Jom Join!!

Sep 10, 2012

Merdeka raya.

salam semua..
ahaks.. terlambat sudah..
hari ni hanya nak kongsi ngan korang kemeriahan sambuat hari raya kat bahagian aku minggu lepas..

Tema          : Merdeka Raya ( Ala-ala tahun 50an gitew)
Tarikh         ; 6 September 2012
 Hari           : Khamis
Lokasi        : Kaunter BAC Tkt 6, Blok Tengah.MOF

Ada roper anak dare zaman dulu-dulu tak? hihikk..

sebelum acara bermula sempat jugak aku snap 7,8 keping gambar kat depan rumah kampung ni..
oh yer terlanjur cakap pasal rumah kampung ni...
aku nak ucap terima kasih sangat pada semua warga cukai yg terlibat bagi menjayakan rumah kampung ni.
tanpa kerja sama dari korang semua  tentu rumah kampung ni tak menjadi..
tak sangka walaupun kos untuk buat rumah ni amatlah murah.. tapi dia tetap nampak cantik..
ni semua berkat kerjasama antara kita. tak gitu.. semua..
Tq sangat...

ni antara dekorasi yang bertemakan merdeka raya..
klasik sangat kan..
bermula dari gambar hitam putih kat belakang tu.. sangat klasik..
gambar-gambar tu aku print dari google.tq En. google.
 sedikit sebanyak dapat membantu dekorasi kami.
kemudian..tempat basuh tangan,kole minuman,dan talam tu.. adalah belas ihsan dari cikpuan shige, a.k.a rara. yang sudi hangkut dari rumah akak dia.
piring kecil bunga hitam putih,mangkuk sambal adalah ihsan dari mak aku,sanggup ok aku balik rumah mak aku hari rabu tu.. balik jew dari ambil anak-anak aku terus balik rumah mak.. sampai je kat sana terus tanya mak aku. mana dia letak pinggan mangkuk klasik dia tu.. mujur ada.. timerkasih mak..
cerik besar tu adalah sumbangan dari abang sham..
cawan tu.. ha.. ni agak lucu sikit..
kami pinjam dari kafe bawah.. hahahha...
ok.. mesti korang nak tahu kan mana dapat ubi kayu ngan pisang tu kan.. 
heemm.. tu adalah hasil dari tanaman petani-petani kat pasar tani..
tq kat nadia  sebab dia yang pegi beli kat pasar tani hari tu..bukan setakat beli tolong rebuskan lagi..

 hemmm barang-barang kat sini adalah sumbangan.
rara, kak su, dan k.min.
oh yer.. yang mangkuk tingkat tu, aku hangkut dari rumah mak aku....
bagus jugak.. bila buat tema zaman dulu-dulu ni. berguna jugak.. mangkuk tingkat tu. kalau tak duduklah mangkuk tingkat tu kat dalam kotak sampai berhabuk yer mak..

 ada sesiapa tak yang pernah gantung kad raya kat pokok bunga macam ni?
teringat pulak aku masa zaman kecil-kecil dulu..
kalau time raya, ni lah.. caranya akak aku hias rumah.
ambil kad raya.. pastu gantung-gantung kat pokok bunga.. selebihnya.. tampal kat dinding.. hihii.. 
pastu pasang lampu kelip2... wah.. meriahnya...


ni antara kuih raya orang dulu-dulu..
kerepek bawang.. sedap ada rasa bawang.. apa ramuan dia yer? letak bawang ye?hihi..shige tolong ajo yer..
kuih samperit, kuih bakar,dan kuih bahulu.. 

ok tamat acara deko.. jom ke acara seterusnya..
acara  sketsa..

kisah sebuah keluarga.. yang anaknya bangun lambat pada pagi raya..

kemudian.. datang sekumpulan "anak dara" yang merupakan kawan kepada boboi..
datang ke rumah untuk beraya...

 pengajarannya.. jangan bangun lambat di pagi raya yer adik-adik.. hihihi.

ok tutup kisah sketsa..
kita pergi pula ke acara game raya..
selalunya acara game raya ni dah jadi acara wajib kat bahagian aku ni..
jadi wajib masuk kalau nak dapat hadiah ye..
(untuk meriahkan suasana, sebenarnya..)


aku masuk satu acara jer..
acara binggo..
perkataan berkaitan.. hari raya dan kemerdekaan.

bersungguh sungguh tau aku jawab soalan..
akhirnya menang jugak..

ok selesai acara game..
kita beralih ke acara memotong kek..
utk  b'day boy and girl

b'day boy and girl

bersama kak cinda..

bersama wanie ladybird

kek Merdeka Raya.

kek untuk menghargai pegawai yang bertukar..












8 comments:

  1. gambar last tu mcm kenal jerrrr

    ReplyDelete
  2. bestnye!
    meriah sgt.
    mereka semua pun sporting je kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg meriah pun..
      diorang mmg sporting.

      Delete
  3. Kakak suka style dah bertudung siap ada kain batik menutup ini baru betul-betul klaik. Cantik dan manis. Kalau semua anak dara Islam macam ini kan bagus ye tak baru tutup betul-betul:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja-saja je kak kami pakai kain batik tu..
      kan tema kami merdeka raya..
      konon -konon kami ni. anak dara dolu-dolu hihi..

      Delete
  4. Replies
    1. seronok..tambah pulak bila semua sepakat.

      Delete