Nurabaah, cantik orangnya, lemah lembut pulak tu.. sejuk mata memandang...
ayat pertama yang cikgu tu cakap... 

CIKGU   : Kak.. apa yang saya tengok.. Nabilah ni adalah pelajar yang cepat tangkap
                  apa yang saya ajar, dia mudah faham, rajin dan kreatif...  

 AKU      : bila aku dengar je cikgu tu cakap macam tu.. hati aku rasa berbunga2... sebak semua ada..
                  air mata  dah bertakung dah.. dada dah rasa sebak sangat. sebab gembira...

                  kemudian cikgu tunjuk kertas ujian dia.

 mengenal A B C
 kira ok lah. salah dua je.. takpa usaha lagi..

2 suku kata.


Ujian Membaca

mencantum suku kata.

Ulasan Guru Kelas


Alhamdulillah... Nabilah boleh jawab ujian dengan cemerlang..
tambahkan lagi usaha ye sayang..
jangan malas-malas.
harapan Mama agar Nabilah akan berjaya dunia akhirat Amin...


Terima kasih 

terima kasih  kepada Guru Kelas 1 Tulip iaitu Cikgu Nurabaah.yang tidak pernah jemu  mencurahkan ilmu kepada anak saya.Segala jasa baik cikgu amat saya hargai...
Terima kasih..