Jom Join!!

Aug 3, 2012

Baju raya.

salam jumaat semua..
Alhamdulillah hari ni dah masuk 14hari kita berpuasa.
mesti ramai antara korang yang dah beli persiapan raya kan.
macam aku.. boleh dikatan baru 70% je. lagi 30% masih lagi mencari..
hemm..mungkin  esok kot aku akan selesaikan lagi 30% tu.
harap-harap.semuanya akan berjalan dengan lancar..
meh aku tunjukkan sikit antara barang yang aku dah rembat untuk anak-anak.
(anak-anak jer tau. yg mama ngan ayah punya belum selesai lagi).

  Faiz Punya

fuh.. banyak giler t- shirt si faiz kan..
semua sekali ada 8 helai. tapi yang kelakarnya seluar dia aku baru beli sehelai jer. 
mungkin akan ditambah dalam sehelai lagi. jadilah kan.. seluar yang ada pun masih elok lagi.
tak baik membazir kan..kan..kan..
kalau korang perasan. baju faiz banyak jenama poney kan..
itu sebenarnya. secara kebetulan.
mula -mula  aku beli baju yg warna pink kelabu belang- belang ngan poney tulisan besar tu jer. aku beli kat jj sunway piramid.
yang warna coklat ngan hijau tu aku beli kat jj equine. TERPAKSA rembat jugak sebab harga dia.. GILER punya murah.
tu yang aku rembat sampai dua helai tu.. yang bestnya.. walaupun harga dia murah..
tp kain dia sangat b'kualiti.
baju transformers dan superman tu pulak.. permintaan faiz sendiri..
teringin sangat dia nak pakai baju tu.
aku ikutkan ajelah.. 
yang dua helai lagi tu. merah dan kuning kelabu belang-belang.
adalah dari seseorang..
terima kasih sangat2..  murah rezeki anak aku
ok kasut pulak..
kasut tu. permintaan dari tuan punya badan sendiri(faiz)
dari tahun lepas dia nak kasut transformers.tapi kita orang tak layan.
tahun ni terpaksa jugak ikut kehendak dia.
sebab tak tahan tengok muka sedih dia.


ok jom tengok baju Nabilah pulak.

Nabilah Punya

huhuhu... sebenarnya gambar ni aku ambil masa awal-awal puasa hari tu..
tu yang nampak baju nabilah dua tiga pasang jer. sekarang ni. dah tambah baju gaun kembang dia dua pasang lagi. oh yer tak lupa juga segala cepit rambut, cekak dan lain-lain.
yang love pink kecik-kecik tu seluar Alibaba. seluar ni aku beli kat pasar malam jln tar.
masa nak beli seluar ni.. sempat jugak aku bergaduh ngan nabilah.. mula-mula ku ambil warna biru. nampak cantik sikit.. sekali tetiba jer budak kecik tu mengamuk. mulut dah panjang dah.. aku tanya kenapa? tau dia jawab apa. Adik taknak warna ni............. adik nak warna pink... ado.. nak oi.sesekali tukarlah warna lain pulak.. asyik pink jer.. pening mama. dia mengamuk lagi. terus duduk kat atas tar tu.hemmm yerlah dik oi..
pink pun pinklah... 
masa beli baju kuning love-love tu pun si nabilah buat hal jugak..
aku memang cari baju jumpsuit tu. bila terjumpa baju ni. aku punyalah happy...
tetiba masa padankan kat nabilah.. dia tarik baju tu dari badan dia.
Adik taknak baju ni..... ha.. dia start dah.. 
kenapa dik?
adik tak nak...........
aku tak perduli.. aku ambil jugak sebab aku suka baju tu.. kah..kah..kah.. (mama dia yang poyo).
ok nak tahu apa yang menambat hati nabilah..
ni ha..

t-shirt mickey mouse

sebabnya .. dia suka sangat tengok kartun mickey mouse ni.senyum meleret dia dapat t-shirt ni.
satu kedai dia heret baju mickey mouse ni.

dan satu lagi benda yang dia suka..

 kasut pink

masa beli kasut ni.. dia takda dengan aku. 
aku suruh en.suami  bawak budak berdua tu main kat playground.senang sikit aku nak memilih.
bila dah siap-siap beli. aku tunjuk kat nabilah kasut dia..
dia punya sengehh.. sampai nampak gusi-gusi dia.(fuhh.. nasib)
sampai jer kat rumah...
dia terus pakai kasut tu.
sampaikan aku terpaksa sorokkan kasut dia.. hihihi..
sabar yer dik raya nanti adik pakailah puas-puas..


* Antara benda yang tak cukup lagi*
- Baju melayu en.suami
-Baju melayu faiz
-baju kurung nabilah
-seluar faiz
- 2/3 pasang lagi baju utk nabilah.
- baju tidur faiz / nabilah.





12 comments:

  1. wah dh shoping yer..we ouls baru nak start shoping wiken ni...yeayyy x sabar!

    ReplyDelete
  2. hehehe..teringat zaman kecik dulu baju tido pun wajib mak beli..

    ReplyDelete
  3. wah meriahnya baju raya. kami belum beli apa2 lagi..hehheh, tengoklah esok....jeng jeng jeng, tapi ala kadar je...baju melayu pun tk beli tahun ni..pakai yang mana ada....smile!

    ooo..suka mickey ye! comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida pun ala kadar jer. lebihkan kat anak je.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. wahhh beshnya dah siap bershopping ni, me x sure start shopping nie...huh..

    ReplyDelete
  6. Salam Ida, ada email or no tepon. nak bagitau harga herb-lax tu..:) ana.

    ReplyDelete
  7. baju mama die xde keer....

    ReplyDelete