Jom Join!!

Jun 30, 2014

Seronok tengok budak-budak ni.

Jumaat lepas, tadika Nabilah ada buat majlis Salam Ramadhan,dan sambutan ulangtahun kelahiran dan hari ayah ibu..
aku  teruja sangat nak tengok anak aku buat persembahan..
siap datang awal sebab nak duduk  depan sekali ok..hehehe..


Majlis ni buat dalam tadika tu je..
kira ok lah.. senang sikit aku nak pergi.


kerusi untuk ibu bapa.. haha.. comel giler..
kira  vontot ai ni..  ngam ngam je lah... 
eh!! ke terlebih - lebih.. hahhahahha...


Nabila & the geng

sebenarnya aku tak bagi tahu pun dekat nabilah aku nak datang tengok dia buat persembahan..
masa aku sampai tu.. aku tengok dia tengah rancak bersembang dengan kawan dia.. amboii,,..
bukan main lagi.. suara dia yang paling kuat kat situ.


keciknya kamu nabilah oi..
tu lah.. suruh makan sayur tak nak..
kan dah kocik..

yang tudung hitam tu kawan rapat Nabilah.. Faqirah nama dia.
kenal masa kat taska lagi..
tu yang rapat tu..

nak bagi tahu ni.. hahhaa..
baju yang nabilah pakai tu aku yang buat.tantik tak..hihi


office mates aku zainap. anak dia pun belajar kat tadika  ni.
Tq nap sebab tumpangkan akak hari tu.

persembahan nasyid dari kanak-kanak 5 & 6 tahun

tiba masa anak dara saya pulak buat persembahan Nasyid..
sejuk hati tengok budak-budak ni.

haloh..haloh.. anak mama..
kenapa kepala tu asyik tengok kawan je... 
lupa step ler tew..


tengok kawan lagi... herrrmm


lepas acara persembahan, ada acara hari ibu ayah pulak..
acara ni utk mengenang jasa ibu ayah..
cantik tak bunga tu.. 
sebenarnya bunga tu hasil buatan kanak-kanak tu sendiri..
sebenarnya bunga tu bentuk tangan diorang.. lepastu di olah jadi bunga.. kreatif kan..
masa acara bagi bunga nie aku sedih sikit. 
sebab aku ternampak.. ada dua tiga orang budak yang melilau cari mak ayah dia utk bagi bunga tu.
tapi sedihnya,mak ayah dia tak datang..
perhhh tersentuh jiwa ni..
kesian kat anak-anak tu. mesti diorang berharap mak ayah dia datang..

apa pun terima kasih kpd cikgu..yang banyak mendidik anak saya.
Jasa mu akan di kenag..

ok korang...

selamat berpuasa.

Jun 25, 2014

Ramadhan bakal tiba...

Alhamdulillah... mudah-mudahan aku diberi kesempatan untuk menunaikan rukun islam yang ke-3 ni.
harap tahun ni lebih banyak pahala yang akan dikumpul.. Insyaallah..

 alhamdulillah rezeki hari ini.. 
saya dapat buah kurma dari seseorang. semoga akan bertambah lagi rezeki pada si pemberi.

target puasa tahun ni:

 - Nak tambahkan lagi amalan / pahala
-nak kurangkan dosa
-nak kurangkan berat badan hehehe..
- nak jimat




Jun 23, 2014

Misi menyelamatkan anak kucing.

Al-kisahnya begini...
masa nak pergi beli pisang cheese kat bangi tu..  kami lalu kat presint 8.
masa en.suami tengah lalu kat situ... tetiba aku ternampak tiga ekor anak kucing nak melintas jalan.
aku pun apa lagi...
EEhhhhh.... BBaaanngg....  anak kucing.....
suami aku pun.. cepat-cepat tekan brek..  nasib tak banyak kereta masa tu...
yang peliknya suami aku tak nampak.. aku sorang je yang nampak...
laki aku tanya.. mana...??  aku jawab.. ada tu... dia dah lari masuk dlm lubang tu.
last-last dia terus parking kereta kat tepi jalan.
sebabkan risau anak kucing tu kena langgar.. en.suami terus keluar..
dan cuba selamatkan anak kucing tu...
sayangnya.. hanya sekor je yang sempat en.suami aku tangkap.. dua ekor lagi terus menyorok dalam kalung air .

sekor dah diselamatkan.. ada dua ekor lagi.. yang perlu diselamatkan.

lama jugak kami cuba pujuk anak kucing tu keluar..
tapi malangnya anak kucing tu.. tak keluar jugak..
yang paling merisaukan...  dua ekor anak kucing tu. dah masuk ke dalam kalung air yang berisi air.. 
risau sangat anak kucing tu terjatuh dalam air...

tak lama lepas tu kami cuba call pihak JPAM, tapi malangnya JPAM tengah bertugas di seri kembangan. .mungkin lambat sikit untuk sampai ke destinasi kami.

jenuhlah aku dengan en.suami,fikir macam mana nak selamatkan dua ekor lagi kucing ni..
dalam...  misi menyelamatkan anak kucing tu. tiba-tiba kami ternampak si ibu kucing pulak ada dekat kalung air yang lagi satu...
Fuhhh... ingatkan kami perlu selamatkan dua ekor nak kucing je. rupa-rupanya, ada lagi sekor ibu kucing...
herrrmm.....  makin buntu kami dibuatnya..


nampak tak dua ekor anak kucing kat dalam lubang tu.

 last-last aku dapat satu lagi idea...
aku ambil ranting pokok yang panjang.. lepastu.. aku jolok-jolok kat anak kucing tu.sambil buat suara kucing jantan yang tengah marah... hahahahaha....
dengan harapan.. anak kucing tu takut.. dan keluar semula ke lubang kecil kat tepi jalan tu...
si faiz  aku suruh dia ketuk-ketuk besi tu dengan batu...
en.suami pulak, aku suruh dia tunggu kat lubang kecil kat tepi jalan tu..

tak sangka rupa-rupanya idea aku menjadi...
dua ekor kucing tu.. takut agaknya.. dengar bunyi bising yang kami buat..
terus dia keluar kat lubang kecil yang dia masuk tadi..

sedang asyik.. kami selamatkan anak kucing ni. tetiba mata aku terpandang ada sebuah kereta kat seberang jalan tengah tersenyum-senyum melihat kami.. dan tak lama lepas tu. kereta tu buat u turn dan berhenti kat kereta kami..
 tetiba dia tanya kat suami aku..  dah selamat ke kucing tu? suami aku pun jawab ler.. haah.. baru je dapat selamatkan dua ekor lagi ni...
tetiba orang tu cakap.. tulah... tadi lagi saya nak selamatkan kucing ni.. tapi tak dapat sebab saya kena cakar. last-last saya nampak en. dah selamatkan.. syukurlah.. tak lama lepas tu.. orang tu pun  pergi.. 

tapi... masalahnya sekarang... ibu kucing tu masih lagi terperangkap kat dalam kalung air tu.
hari pun dah semakin gelap...
last-last aku cakap kat en.suami.. takpalah bang.. jomlah kita selamatkan dulu anak kucing ni..
en.suami terus call balik JPAM, minta kebenaran nak hantar anak kucing tu ke JPAM. pihak JPAM pun setuju.



 tiga ekor anak kucing yang telah diselamatkan..


maka kami pun terusla menuju ke JPAM di presint 15.
sampai je kat sana. kami terus maklumkan yang ibu kucing, kami tak dapat nak selamatkan. dan berharap.. pihak JPAM dapatlah selamatkan ibu kucing tu.
en.suami siap lukis peta lokasi kejadian lagi..
tapi apakan daya..  pihak  JPAM tak dapat kesan lokasi tu..
agak hampalah juga..


balik je dari beli pisang cheese tu.aku dan en.suami tak puas hati lagi.. kami singgah semula ke tempat kejadian. untuk lihat ibu kucing tu..

kata en.suami... suara ibu kucing tu, masih lagi dengar...
kami pun terus call balik JPAM. tapi apakan daya...
masih ramai yang memerlukan khidmad bakti JPAM..
pasukan bertugas telah pergi ke Sri kembangan semula,sebab ada kes tebuan...
 itu aje kisah Misi kami menyelamatkan anak kucing...
agak sedih.. sebab tak dapat nak selamatkan ibu kucing tu...
huwwaa...









Pisang Cheese Jakarta


semenjak dua tiga menjak ni.asal bukak Fb je orang duk tayang pisang cheese ni. asal bukak whatsApp pun sama, buka insta pun benda yang sama keluar..
buat air liur aku meleleh je...
nie tak boleh jadi ni..
semalam.. aku paksa  juga en.suami pergi terjah tempat ni..

akhirnya dapat jugak yes..yes..yes...


mesti korang tertanya-tanyakan. kat mana nak dapatkan pisang cheese nikan..
ok lokasinya terletak di bangi..
sebaris dengan klinik An-Nur dan Al-Zahrah bangi.
kecik je stall dia. pandai-pandailah korang cari ye.. hehehe..


ada banyak perisa yang korang boleh pilih..
aku pilih original dan crunchy oreo..
sedap...
anak-anak pun suka..


nyum..nyum... sedap sehingga menjilat jari uolls..
cubalah..


Jun 16, 2014

Cherating Part - 4

Tibalah hari terakhir kami di Cherating..
macam biasa.. bila dah syok bercuti.. hati rasa berat nak tinggalkan tempat tu..
tapi apakan daya.. ada tugas yang perlu aku selesaikan.
pagi tu.. lepas solat subuh, mak terus ajak aku dan kak gee. jalan-jalan tepi pantai..
aku pun apa lagi.. terus capai tudung..
tak sabar rasanya nak menikmati keindahan ciptaan Allah S.A.W

di keheningan pagi itu, mataku terlihat titisan embun pagi yang membasahi pokok rhu..
terdetik dihatiku untuk mengucapkan syukur yang teramat sangat kerna masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini... syukur Alhamdulillah..

    dan diri ini amat bertuah,kerna diri dikelilingan dengan insan-insan yang amat aku sayangi..
Aku bersyukur kepadamu Ya Allah. kerna engkau telah memberikan aku seorang ibu yang amat menyayangiku.. Aku juga bersyukur kerna  dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia..



Perpesona aku dengan irama laut yang mendamaikan..ianya bagaikan therapy minda buatku..
indah sungguh ciptaanmu Tuhan..


sedang asyik dibuai bayu ombak,mataku terpandang
 pada mahluk tuhan yang comel ini...
 hatiku merasa riyang apabila melihat gelagat sang kucing yang ayik bermain di celah-celah  pohon kayu mati itu.


t.e.r.i.m.a   k.a.s.i.h. 
Ya Allah atas nikmat yang telah engkau berikan kepadaku..
aku bersyukur kepadamu.

semoga aku diberikan kesempatan untuk terus menikmati alam ciptaanmu..
Amin..








Jun 13, 2014

Cherating Part-3

Hari Ke-2 di Cherating..


Lepas solat subuh.. aku terus ajak en.suami jalan-jalan kat tepi pantai..
saja nak hirup udara segar kat tepi pantai..dengan cinta halal saya.. ace..ceh..


pagi tu kami semua keluar awal pagi nak bekpes kat kedai katanya..
tapi agak menghampakan sikit pasal sarapan pagi hari tu..
aku rasa macam kedai tu cekek darah sangat..
pagi tu.aku makan nasi lemak dengan lauk sotong.. Tapi... sotong tu aku ambik cuma 2 ketul janggut sotong je kot. dengan air teh o panas..
sekali bila kira.. Nah.. hambekk ko.RM9.00 terkejut giler aku..
apa yang mahal sangat ni.. nasi lemak ngan teh o je kot. pastu janggut sotong 2 ketul. bukannya ada badan sotong pun.. fuuhh... giler lah.. sarapan pagi utk seorang pun dah RM9.00 ringgit.
bukannya aku berkira sangat bab makan ni. tapi agak-agak la kan.. jangan la sampai cekek darah pelanggan.
kalau korang tak percaya meh sini aku tepekkan gambo nasi lemak tu.

  ni lah dia nasi lemak yang aku cakap tu..


lepas aje sarapan pagi kami terus ke Santuari Penyu
masuk adalah percuma.
tujuan kitaorang pergi sini.sebenarnya nak kenalkan anak-anak dengan spisis penyu.




 Abang ngan kakak aku.
 Dugong

 Pintu Masuk 
 Penyu Karah..
rupanya penyu ni ada banyak jenis ye? nasib pergi tempat ni. kalau tak sampai ke tua aku tak tahu hehehe.



 ni kalau tak silap aku labu labi ni.. 
 ok kata faiz.. ni Mak kura-kura dengan  adik kura-kura.

ni penyu apa ntah..hahaha.



Lepas pergi Santuari Penyu, kami terus menuju ke Zoo Kemaman







dah penat pusing satu zoo.. kami berehat sekejap kat pondok yang disediakan..
sambiltu boleh selfie-selfie dulu..hehe..


tiba masa untuk balik..
hambik.. satu gerabak penuh dengan family aku..
yang lain sila tunggu keretapi yg lain ye..hihi.

lepas pergi zoo,adik beradik aku terus singgah makan di pantai teluk mak nik kemaman.
aku tapau je.. sebab dah tak larat sangat..

 ok..  sampai sini dulu nanti sambung Part-4

tunggu..








Jun 12, 2014

Cherating Part 2

jom sambung Part 2. 
masa ni kami singgah makan tengahari kat area mana ntah aku pun dah lupa.
tapi en.suami aku bukan main suka dapat makan ikan patin masak tempoyak...
tengok ler tu.. bukan main senyum lagi. mak mertua lalu  kat belakang pun tak sedar..


 lepas je makan tengahari.. kami terus menuju ke tempat penginapan di Cherating Bayview resort.

ini lah rupa Cherating Bayview Resort

pantai yang sangat cantik..
tapi ombaknya kuat sangat.. takut aku nak mandi.




 sementara anak -anak mandi kolam. En.suami terus ajak aku pergi jalan-jalan cari keropok leko ngan satar.. yee.. bestnya...
sebelum pergi.. aku singgah dulu kat kolam tu. siap tinggalkan pesanan kat anak buah aku..
korang tolong tengokkan anak maksu tau. mak su nak pergi beli keropok leko kejap..
nanti maksu upah korang ngan keropok leko ye..ehehe..


ok B. jom kita cari keropok leko..

kami singgah di kedai 4747.
kata en.suami.keropok leko kat sini sedap..
yer ker? ok jom kita beli...

 keropok leko yang sedap sangat sangat sangat..  tak sama macam keropok leko kat KL yang liat tu.
yang ni keropok leko yang digoreng.

satar ni aku beli kat kedai lain..
pun sedap jugak.


yang ni pulak keropok leko yang direbus..
aku tak suka yang rebus.. aku lagi suka yang goreng..


sebelum acara sukaneka bermula.mari kita berkelah dulu kat tepi pantai..
fuhh memang nikmat sangat.


sambil makan keropok leko..
sambil perhatikan anak-anak main pasir pantai..


Persediaan Sukaneka:



pada waktu malam, kami buat BBQ dan acara penyampaian hadiah.

sedapnya macam-macam ada..
ayam,hot dog,kambing,ikan semua ada..

jom bako..
dah tak sabo nak makan ni..

part bako-bako ni. aku tak reti..
so bagi pada yang pakar..
aku ngan akak akak aku, susun hadiah je..
syok giler family day kali ni.
macam-macam hadiah kami dapat..
untuk acara sukaneka.. hadiah dari No.1 ke No.akhir sama je..
bukannya nak cari pemenang pun.. saja suka-suka..

ok sampai sini dulu nanti sambung part -3 ye.. bye