Jom Join!!

Mar 13, 2014

Kitar Semula

sebenarnya aku baru je nak menjinakkan diri dalam amalan kitar semula ni.
tak sangka MR. Mat Cool (suami aku) dan anak-anak pun  bagi sokongan kat aku.
bagus..bagus..bagus...
besar manfaatnya tau..antaranya  
kita dapat membantu memelihara kehijauan bumi kita

siapa rasa sayang pada bumi.. 

jom  sama-sama kita amalkan amalan kita semula ..

 botol minuman plastik
bukan setakat botol minuman je yang boleh dikitar semula.
botol sabun,syampoo,minyak pun boleh jugak..
asalkan botol plastik.

pakaian lama.. 
Di pusat kitar semula putrajaya ni. pakaian lama hanya boleh dibuang di sini.Tetapi tidak boleh dijual. 

Kadar Harga barang untuk kitar semula..




 info:

 

PUSAT KITAR SEMULA PUTRAJAYA.

Alamat Resmi:
Pusat Kitar Semula Komuniti
Jalan P9B, Precint 9
62250 Putrajaya MALAYSIA.
  Tel: 03-88877785

Waktu Operasi : Setiap Hari , 8.30 pagi hingga 5.30 petang
                          Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm

Ada dua kategori atau klasifikasi barangan kitar semula yang perlu anda ketahui, iaitu; DIBAYAR dan PERCUMA. Maksud DIBAYAR adalah serahan yang telah dibuat ke Pusat Kitar Semula Komuniti akan dibayar dengan wang tunai mengikut penjadualan semasa harga bayaran* sebagai habuan. Manakala PERCUMA membawa maksud serahan yang telah dibuat ke Pusat Kitar Semula Komuniti tidak dibayar dan tiada habuan, namun ada nilai kemasyarakatan disebaliknya dan disamping amalan 'bumi hijau'

Senarai Barangan Kitar Semula DIBAYAR:
1. Surat Khabar Berwarna
2. Surat Khabar Hitam Putih
3. Kertas Hitam Putih Bersaiz A4 (210mm x 297mm - Rujukan: 
4. Kertas Campur (Warna-warni)
5. Kertas Kotak/Kotak Kertas
6. Majalah
7. Kotak Air Minuman
8. Tin Aluminium Dan/Atau Besi
9. Bateri Kereta
10. Minyak Masak Terpakai 
11. Botol Plastik Bekas Air Minuman (contohnya; botol plastik air mineral)

Senarai Barangan Kitar Semula PERCUMA:
1. Kaca
2. Pakaian Terpakai (dirapikan semula oleh Alam Flora, dijual semula {BUTIK 3R} dengan maksud hasil jualan akan diberikan kepada badan kebajikan)


Sumber:  http://www.cakapniaga.com/2011/06/pusat-kitar-semula-komuniti-presint-9.html

4 comments:

  1. ooo..baju pun boleh letak kat sini ek..
    harge minyak masak terpakai pun leh tahan jugak kan..
    org selalu letak balik dalam bekas minyak tu, pastu letak kat tempat sampah jer..

    very good info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida pun tengah kumpul minyak terpakai...
      daripada buang.baik kita jual.. hihihiiii..

      Delete
  2. Boleh saya tahu berkenaan pakaian terpakai tu..... pakaian mesti elok? Kalau pakaian lama yang dah tak elok, untuk dibuang boleh dihantar ke situ juga ke?

    ReplyDelete
  3. zaid putra.selalunya,selepas kita hantar,pihak kitar semula akan pilih dahulu.mana yg masih elok dia akan jual,yg tak elok dia akan buang.

    ReplyDelete