Jom Join!!

Oct 5, 2012

Personal blog

                               
                                                

 gambar hiasan diambil dari En.Google.


salam jumaat semua..
hemm hari ni ada rasa lemau sikit..
tak tahulah kenapa..
hormon tak stabil kot.. ahaks
rasa macam nak buat satu personal blog lah.
mesti ada yg kata. alah.. nak buat personal blog pun nak bagi tau org.
buat jelah..kecoh betul...
ya.. memang betul aku ni jenis manusia kecoh..
jd teruskanlah segala kutuk dan caci maki korang. aku redha..

sebenarnya.. memang dah lama sangat aku nak buat personal blog ni..
biasalah kan.. kita sebagai manusia..
kadang kala ada rasa Happy ada rasa sunyi..., ada rasa MARAH,ada rasa Sakit Hati, ada Rasa Menyampah,Meluat, Rasa kecil hati, dan Rasa bersalah.

mungkin kalau aku ada personal blog nanti.
aku akan rasa lebih selamat untuk aku meluahkan apa yang aku rasa..
tak lah takut rahsia aku terbongkar.
maklumlah.. kita manusia kan..
bukan senang orang nak berpegang pada janji..
kadang2...
bukan semua perkara kita boleh berkongsi dengan kawan2 kita.
cth nya macam masalah kewangan, masalah rumah tangga, 
dan masalah yang boleh menjatuhkan air muka kita sendiri.
bukan semua kawan boleh suka dan duka bersama.
benarlah kata orang. kawan ketawa senang utk dicari..
tapi kawan utk menangis payah  utk dicari.

ada kalanya kita bercerita tentang masalah kita pada seorang rakan..
dengan harapan dia tahu akan situasi kita pada masa itu..
tapi sayangnya.. hampa..
rupa -rupanya.. bila di belakang kita.
kita di caci dan dihina juga di ketawakan.
Masyaallah
pedihnya hati ni. bila diperlakukan oleh manusia kejam seperti itu.
jadi dari pengalaman yang banyak menimpa elok sekiranya aku buka satu blog personal buat diriku..
kat situ.. takda siapa yang akan persendakan aku,takda siapa yang boleh mengkhianati aku, takda siapa yang boleh menyakiti aku.

pada sesiapa yang sedang bersedih seperti aku..
nah aku hadiahkan ayat ini...

"..Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.."
sekian..

''mudah-mudahan dengan adanya personal blog nanti.. dapatlah aku mengurangkan jumlah rakyat malaysia yang mengalami masalah kemurungan"

15 comments:

  1. banyak jugak orang buat cenggitu.. tapi make sure kat komputer kamu tak bleh di trace...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harusla org lain tak boleh bc.
      hanya saya sorang je yg tahu.apa isi di dlmnya.

      Delete
  2. betul tu sis. ade jugak yg dengki, iri hati dgn kita. dpn baik, blkg kita pijak semut pun x mati. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu lah kita kena berwaspada..
      tak boleh percaya pada org 100%
      akk percaya sngt dgn istilah gunting dalam lipatan.
      memang banyak org jenis tu dekat sekeliling kita.
      jd sama2 kita waspada.

      Delete
  3. alhamdulillah..teman tawa ramai..tapi pikir 100 kali nak kongsi rahsia hati..bila di luah dilaman sosial kengkadang serasa disindir pulak..ahakss..akak ingat akak jer yang keseorangan..xpe yang penting kita x pernah keseorangan sebab kita ada allah..dan selama ni hanya pada allah akak banyak luah seriosly mmg mujarab....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak. sebab ingatkan saya agar luahkan pada yg Maha Esa.
      kadang2 kita lupa yg Allah itu.sentiasa menemani kita.
      di waktu suka dan duka.

      Delete
  4. dik ko macam tau je aku tgh rasa menda yang sama :(

    ReplyDelete
  5. kawan ketawa senang dicari
    kawan menangis hanya satu dalam seribu

    ReplyDelete
  6. memang susah nak cari kawan yg memahami...kawan bila suka ramai....tapi kawan duka????susah nak dicari...lebih baik sorang...daripada berkawan ramai..ni seangkatan dengan "kawan bila perlu"...renung-renungkan la...selamat beramal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..
      kadang2.lebih baik berseorangan.
      hanya kita yg faham diri kita sendiri.

      Delete
  7. Xperlu nak amek port ngan cakap2 org. Watever it is, nak wat ssuatu kne fkir dulu..letih jge ati org. Kdg puas kita hormat org, tp org x hormat kita.. malah mperlekehkan niat murni kita.. bersabarlah..Allah sentiasa disisi kita...

    ReplyDelete