Jom Join!!

May 7, 2012

Karnival Sukan Tahunan Tadika Islam MAIWP

salam semua... perh dah berkurun kot  karnival sukan si faiz ni. hari ni baru aku terhegeh-hegeh nak masukkan gambar sukan ni.
bz bebenau mak kau ni Aishh..(bz la sangat kan).
Karnival suka ni diadakan pada 21 April 2012 hari tu. bertempat di Padang Institut Perguruan Ilmu Khas Cheras.
ramai gak ibu bapa yg datang masa tu. yerlah  masing-masing nak bagi sokongan padu pada anak.
semua yg datang dengan semangat kesukanan masa tu.
malam tu.. si faiz tidur awal.. sebab tak sabar-sabar  nak pergi sukan esoknya..aish..aish..
ok lah.. jom tengok gambar faiz ngan kawan-kawan dia masa Karnival Sukan hari tu.

 masa ni aku baru sampai.Faiz dah ada dalam kemah warna hijau.oh yer.. lupa nak kasi tahu. warna rumah si faiz warna hijau.Tema rumah hijau tu Angry Bird. Ehhh... Angry Bird? wah.. bukan main lagi.. apakah? aku pun tak tahu.. yg aku tahu.. Angry Bird... mmg Comel..

piala utk yg menang..

walau pun dapat tempat sagu hati.
tp tetap bawak balik hadiah tuala..
ok la tu  kan..

nasib gak ada jualan kat karnival tu. dapat gak beli air ngan nurget utk nabilah.


ok ni acara perbarisan dari rumah MERAH. Panglima Merah Katenya..
semua budak-budak ni pakai misai..
yg kelakarnya.. dengan cikgu-cikgu sekali pakai misai tu..

 Panglima merah..pantang mengalah..

pasukan rumah Kuning..tema dia Harimau..pastinya kuat dan tangkas.. AUUUMMM...

 ok yg ni yg kita nantikan.. pasukan Hijau..
bertemakan Angry bird.. ni pasukan dari rumah sukan si faiz.
tp dia tak masuk acara perbarisan pun..kih..kih...
mak dia poyo jer kan.. mesti korang ingat anak aku masuk perbarisan tu kan hihi..

go..Angry Bird go!!


bukan main bersemangat budak-budak ni..
bagus.. majulah sukan untuk negara..

ok ni pulak rumah biru. tema diaorg pulak..
obor-obor..
kreatifla cikgu diaorg ni.. tak pernah pulak terfikir..
yg topi tu boleh jadi obor-obor... hihi.. good job teacher.

rumah biru berbisa katenyer..

yg bestnya rumah biru ni. siap ada ikan duyung lagi ko..
ko mampu. nak jadi ikan duyung kat darat..siap pakai kasut sport lagi hikhik...so cute.


Go... BIRU Go..

ok lepas jer acara perbarisan tu tamat. aku terus masuk kat tengah padang. cari anak teruna aku.. risau jugak..kot-kot la dia lapar ker..haus ker..


sekali bila pergi kat khemah dia..halamak... ramainyer.. mana satu anak aku ni..
lamer gak aku cari anak aku...tak jumpa-jumpa..
mana taknyer..semua aku tengok sama jew..
naik oren mate aku ni.

last-last aku ternampak..buah hati aku tu. tengah duduk dalam barisan..
sedih..jer muka si faiz tu aku tengok.
tak sampai hati pulak aku nak biarkan dia sorang-sorang kat situ.

tapi kang..kalau dia nampak aku.. cmfrm taknak lepas punya..
jap gi mesti lembut lutut bila nampak mama dia ada kat situ.hemm.. nak panggil ker tak...?


last-last aku jalan-jalan dulu kat khemah lain.. bila aku balik balik kat khemah dia..
aku tengok..

eh.. anak aku tengah makan nasi goreng..yg baju biru tu. member aku.farah. anak dia satu kelas dengan  faiz.
terima kasih sangat dekat farah. sebab tolong suapkan anak aku nasi goreng tu.

3 orang rakan baik.
tiga -tiga satu kelas yg sama.

ok jom tengok khemah diaorang:

Gambar sebelum acara sukan bermula:

si ikan duyung yg dah letih + panas.

tu angry bird ke buaya...

sebelum kita lari.. kita minum dulu..

si kecik yg tengah bagi arahan kat abang dia..
Abang beratur...
hamboi.. bukan main lagi dia..


 Acara Sukan:



nampak Faiz.orang ke tiga dari belakang..
dia masuk acara lari berhalangan.

hamboi.. bersemangat si faiz lari..
tapi sayangnya.. pasukan faiz dapat no. last.. hihi..
takpa. sayang.. tahun depan cuba lagi ok.

lepas aje..  si faiz habis berlari.aku tengok ayah dia dah tunggu kat garisan penamat..
dah sedia dengan air. nak kasi kat anak dia..
eleh.. poyo la ayah kau ni aish..
sikit jer kot budak tu lari.. tak penat mana pun..
poyola ayah awak tu aish....
ker... mama kau yg cemburu aish.. sbb ayah tak kasi kat mama..
hihii...

 habis jer acara si faiz..kami terus balik kampung utk melawat pakcik yg tengha sakit di gopeng.
hadiah pun kami tak sempat ambil. tapi cikgu dah simpankan utk kasi kat sekolah.
nasib si faiz tak tuntut hadiah dia. kalau tak..
kena pau lah.. ayah dia.. hihi..

sekian majulah sukan utk negara.

4 comments:

  1. salam, i nak tanyalah.. so far okay tak you hantar anak you di tadika maiwp, i tengah usha tadka for my kids. appreciate your feedback. thanks ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cetot: salam kenal.pd saya tadika maiwp ni ok.
      saya boleh nampak perkembangan pelajaran pd anak saya.
      berbanding sebelum ini.
      guru-guru pun bagus.
      cuma.dari segi cuti.agak kurang memuaskan.
      sebab sekolah ni cuti m'ngikut cuti sekolah biasa.
      saya terpaksa m'hantar anak saya ke sekolah lain(transit)
      bila musim cuti sekolah.

      Delete
  2. Assalamualaikum, bole saya tanya, faiz ni dulu pernah hantar di nursery kementerian kewangan putrajaya yer?

    ReplyDelete