Jom Join!!

Sep 13, 2012

Jalan-jalan di Kota Kinabalu Sabah.

tak tahu raya ke berapa..
aku ajak MIL & adik beradik aku yang lain jalan-jalan kat KK.
tujuan asal nak pergi makan  puding kelapa yang fofuler kat kk tu.
dah lama aku mengidam puding kelapa tu.. akhirnya tercapai jugak hasrat aku..
pagi sebelum kami berangkat..tu. aku dan biras aku sediakan sarapan pagi..
masing-masing nak tunjuk skill masak kat mak mertua.. haahhahahaha....
sarapan yang aku buat adalah..

Sandwich Telur..(susah wo.. buat ni)

yang ni mee goreng ala sabah..
biras aku yang masak..

kalau aku balik sabah.. mesti dapat makan mee ni. mee ni. memang terkenal kat sabah..
aku cari gak mee ni kat KL tak jumpa pun..
ker ada je jual.. tapi aku yg tak jumpa... hahaha..
cara masak pun lain tau... rasa dia tak pedas pun..
bahan masak cuma, bawang merah,bawang putih,kicap,garam sikit, dan perisa.senang kan..
selalunya.. kalau aku makan mee ni. aku akan sediakan cili padi.. potong2..dan perah limau sikit..
aku kuat makan pedas sekarang ni. kalau tak salah aku.. aku kuat makan pedas ni.. start aku lahirkan nabilah..
aku pun hairan.. masa bujang dulu.. aku tengok cili pun aku seriau,.. sekarang.. aku buat ulam jer.. pelik kan..

ni rupa mee tadi sebelum di goreng.
macam maggie kan..

ok lepas jer semua siap sarapan.. kami terus mulakan perjalanan kami ke KK.
tempat yang di tuju ialah di Salut. tempat dimana terdapatnya Puding kelapa yang Fofuler tu.

masa sampai kat sana benda pertama yang aku nampak..
adalah benda alah ni..
kalau tak silap aku nama dia..Lokan.

Lokan.
tapi aku tak sempat makan pun.. sebab tujuan utama nak beli puding kelapa jew..

kat depan kedai tu. ada banyak keropok yang tergantung..macam ni.
aku tak beli pun.. ambil gambar jer..hehe..mintak maaf yer tuan kedai..


kemudia.. nampak kelapa bakar ni.. 
pun tak sempat nak makan jugak...(hampa)
lain kali kalau gi sini.. aku nak stay kat gerai ni.. and cuba semua makanan kat situ.. 
Mesti!!! tak kira.. nak rasa jugak...

berlambak2.. buah kelapa kat depan kedai tu..
nak minum air kelapa pun boleh, nak makan puding kelapa dalam cup pun boleh, nak makan puding kelapa dalam buah kelapa pun boleh..semua boleh..
janji bayo..hehe..

tapi masa sampai tu.. aku tanya satu-satu gerai kat situ..
puding kelapa yang dalam buah kelapa tu.. ada tak...
semua jawab.. habis sudah.... aku pun.. hampa..

last -last.. pergi satu lagi gerai..
tanya lagi.. ada tak puding yg dalam kelapa tu...
dia jawab.. ada.. tapi tinggal satu saja...
cepat2..FIL aku ambil dan pegang siap2 utk menantu manje dia ni.. 
haha...kau ado.. FIL sayang???
sayang kat Ayah..(aku rapat ok ngan bapak mertua aku)

ha.. nampak tak bapak aku tengah buat apa tu..
dia tengah bungkuskan puding kelapa tu untuk aku..
orang lain dia tak kasi ambil ok..
puding kelapa tu.. memang khas untuk aku..
ewahh.. macam orang mengandung pulak aku.. yer..
dapat layanan istimewa lagi.. hehe..

dah siap bungkus.. dia suruh adik ipar aku kasi kat aku..
aku pun.. tersenyum lebo...dapat puding kelapa tu.. 
yeee!!!
TQ Ayah... 
 
 perisa lain yang ada dijual kat situ..

nak tengok roper puding kelapa dalam kelapa tu..?
gi kat bawah...

ni lah roper nyer..
sedap... makan pulak time sejuk..
perhh... sedap sangat..
kami beli bungkus jer masa tu..
masuk2 je. dalam kereta aku terus makan dengan lahapnya..
sekali si faiz datang dari belakang...
Mama kenapa mama punya lain..
dia punya yg dalam cup..
tetiba.. dia kata nak rasa sikit mama...
alih2.. dia kata.. mama punya sedaplah..
tukarlah.. mama ambil abang punya.. abang nak yang ni..
aduhai..anak... yer lah...aku pun tukar..
mujur aku dah dapat rasa sikit..
kalau tak..
compem aku suruh.. laki aku cari batu belah batu bertangkuk... huwwaa...

lepastu kami teruskan perjalanan kami ke 1 Borneo.
saja2 cuci mata..
bawak budak2 tu.. katanya nak habiskan duit..
orang dapat duit raya lah kata kan..

masa jalan2 kat 1 Borneo tu.. PIL terserempak pulak dengan jiran lama..
lama gak diorang bercerita..
aku pun ajak anak2 duduk kat atok janggut putih ni..

 haha..asal muka aku pucat semacam tu..seramm..

Nabilah.. nak pegang atuk tu sebenarnya tapi penakut..
sian anak mama yer...

wah.. dah macam satu keluarga bahagia pulak yer..

yang sebelah faiz tu adik ipar aku yang no.4. Miejah.

balik pada 1 Borneo, ingatkan nak cari goreng pisang cheese.
tapi rancangan terpaksa di tunda ke lain kali..
sebab dapat panggilan dari makcik..
suruh datang rumah.. buat open.. house katanya..
apa lagi.. serbu....

sampai sana.. melantak lagi...
balik ke rumah dalam pukul 8.00mlm dari KK dan sampai di Beuford pukul 10.00 mlm.
sampai je rumah aku terus kemas beg. sebab esoknya nak balik Putrajaya..
fuh.. itu ler cerita aku jalan-jalan kat KK hari tu..
ok habis.. nanti aku sambung lagi citer naik fligth yer..




14 comments:

  1. huwaa,, mee org brunei / sabah....huhu,,suma yang masak mee ni confirm sebiji je rupanya,, nanti tngok saya upload plak gambar mee sabah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. akk tunggu N3 kau pasal mee ni.

      Delete
    2. 1st time aku nengok mee nih, pastu laki aku konfius, ni mee ke maggi, tp mmg kosong giler,xde ape2 pun

      Delete
  2. FIL ai pun sayang ai..muahhahahahahahaha

    ReplyDelete
  3. ida.... stakat mee kering tu adala jual.. memacam brand ada kat care4 tu... bukan takat mee goreng je boleh buat... segala masakan berasaskan mee tu bleh buat... kak ziah kadang buat mee sup... mee kari... walah walah... dap dappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ker..
      oh saya lah yg tak tahu yer..hihi

      Delete
  4. Ida... puding kelapa tu dia buat puding atau yougurt masukkan dalam buah kelapa muda ye. Kakak tak pernah jumpalah. Memang sedap kelihatannya. Tentang mee yg ida tunjuk tu kakak rasa kalau di Giant pun banyak kot. Kakak selalu buat mee kari sedap tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tu bukan yougurt. dia buat macam agar-agar..
      tapi dia buat dlm buah kelapa tu sendiri..
      rasa dia biasa jew.. tp dia unik.
      ida ni.. mmg suka makan benda yg nampak unik.
      pasal mee tu.. ada jual kat Giant ye.. hehe..
      sian saya.. ketinggalan hehe..

      Delete
  5. dkna tak pernah makan mee sabah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap..
      kat sana tak pakai mee kuning cam kita kat sini.
      semua pakai mee kering cam tu.
      baik utk kesihatan.

      Delete
  6. Puding kelapa tu memang ada kat situ aje ek... kat sini tak de ke?
    alaaaa terliur pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini selalunya buat dlm cup jer.
      yg kat sana dia buat dlm buah kelapa.
      terliur ker.. alahai.. camno nak nolong ni.

      Delete