Jom Join!!

May 10, 2012

teringat kawan lama (syarita)

salam semua..
asal ntah tetiba pulak teringat kat kawan lama aku Syarita. tapi aku panggil dia k.ita.
teringat masa zaman bujang dulu. time kitaorang pergi bercuti kat Langkawi..
Hah...percutian kurang bajet sebenarnya.. haha.. tapi sbb niat tu mmg dah lama kami pendam.. nak bercuti kat langkawi.. akhirnya kami terjah.. jugak masa tu.. walaupun poket tengah kering. mmg kerja giler la kita orang buat..
tapi yerlah kan.. orang kata.. kalau dah rezeki. takan kemana.. dalam takda duit tu pun.. kitaorang masih lagi dapat makan sedap-sedap.hihiihhahaaa.....
permulaan cerita dia macam nie. masa tu. time LIMA.. alah.. LIMA.. korang tau tak kan setiap tahun. kat langkawi ada pertunjukan pesawat kat udara tu..time tu lah kita orang pergi.
sebab utamanya nak tengok pesawat tulah.. sambil tu boleh cuci-cuci mata kat sana sebab time tu. memang banyak giler abang-abang b'unipom kat situ Auuww... hensem-hensem u.tentera laut ada, darat ada.. macam -macam ada.
oh yer..  lupa pulak nak cerita masa  mula -mula nak naik bas tu. kami naik bas dari hentian duta-langkawi.masa tu malam kalau tak silap aku. masa tu aku tengah bercintan-cinton dengan pakwa lama aku.. hihii... kesian kat mamat tu .aku cakap kat dia.aku kena pergi kursus kat langkawi  mati-mati dia percaya.. hihii...akhirnya dapatlah aku meboloskan diri sampai ke Langkawi. (jahat aku oii menipu)
 sampai jer kat langkawi kami terus ambil teksi. eh!! kejap teksi ker Van ek.. lupa lah.. ah tak kisahla.. janji  kami sampai kat Hotel Aseania... sampai jer dalam bilik tu.. aku terus... AAAAAArrrrrrrr kak ita..... bestnyer....
terus melompat atas katil.. masing-masing lari lompat atas katil sorang satu... dan.. jerit lagi.......arrrrrr....... bestnyer.... macam orang baru lepas dari kandang ngko....seronok sangat masa tu..
tetiba.. kak ita mula lah.. buat drama dia... ee..dik.. seronoknyer.. aku tak kira... aku tahu.. malam ni aku nak jugak makan sea food oo... ok.. ttttttaaaaaaaaapppppppiiiii.....jeng..jeng..jeng...
kak... kau ade duait ker tak? ada la sikit ... kak ita (dengan muka tak bersalah dia) cukupla utk kita makan malam nie..hikhik... pastu.. dua..dua.. gelak besar........ hahhahhahaha.... giler.... bajet ciput tapi ada hati nak makan besar kan.. kak ita.. hikhikhikkk....... klakarlah kita ni kak.

malam pertamanya:
kita orang dah bersiap dah nak pergi keluar makan...
mula-mula ingatkan nak makan sea food seperti yg dijanjikan.. tp last-last. kita orang ternampak ada satu kedai nama dia kalau tak silap aku.. Bam Boo kot. warna merah. mmg dekat dengan hotel kita org.
aku cuma oder roti cheese nan, rendang ayam ngan teh tarik je. yer lah.. takut duit tak cukup kan .
emm kak ita pulak oder aper ntah masa tu. aku pun tak hingat. tp mmg terbaiklah.. Cheese nan dia. mmg sedap giler..aku pun tak tahu apa yg dia letak kat dalam tu..(dah tentu-tentulah cheese..vengong) tapi rasa dia mmg sedap. (tak tahulah.. ada lagi ker tak kedai tu)
lepas makan.. kami cuci-cuci mata.. kat area pantai cenang  mmg bestla..
time tu kan kami masih  darah muda...
dah la bujang... gedik's pun bukan main lagi, masa tu....
yer'ar sapa nak marah kau masa tu.. bukan ada laki pun time tu..
cer  sekarang kalau buat perangai macam tu.. mau kena penampar siam dari laki.. ( Ha!!!! ni makan dia..)hikhik...
dah penat lepak-lepak.. kami pun balik tidur terbongkang.. kat hotel.

Hari kedua:
aktiviti kami. naik bot ke tasik dayang bunting.
pagi tu mamat van sewa tu datang ambil kami kat depan lobi  utk hantar ke jeti.
oh.. bukan main rancak lagi aku ngan kak ita bersembang dengan mamat tu.
biasalah kan kami kan pelancong nak gak tahu asal usul langkawi ni...
beria2 lah mamat tu layan kami b'sembang.
sampaikan.. kami naik van tu free jer kot.
abg tu siap bagi tau lagi.. malam ni. ker esok ker. kalau nak pergi mana- mana call jer abg. nanti abg dtg ambil.....wahhhhhhhhhh...
ini sudah bagus...
sampai jer kat jeti tu. kami terus naik bot dan pergi ke tasik dayang bunting.
 balik dari tasik dayang bunting.. kami singgah kat gerai .. sebab lapar giler masa tu ..
ingatkan nak makan kat gerai tu. tapi  tengok-tengok ramai giler  abg tentera laut kat situ....... auuuww.. malu nyer aku kak ita oi...
macam mana ni. nak tak nak.. terpaksa jugak oder nasi goreng bungkus.
sementara tgg nasi goreng tu siap.. tiba-tiba pulak.. ada sorang navy ni.. main-main mata ngan aku.. aku
buat tak tau jer masa tu... buat-buat macam tak nampaklah konon... padahal.dalam hati ni.. macam nak tercabut jantung aku.siyerss... mmg cute giler.. muka mamat navy tu.
tiba-tiba.. boleh pulak..  dia mintak no. telefon..... aduhai... aku ni.. sebenarnya bukannya berani bebeno...
lagak jer macam berani mati.. tapi penakut sebenarnya.
aku suruh k.ita tulis no.telepon k.ita jer.. kak ita suruh tulis no aku..last-last kak ita tulis no tipon aku kat kertas tu.
wuhuhu.... masa tu... hatiku bernyanyi riyang...`` malu-malu.. tapi mahu.. kini baru ku tahu'' hihiiiii... klakor ler.. ada jugak orang minat kat aku yer..
boleh tahan jugak aku ni...(ok mari ketawa terbahak-bahak semua) kalau ada yg rasa nak muntah.. silakan...
ok  tak lama lepas tu ada sms masuk.. mulalah detik perkenalan. antara aku dan mamat navy.
macam biasa.. soalan nak mengayat... tny nama...bla.bla..bla............
malamnya.. .. dia call ajak jumpa...
halamak..... jeng-..jeng..jeng.................. kan aku dah cakap kat korang tadi... aku ni.. brani..brani takut jer...
pas tu aku terus tanya.. penasihat aku.. kak ita.. macam mana ni.. mamat tadi nak ajak aku kluar pulak..
macam mana ni kak? time tu aku dah seram sejuk dah...
tp penasihat aku cakap.. baik tak payah.. kau bukannya kenal dia sangat pon.. kang dia kendurikan kau kang.. Heemmmm betul jugak cakap penasihat aku tu.. so.. aku sms mamat tu blk. sori.. tak dapatlah malam ni  ada hal.hihii...

tak lama lepas tu aku ngan kak ita kluar nak pergi makan malam..
kami makan sea food malam tu. mmg semua kedai full. nak tak nak nasib ada meja kosang. kami pun duduklah..
tengah makan-makan tu.. mata aku ternampak pulak.. ada sorang mamat yg dah agak berumur sikit...
tua tak tua sangatlah.. tapi rambut putih + hitam sikit.. perut boroi.. tapi itu tak penting. yg penting poket dia tebal.tak lama lepas tu................
oh akhirnya.. dia pun nampak kami...syukran...syukran... ada harapan nak dapat makan free ni.hahhaha..........
aku ngan kak ita pun hanya mampu senyum... ala-ala kambing tersepit..hhhhhhiiiiiiii
dia ni salah sorang kenalan kita org juga masa  kat langkawi tu.
habis jer makan.. aku ngan kak ita jalan -jalan cuci-cuci mata sikit.. dan terus balik hotel.
sampai jer kat hotel.. tipon kak ita bunyik.. rupanya pakcik buncit call..masa tu dah dekat pukul 12mlm.
pakcik poket tebal ajak minum-minum..hemm fikir- fikir.. ok lah.. jom siap..
tak lama lepas tu pakcik buncit dah sampai kat lobi.
hingatkan dia nak ajak minum kat warung biasa.. rupanya dia ajak minum kat club.. o.. ok.. janji aku tak mabuk.
maka duduk la aku kat meja kecik yg betul -betul kat depan penyanyi band tu..
memang best layan.. lagu omputih time tu.. walaupun.. aku takberapa nak paham.. hihi. yg aku tau.. aku memang suka dengar muzik..
tak lama lepas tu.. air yg aku oder  pun sampai.. air buah jer pun.. tapi aper pelik bebeno.. rase nyer...
aku kan tekak melayu + desa sikit.(walaupun ic KL). aku rase semacam jer air tu..
aku tengok kak ita.. relek's jer sedut air tu..tapi aku telan la jugak kan..
tak lama lepas tu... Ehh... kak ita asal aku rasa pening ni kak.. dia taruk apa kat dalam air ni kak.. ni air arak ker aper ni yg dia hantar kat aku ni..
bantai kak ita.. ketawakan aku time tu... gelak besar dia.. kau ni.. buat lawak la dik... meh sini aku rase..
mana ade,... air biasa jer lah ..ni (sparkling juice).mana aku tahu..
mungkin aku pening sebab ngantuk kot... ok .. jom kita teruskan layan muzik.
tengah layan muzik.. tetiba. datang dua couple ni.. duk manari.. peluk..peluk.. rapat kat depan kita orang.
awek's tu melayu kot.apa nama dia.. yer.. tak hingatla.. kak ita mungkin ingat.. body mmg mantop..pakai skirt pendek. kekasih dia mat salleh.. tinggi lampai. muka biasa jer.. tak hensem mana pun..
mmg lentok giler lah...minah tu.. sbb tangan mat salleh tu.. merayap sana sini.. tetiba..
EEhhhh!!!! couple dah hilang..
oo.. rupa-rupanya.. dah naik hotel...
setengah jam lepas tu.. nampak balik kelibat Couple..baru turun dari hotel.
apa yg pasti rambut awek's tu dah kusut masai..
oo.. ok!!!. (aku tak nak cakap... pandai-pandailah korang fikir... apa yg terjadi).
tutup cerita malam tu..


esoknya pulak..
cadang nak pergi beli coklat kat pekan kuah..
tup..tup.. teringat mamat van sewatu...hemmm inilah masanya nak gunakan perkhidmatan percuma.
kak ita call dia.. sejam kemudian dia sampai kat lobi.
masa tu hajan renyai-renyai... dalam duk bersembang ngan mamat van tu.. tiba-tiba.. mamat tu.. boleh pulak cakap.
perempuan ni. dia nampak lebih cantikkan bila hujan... eh..eh..mamat ni.. semacam..jer..
aku ngan kak ita mula lah. tak senang duduk.. aku dah buat muka ketat dah.. tp kak ita cool jer..
sampai jer.. kat pekan kuah.. dia berhenti kejap.. pergi ATM kad nak keluar duit katanya.. sekali bila dia keluar..
aku tengok dia jalan.. terhenkot-henkot.. eh.. la tem---g  rupanya mamat ni.(sempat lagi tu).
sampai jer kat kedai coklat tu.. aku pun borong sakan la.. coklat.. ngan sudu.
balik tu..mamat tu hantar lagi. sampai ke hotel. sambil tu.. sempat jugak bagi tau mamat tu. esok kami dah nak balik... boleh tolong ambil tak? hantarkan ke jeti..
mamat tu boleh aje.. aku pun tak tahu ler asal mamat tu..baik bebeno.. layan kita org ni ha..
sampailah esoknya.. dia hantar kami ke jeti....
sempat gak dia bagi tahu.. kalau datang lagi.. jgn lupa bagi tahu abg yer.. nanti abg ambik..
(oh.. tidak kot.. cukuplah sampai di sini shj).terima kasih banyak-banyaklah abg oi...
 ok lah tu jer yg dapat aku ceritakan... kenangan aku masa pergi langkawi dgn kawan aku sharita.

oh yer.. k.ita sekarang ada kat luar negara. negara kulit hitam..
apalah khabar dia kat sana..harap dia sihat...
kak ita aku dah dua kali mimpikan kau
kalau kau balik jgn lupa  cari aku tau.. aku tgg.


P/S: last aku gi langkawi tahun lepas.. dgn rara...sambut b'day faiz..seronok jugak..
       (rara bila kita nak pergi lagi bawak zarif pulak)

5 comments:

  1. hehhehe....bajet x de lorrr....kalu u nk banjer..i ok je...lalallaa

    ReplyDelete
  2. Patut lah aku kat sini dik tersedak sedak.. ko windukan aku eh? eheehe.. hmm nanti aku balik aku roger ko eh dik... apa khabar sekarang. aku rajin gak skodeng blog ko dik. rindu la kat ko jugak.. rindu zaman dulu. zaman masa aku mula join MOFA.. kenangan oh... apa khabar la semua orang di BPPK.. apakah telah bertukar semua orang di bahagian itu.. apakah orang lama masih disana... wah. ayat x hengat.. apa apa pun dik jaga diri.. rindu kamu juga..

    ReplyDelete
  3. oh ya.. lupa pulak nak cakap. hmm pempuan tu siap nyanyi karoke kan.. permintaan mamat mat salleh tu.. aku xkan lupa lagu tu.. KILLING ME SOFTLY.. lagi satu, otw nak g tasik dayang bunting.. hahaha. kan hujan. yang aku g tadah muka aku.. pas tu ko tanya aku dik. x sakit ke muka. aku kata. x.. ok je.. hahahaha... hm kedai makan roti nan tu nama dia bamboo kan? aku pun x ingt aku akan apa.. tp rasanya ada ayam kari apa nth budget ciput. makan belas belas ringgit...
    then mamat navy tu.. time tu aku ingt sngt la nasi goreng kampung yang awesome.. paling tak tahan.. malam nak g langkawi. yg aku x bwk sweater, pas tu ko slimutkan aku siap pegang idung aku kot tgk aku sejuk ke dok... huwaaaaaaaaaaa lamanya dah berlalu masa tu..

    ReplyDelete
  4. sakura 79: kak ita mmg aku tak lupa kejadian yg kau tadah muka kat air hujan tu.. mmg klakar la kau kak.hemm... tau pun aku lindu kat kau.. ok nanti dah sampai calling.calling ok.

    ReplyDelete