Jom Join!!

Jul 24, 2014

Buat Kuih Raya

jumaat lepas.. aku,kak nadi,sue dan cik bos kami yang spoting tu.sempat lagi buat kuih raya kat opis..
aku ler.. yang bising ajak kak nadi buat kuih raya kat opis.. sebabnya ai tak pandai buat kuih raya diknon...
hehe.. kalau kat opis.. ramai tenaga pengajar... tenaga pekerja pun ramai hehehe...
ok mari kita buat kuih raya..

bahan-bahan ni, kami beli last minit.. hari kejadian baru kami pergi beli kat flat hijau p9.
eh... tp sekarang flat hijau dah bertukar warna tau... tak silap aku. dah tukar warna kelabu.. cantik..
dah roper condo.. hehehe...
setelah di jumlahkan kesemua kos bahan ni. dan di bahagikan kpd 4 orang..
kami kena bayar RM10.00 je seorang. murahkan...


ishhh... malas nak cerita panjang..bulan-bulan puasa ni.. letih..
 aku pendekkan cerita je lah ye...
ni ler roper kuih kami yang dah siap..
Coklat Chip nyumm nyumm nyummm
hhahaha... nama taknak kalah hokeyy,,..

ok korang.. bye..

 S.E.L.A.M.A.T   H.A.R.I   R.A.Y.A   M.A.A.F      Z.A.H.I.R    B.A.T.I.N




Jul 17, 2014

Makeup bersama SILKY GIRL


kalau nak cerita pasal makeup ni. aku takdalah reti sangat.. setakat pakai bedak ngan lipstik tu lepas lah..
minggu ni memang aku tak pakai makeup langsung.. gara-gara beg makeup aku tertinggal
 kat rumah mak aku..
aternya.. makcik dah tua... semua benda lupa.
alih-alih pagi tadi.. aku pinjam dak sue punya makeup...hehehe..
alang-alang dah pinjam barang dia...lebih baik aku suruh dia makeupkan aku terus.ngee..
sue pun dengan rela hati makeupkan aku hihi..
maka ni lah hasilnya....

aku tanya dak sue.. kau pakai jenama apa ye?
sekali dia tunjuk.semua barang makeup dia jenama SILKY GIRL.
tetiba aku rasa jatuh cinta pulak dengan jenama ni.

eh... raya kan dah dekat..
aku pun nak jugak cantik berseri-seri di pagi raya.. muahahaha..

tengah hari tadi aku paksa dak sue temankan aku beli barang makeup kat GUARDIAN.
aku saja paksa dia pilihkan makeup untuk aku. dia pandai sikit..
nak sesuaikan warna untuk kulit aku ni..
kalau harapkan aku. aku main hentam je.. hehe.

sebabkan aku tak beli baju raya pun untuk diri aku.maka.. 
duit raya yang PM kasi tu. aku beli barang makeup..
dah lama kot aku tak beli barang makeup.. 
acanner.. anak ramai..hahaha..

ok jom shoping..barang makeup..


ni ler yang aku rembat kat GUARDIAN tadi..


Eye Brow pencil- aku ambil warna coklat.

cake powder-honey
kecil aje bedak ni. senang nak simpan dlm beg.


lipstik.

aku ambil yang Honey.. aku suka warna dia nampak natural sangat.


Blusher

Eye Shadow


#puashatidapatbelibarangmakeup
#walaupunjenamabiasaakutetaphappy
#sayasukasayasuka
#taksabarnakmakeupdipagiraya.




Jul 16, 2014

Saya Nak Duit Raya Rm300 Daripada Nile.com.my




Wah.. sekarang ni, ramai betul yang shoping kat Nile.com.my ni. Mula terbaca pasal pasal Shoping baju on line ni dari blog felixiayeap. bila tengok bloger yng lain pun turut shoping baju kat sini.. hati terus tergerak untuk lawat ke http://www.nile.com.my/page.php?cd=76.
bila dah tengok sendiri, mata ni terus terpukau dengan baju yang dijual kat situ.. bukansahaja cantik malah murah-murah pulak tu.. 
di Nile ada pelbagai pilihan barang yang korang boleh beli antaranya, baju, beg,kasut,tudung danbuku novel. bestnye... ni tak boleh jadi ni.. saya pun kena laju-laju pilih selagi stok masih ada.

ok yang lagi best shoping kat Nile ni. korang boleh menang duit Raya RM300 dari Nile.com.my
wah.. bestnya..

saya pun teringin juga nak menang duit raya ni..
andai kata saya menang duit raya dari Nile. saya nak shoping sakan kat nile ni..
macam -macam saya boleh beli dengan duit tu. saya boleh belikan anak-anak pakaian yng comel-comel, baju untuk diri sendiri, belikan en.suami kasut.dan tak lupa beg comel untuk anak buah saya..
banyak yang saya berkenan sebenarnya antaranya..

Lady Design Mini Woman Handbag
RM24.90
(untuk anak buah)


 New Color Block chiffon Long Dress
RM57.50
(untuk diri sendiri)

Scallop Blouse
RM22.50
(untuk diri sendiri)

Sailing Shoes/ Boat Shoes
RM38.00
(untuk En.suami)

korang mesti tanya kenapa tajuk aku saya nak menang duit raya RM300 daripada Nile.com.my kan..
sebabnya Nile sekarang tengah mencari pemenang SAYA NAK MENANG DUIT RAYA DARIPADA 




.CARA MENYERTAI:
1. Letak tajuk: Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My
2. Letak banner seperti di atas dan linkkan ke:
3. Ceritakan bagaimana anda manfaatkan hadiah RM300 untuk kegunaan Ramadhan atau Raya nanti.
4. Submit penyertaan dengan menghantar butiran ke email: give_away@nile.com.my 
Letak tajuk: Raya GiveAway (Nama anda)
a. Link entry:
b. Nama anda:
c. Nombor handphone :

Tamat: 21/07/2014, 11.59pm



harap saya antara yang bertuah.. Amin.

Jul 14, 2014

Cerita hari sabtu.

sabtu hari tu, akak aku dah booking aku dari minggu lepas lagi. katanya nak datang rumah aku hari sabtu..
nak minta tolong potongkan baju raya anak dia. aku ok je.. lai..lai.. 
lepas sahur hari tu. aku terus kemas rumah basuh kain bagai...   nasib si bujang kecik tu temankan aku.
takdalah aku bosan kemas rumah pagi-pagi buta tu.

dalam pukul  8.30pg.macam tu.akak aku dah sampai rumah.. kebetulan aku pun dah siap mengemas..
tanpa berlengah lagi, aku terus sediakan alat2 utk menjahit.
ambil ukuran baju semua.. potong dan terus jahit...
semua sekali ada 3 pasang baju...
fuhh.. peluh.. ketiak mak.. hehhhee..

aku ni, takdalah pandai sangat menjahit. tapi kalau setakat baju aku dengan anak-anak lepasla..
Alhamdulillah tak sangka. akhirnya berjaya jugak aku siapkan baju raya anak buah aku tu.


masa ni baru siap dua pasang baju. seluar dalam proses.

sebenarnya kami adik beradik dah rancang nak berbuka puasa kan rumah mak hari tu.
last-last kami habis menjahit pukul 6.30ptg..
tapi ada sehelai lagi baju kurung moden anak dara akak aku tak siap lagi.
akak aku nak berkejar pulak balik rumah dia kat kelana jaya. 
last-last aku cakap kat dia. takpa kak kau pergi balik dulu. biar aku yang siapkan baju ain.
jahit punya jahit... sekali aku tengok jam dah pukul 7.00ptg..
alamak.. aku tak siap lagi ni. nak pergi rumah mak.. arcanner ni..
bila dah siap semua.. 
aku terus sarung tudung dan hangkut semua anak-nak.. naik kereta.
ingatkan en.suami terus nak berdezup ke rumah mak.
sekali sempat lagi dia singgah petronas nak isi angin tayar kereta..
aku cakap dalam hati... herrmmm memang kompom aku berbuka dlm kereta hari ni.
aku pun apa lgi.. berlari pulak masuk shop petronas tu..


aku beli air milo ngan kuih apam ni je..
ok lah kan..setakat nak lapik perut..
sampai di tol kami singgah dulu utk solat maghrib..
takut pulak tak sempat nanti.
akhirnya sampai rumah mak pukul 8.00mlm 
sampai-sampai je.. 
aku pun
apa lagi terus buka periuk  lapoo...mak.. lapo...


malam tu lepas solat tarawih
aku, suami aku, kak ita,abang saiful,abg man dan abg khai keluar ke Jalan TAR.
jom kita shoping raya.. hoyee.
xtvt ni memang dah jadi kebiasaan kita orang setiap kali nak raya...
happy sangat malam tu..
best.. meriah sangat kat jalan TAR tu.
lagi best sebab MUAZ pun bukak. walaupun dah lewat malam...
dapat ler aku beli 2-3 helai tudung kat dalam tu.
tudung kanak-kanak RM3.80 je.. giler sekejap.

lepas shoping kami lepak pula kat kedai mamak..
kat depan pertama kompleks tu..
aku,abg man,abg saiful dan abg khai makan roti canai.. sedap.. lembut je roti dia.
suami aku makan nasi goreng ayam. pun sedap..banyak giler nasi dia boleh kongsi 3 orang kot.. hahaha
k.ita pulak makan mee goreng. pun sedap..

lepas makan kami jalan kaki ke car park maju juntion.
murah parking kat dalam tu. RM5.00 sahaja sekali masuk..
kalau parking kat luar mesti mahal sebab kira jam kan..
kat dalam ni. kau nak parking sepuluh jam pun takpa...

dan.. kami sampai rumah malam tu pukul 4.00pg..
abang -abang aku ajak bersahur pulak kat gerai bawah rumah mak tu..
tapi apakan daya.. mata aku pedih, kepala pun dah melayang..
last-last aku cakap kat en.suami.. aku nak tidur..
jadi diorang aje.. yang bersahur kat gerai tu.

sampai rumah.. cuci muka cuci kaki..
minum air masak segelas..
dan terus pengsan atas sofa.


ok lah.. tu je corat coret utk hari ni.. bye..

Jul 11, 2014

Menu Berbuka 13 Ramadhan


sup ikan
sup ikan nie. en.suami yang masak semalam...
seronok giler bila sesekali en.suami tolong masak.. hehhee..


tempe goreng cicah sambal kicap.
perrhhh... sedap giler.
macam nak buat lagi je hari ni.


mee goreng..
semalam aku masak juga mee goreng satu bungkus.walaupun dah ada nasi..
tekak ni teringin nak makan mee goreng.
faiz bertambah-tambah makan mee goreng ni..



.

 hari ni korang masak apa.. bagi idea sikit....

ok bye..

Aternye.. banyaknya gambo makanan..


Durian ni,aku beli kat cc aku. kebetulan pula,ada orang kat blok dia jual durian ni. jadi kami geng-geng opis apa lagi. semua pakat kirim kat cc tolong belikan.
nikmatnya dapat makan raja buah ni.. 
sampai pejap-pejap mata.


yang ni pula durian sabah. aku tak dapat makan pun.. dapat tengok je..
family suami hantar gambar..  Rasa durian sabah ni.. lain sikit dari durian semenanjung..
rasa dia lebih lemak... 
cantikkan warna dia.


gambar ni aku ambil masa keluar dating dengan en.suami sebelum puasa...
kenyang giler makan SUBWAY ni.. 
aku jarang makan subway ni. sebab tak berapa reti nak mengodernya..hahhaha.. desa sangat kan..
eh.. jangan nak gelak sangatlah.. hahaha..
apa pun aku suka makan benda ni. sebab sayur dia fresh.. sangat.nyum nyum.


oder karipap frozen dari kawan. senang, takpayah nak berebut-rebut kat bazar ramadhan..
balik rumah panaskan minyak dalam kuali.. pastu terus goreng. lagi sedap.. makan panas-panas..kan..


kuih raya yang pertama aku beli..  dah dapat dah pun...
geram tengok kuih tat ni. bukan main gebu lagi..
tak tahan aku tengok..  aku makan kang... makan kang.. hahahaha...



Jul 9, 2014

TELUR DADAR SPECIAL


Assalamualaikum... hermm.. Ramadhan tahun ni,aku kurang sikit nak kongsi cerita menu berbuka aku. tak macam tahun lepas. setiap hari ada je n3 pasal menu berbuka.
tahun ni rasa tak cukup masa + penat sangat. maklumlah... hakak dah tua dek non..

cerita pasal telur dadar special ni.
sebenarnya, resepi ni aku reka sendiri, gara-gara kepala dah buntu tak tau nak masak apa semalam,
maka aku campak sahaja apa yang ada dalam peti ais tu.. hahha.. dan terhasilnya telur dadar special ni.

telur dadar special


maka ni lah menu berbuka aku semalam.. 
Paprik ayam bersama telur dadar special


jom aku tunjuk macam mana nak buat telur dadar special ni..

Bahan:

-telur  ayam 3 biji
-Kentang 1 biji
-bawang besar 1 biji
-garam


Cara Buat:


Kentang dan bawang besar dipotong dadu, kemudian tumis sekejap dlm kuali.
biar sehingga kentang dan bawang tu layu..tau



bila kentang dan bawang tu dah layu, angkat dan masukkan ke dalam telur yang telah dikocak.
campur sedikit garam..
kalau korang nak lagi sedap.. korang boleh tambah rempah kari sikit,lada hitam,dan daun bawang.
tapi aku buat biasa je. sebab tak cukup bahan..muahahaha..


tuang telur tadi kedalam minyak yang panas..

bila bahagian bawah dah masak.. korang perlu terbalikkan telur tu.agar kedua-dua bahagain cukup masak..

perhhh masa ni.. dia punya bau...
mampu membuatkan anak-anak beratur.. sambil pegang pinggan.. hahahha..

bila dah masak. bolehla di hidangkan ke dalam pinggan.

semalam.. berebut-rebut budak berdua tu.nak makan telur dadar..
faiz sampai menangis depan nasi, sebab si adik habiskan telur dadar yang terakhir...
last-last sahur tadi.aku masakkan lagi untuk anak bujang aku tu.

ok korang.. bye..
selamat berpuasa.. dan selamat beramal..