Jom Join!!

Aug 8, 2012

Aku kan Abang Vs Aku kan Adik..

salam semua..
harap korang semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
hari ni aku nak cerita pasal dua orang budak kecik tu.(anak aku ler)
ok pada yg baru jer berjinak-jinak dengan blog aku.. meh sini aku perkenalkan dua orang cahaya hati aku.
yang first lelaki, nama dia mohd. faiz nabil. aku panggil dia faiz @ abang faiz. yg no. dua tu. perempuan. nama dia nur izzati nabilah. aku panggi dia adik..  Adik la, sebab buat masa sekarang ni dia yang bongsu... keh..keh..
ok. dua orang anak aku ni punya perangai yang berbeza.
FAIZ..pada aku  dia seorang abang yang bertanggungjawab.. cth.kalau aku lepaskan dua beradik tu kat play ground. aku nampak.. faiz akan jaga adik dia. kalau ada orang buat adik dia.. dia akan pujuk adik dia. dan hantar pada aku. (nasib dia tak belasah budak yg buat adik dia nangis  tu).
lepastu aku tengok faiz ni dia jenis yang dengar kata sikit. kalau aku kata tak payah!!! jagan buat!!!  dia akan ikut.(terpaksa akur).
seorang yg kuat makan...
(terkejut aku dia boleh habiskan sepinggan nasi ayam penyek dan segelas air mango wong solo yg pekat tu. aku pun semput.)
dan satu lagi. dia ni seorang budak yang ringan tulang. kalau kita mintak tolong..
insyaallah.. dia akan buat.. (pastu.. kenalah bagi upah sikit kan.. upah dia tak mahal pun.. kau puji2.. dia sikit dah ok dah.. nanti kau tengok dia punya senyum.. sampai ke telinga haha...)
 NABILAH. anak dara ni kalau korang tengok muka macam lembut je kan. tapi kalau kat rumah..
adoi mak ai..dialah hero.silap-silap abang dia kena buli dgn dia.
oh ho.. macam kejadia malam tadi.aku pun tak tengok kejadian tu. en.suami yg cerita kat aku masa bersahur pagi tadi.cerita dia berbunyi begini...
En.suami             : mama nak tahu apa adik buat kat abang dia malam tadi?
Aku                    : buat apa?
En. suami            : dia baling abang dia dengan kamera mama yg rosak tu. (kamera digital)
Aku                    : Ha!!!! yer ker (terkejut aku)
                            habistu kena kat mana?
En. suami            : kena kat tulang serangka dia (tulang yg antara leher dan bahu)
Aku                    : uiiisshh.. kesiannya... habis tu abang faiz nangis tak?
en. suami            : nangisla... sakit..
aku                     : diorang kenapa gaduh ke?
en. suami            : mula-mula diorang main sama-sama. lepastu tiba-tiba je si adik baling abang dia.
aku                    : habistu.. kena pukul ke dgn abang?
en. suami            : kenalah..
aku                     :  oh patutlah dia masuk bilik nangis teresak-esak.

ok tu citer malam tadi...

hemm.. apa lagi ye. nabilah ni.  dia jenis yang mudah tersentap. macam aku.. tak boleh salah sikit.
mulalah tersentap duapolohpatjam.pastu bila dah tersentap. segala benda kat tangan. dia akan baling.
kalau takda benda kat tangan. dia akan cari benda yg boleh dia baling.huhu.. protes no.satu.
nabilah... dia kalau tengah makan. jangan harap kau nak rasa dia punya. takkan dia baginya. (kede la budak ni) yg pasti perangai kede ni. bukan perangai aku. aku pemurah.. ni mesti ikut apak dia hihihi..
kalau nak jugak.. aku kena mintak baik-baik..lembut...
cakap. adik.. bagi abang faiz sikit. boleh.. adik baik.. adik comel... barulah dia bagi. kalau tak..jangan harapla.
tapi yang paling cutenya si adik ni. dia pandai ambil hati aku.. kadang-kadang aku nak marah pun tak jadi nak marah...
satu lagi benda yang aku paling suka kat budak ni...
dia akan tidur kat sebelah aku. walau pun aku dah letak dia kat tilam bawah dgn abang dia.. malam- malam nanti mesti dia akan panjat katil aku dan tidur atas lengan aku.. (macam lagu Dato' CT. tu. berbantal lengan tidurku)
kadang-kadang naik kebas lengan aku.
oklah.. tu jer nak citer utk hari ni..
pada anak mama berdua.. kau lah buah hati mama.
pada apaknya.. pulak. kaulah..jantung hatiku.T________T
ok. bye.

   masa ni. aku minta tolong budak berdua tu, tolong  kemaskan bilik mainan diorang.bersepah sangat.
   fining kepala aku. tapi yang datang mengemas.. hanya faiz je si adik tau dia buat apa?
  
     tengah syok.. tengok tv. adoiyai..anak dara aku yang sorang ni.berat muntut sikit dak ni.
     dia tahu abang dia dah buat..tu yg dia releks tengok tv tu.
     mula-mula nak marah gak anak dara ni. tapi bila dia senyum kat aku. aku terus cair..hemm...
     padai adik ngulo yer adik...


   p/s: sebabkan abang faiz rajin sikit.. mama kasi duit raya lebih sikit.
          adik berat muntut.. mama kasi duit raya adik sikit jer... boleh??
          ( mau aku pulak yg kena baling ngan kamera nanti hahhaha)
 
    klik sini kalau nak tengok biodata  faiz.
    klik sini kalau nak tengok biodata Nabilah.










    

12 comments:

  1. hahahha...kalu faiz...ikut perangai ayahnye...si adik..sudah semestinya...ikut perangai kak ida...bila sentap...main baling baling barang...hahaha...same la tu...lalalla

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...
      tu namanya aksi comel dagi seksi..kahkahkah...

      Delete
  2. nabilah elok kawan dgn c hadif...perangai dia sebijik sama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbesan jer lah senang..kahkah...

      Delete
  3. seb baik kak ida jenis x membaling barang... hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab i tahu. kalau i baling h/p i.nnt u sambut.kan....

      Delete
    2. eh sue....ade la kak ida mengamok baling barang...ko x ingat ke???dulu kan die penah mengamuk kat opis...die baling barang...cube ko ingt balik...lalallaa

      Delete
    3. heyy..dak rara.ni kan!!! aku jentik telinga kang..

      Delete
    4. tu bukan baling, tapi menghempas barang... mane aku bole lupe...

      Delete
  4. baru tau tulang serangka tu kat mana...heheheh nasib kau kasitau

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya akupun baru tahu..hihihi.
      itupun k.nadi yg bg tau hikhikk.. kita serupa!!

      Delete
  5. Seronok baca kisah abg & adik ni :-)
    Isha je belom nk dpt adik lg.. mainla die sensorang, kalu gaduh pun gaduh dgn papa mama je la :-)

    ReplyDelete