Jom Join!!

May 3, 2012

Buah Bambangan..

salam semua..
pagi ni nak cerita sikit, pasal Buah Bambangan.
korang pernah dengar tak nama buah bambangan ni?
aku pun baru je tahu. setelah berkahwin ngan orang sabah ni..
aku tak pastila kat semenanjung ni ade ke tak buah bambangan ni.
yang aku tahu, buah ni ada kat sabah je.
masa aku balik sabah hari tu. mak mertua aku ada beli buah ni kat tamu (pasar)
katanya nak buat sambal.. o..ok aku pun rasa teruja sangat nak cuba masakan baru..
sebelum tu jom tengok dulu rope buah bangbangan ni..
ni rupa buah bang bambangan yg belum di buang kulitnya.. kulit dia sangat tebal dan keras..
kalau sekali pandang. buah ni macam buah kuining / buah macang pun ada..
tapi buah ni. lebih besar dari buah macang.isi dia lebih keras.. dan sabut kat dalam dia lebih banyak dari buah kuining/ macang.

ni rupa dia yg telah di buang kulit.

ok jom aku ajar korang cara- cara nak buat sambal bambangan ni..
caranya sangat mudah.. budak darjah dua pun boleh buat benda ni..
mula -mula potong buah ni kecil-kecil, lepastu letak sedikit gula, garam.dan cili padi.
lepas tu.. kau lenyek-lenyek jer..

ok dah siap... senangkan..
lepas tu bolehla makan dengan nasi dan lauk lain..sedapp...
kalau korang nak lagi sedap.. boleh je kalau nak campur dengn sambal belacan.. lagi power.
yg aku ajar tadi cara orang sabah.


ni menu aku masa kat sabah hari tu..
ikan ape ntah tak hingat.Masak rebus (singgang), kalau orang sabah tak panggil masak singgang dia cakap ikan masak berebus.
sayur pucuk paku tumis, Udang galah masak sambal dan sambal bambangan.
terangkat muntut bila makan masakan mak mertua.. sedap.. sampai menjilat jari.
(kecur pulak )..

6 comments:

  1. ada lagi satu buah kat sabah yang tak der kat semenanjung kot.. buat tarap... luar macam durian tapi bulu dier tak tajam cam durian tu...ahahahh

    ReplyDelete
  2. terangkat buntut kua angin ke kak..hehe.. ala.. lapar la tgok gmbr akk ni...

    ReplyDelete
  3. aimi ibrahim: yes. buah tarap.. sedap di goreng macam cempedak tu.

    ReplyDelete
  4. sedap.. mcm pernah mkn buah ni.. tp da lupe cOz mase duk Sabah ritu, saya kecik lagi.. :)

    DO FOLLOW MY BLOG YA.. http://sheilanasir.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Hmm memang sedap makan hidangan jika ada buah Bambangan ini. Kena tambah nasi selalu sebab Bambangan adalah pembuka selera, sangat lazat dan boleh didapati di pasar2 sayur atau Tamu2 di Sabah. - http://hellokotakinabalu.blogspot.com/2012/10/think-bambangan-think-sabah_24.html

    ReplyDelete
  6. Klu kat srwak,di panggil buah mbang.nk cepat buang kulit buah tu, kena potong mcm potongn epal dulu kulit dia,pastu kupaskn untk ambil isi dia. Hehe

    ReplyDelete