Jom Join!!

Aug 30, 2012

balik kampung.


gambar ni. masa kat KLIA hari tu. korang tengok sarat tak sarat aku balik kampung hari tu..
mesti korang pelik asal aku bawak balik printer pulak kan... hihi.sebenarnya.. kotak jer printer.. isi kat dalam tu adalah baju-baju aku ngan habby. kan aku ada cerita ngan korang hari tu. aku nak sedekahkan baju aku pada adik ipar dan sedara mara kat sabah.. jadi dah tertunailah hasra aku. nak bawak baju-baju tu ke sabah.
Alhamdulillah..nasib adik ipar aku yang bongsu tu. muat baju kebaya aku tu.
ok yang beg warna pink tu baju aku dan en suami.
yang beg hitam tu untuk baju anak-anak sahaja..
tak mo letak sekali ngan baju aku. nanti susah nak cari.. letak asing-asing lagi bagus..
beg galas yang hitam tu. en.hubby punya lap top.
saja jer bawak.. bosan2 boleh bukak face book or blog korang.hihi..

  upss.. ada gak gambar i kat KLIA ari tu..
gambar ni. si nabilah yang ambil.. dia memang tak senang kalau tengok mama dia pegang kamera.. dia mula nak berebut ngan aku... tengok ler..  sekerat je dahi i masuk tau menci....
lagi sekerat dah kena potong..hahaha..

haha... tengok anak dara ni.. suka norr.. pekam mulut. sama macam aku..
nabilah suka sangat ngan baju minnie mouse ni.. asal kering jew baju ni. mesti nak pakai balik..
sampai naik lusuh baju tu dia kerja kan..

sampai je kat KLIA en. hubby terus gi strap kotak ngan 2 beg tu..
bayaran untuk satu beg adalah RM10.00

masa ni dah ada kat balai pelepasan..
budak berdua ni.. dah pau ayahnya siap-siap kat kedai buku tu.
nah hambik sorang satu buku warna ni.. duduk dia-diam tau.

si faiz pilih buku mickey mouse..

Nabilah pilih buku barbie..

tapi nabilah ni.. jenis cepat bosan..
sekejap je dia mewarna.. tak lama lepas tu..
''mama.. mama warnalah.. adik tak reti......."
heerrrr............ last-last aku pulak yang naik syok mewarna gambar barbie tu.. hihii..

faiz yang happy dapat naik kapal terbang..
(macam biasa.. tak lama lepas tu.. ``mama faiz nak makan nasi''..)
budak kuat makan ni.. memang macam tu..
punggung tak panas lagi.. dah mintak nasi..

adik pula suka buat perangai. bila naik kapal terbang ade jew benda yang tak kena..
sebenarnya dia tak suka pakai tali pinggang tu..
biasalah budak kan..
aku pun rimas sebenarnya....
mengamuk2.. anak dara ni.. tak mo pakai tali pinggang.
aku macam biasalah.. kan tak reti pujuk budak..
aku pasangkan jugak... pastu aku buat pekak jew dia melalak.
mesti penumpang yg lain hangin hahha...
nasib ada apaknya.. yang baik hati.. tolong pujuk anak dara ni.
sekejap jew.. dia nangis.. ntah apa apak nya jampi aku pun tak tahu
tahu-tahu dia dah diam dah....(syukur)
haha..  tq.sayang.. sbb u tlg pujukkan anak dara ni..i memang tak reti pujuk anak.
kalau u takda.. i tak tahulah sampai bila anak u nangis.... hahaha..
(nasib dapat laki yg pandai pujuk anak)


ok masa ni dah sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu Sabah..
masa ni.. aku suruh nabilah berdiri kat gambar ikan tu.. dia punya takut...
menjerit-jerit kat situ.. semua orang duk tengok dia..
last2.. aku suruh faiz je sorang2 berdiri kat situ..
faiz macam biasalah.. cool jer..

ok sampai sini dulu cerita aku  pasal balik kampung hari tu.
next N3 aku cerita aktiviti aku masa bulan ramadhan di sabah hari tu..
tunggu.......

No comments:

Post a Comment