Jom Join!!

Aug 10, 2012

orang perasan vujang gi shopping ha..ha..

salam semua..
errrhhh... penatnyer badan ni. lenguhnya kaki ni..
tapi rasa seronok sangat..sebab dapat gi shopping dengan amannya.. hahaha..
mesti ada yang cakap.. kesian.. macam kambing terlepas dari kandang.
ada aku kisah.. memang pun.. sebab aku ni kan ibu mithali.. kalau sebelum-sebelum ni nak pergi mana pun aku akan hangkut semua anak-anak aku..aku takkan tinggalkan diorang.sebab itu cara aku..
tapi sesekala aku nakla jugak rasa enjoi.. berjalan tanpa kena tarik tangan sorang kanan..sorang kiri.
nak merasa jalan jauh-jauh tanpa suami dan anak-anak takdapatla kan..
setakat shopping kat kl je permohonan di luluskan.. biasalah suami i kan sayang ketat - ketat kat i. (puuuiii).
dia mana kasi i jln sorang-sorang tanpa dia.. risau kot bini dia kena colek.(cun sangat ker).huhuhu..jom muntah pink!!! eh.. tak boleh muntah..puasa..kan?? ok telan balik.
apa pun aku rasa happy sangat semalam. walaupun aku rasa macam nak m.m.p. s.

aku keluar dari rumah pukul 9.00pg.
sampai je kat erl. aku terus naik bas rapid kl. nak jimat weii.. tambang baru Rm3. kalau naik erl Rm9. kan dah jimat kat situ.
iera.sepupu en.suami. dia yang temankan aku berjimba-jimba semalam..
tq sangat kat dia. sebab sudi jadi peneman i.maklumlah.. i kan takda kawan yang boleh diajak kesana kemari..

 dalam bas ni cuma ada 2   3 ketul je penumpang.hihi.. 
aku ngan iera mula-mula duduk kat bangku depan. sekali sinaran matahari memancar-mancar kat muka.
terus iera ajak aku tukar tempat duduk.
sekali dia pilih bangku paling belakang sekali..
huhu.. tetiba pulak aku teringta zaman sekolah menengah dulu.
bangku belakang tu.. adalah port aku. orang lain jagan suka-suka nak duduk. 
hamboii.. kl gengster la kununnyer.. haktuii...

ok lepas je sampai kat pasar seni. kami terus ambil star lrt dan turun di masjid jamek.
bila langkah je kaki kat masjid jamek tu.. terus.. rasa melonjak-lonjak hati ni nak shopping..
rasa hilang sekejap ingatan ni pada anak dan suami. hihi.. sekejap je.pastu ingat balik i kan isteri dan mama mithasali.

 ni kedai pertama yang kitaorang masuk.
 kedai ni jual segala jenis tudung.. harga tudung kat sini murah-murah..
ada yang harga Rm3 pun ada.yang harga tiga ringgit tu tudung bawal yg bercorak.alah.. yang ada biji2 kat tepi dia tu. memang murah-murahla tudung kat sini.. cuba korang tengok tudung bawal yg tergantung kat atas tu.. 
baru Rm6.80. murah kan.. tapi faham-faham ajelah kan.. harga murah. kualiti pun kureng la. kalau setakat nak pakai pergi pasar ok je. yang penting tutup aurat.nak yang berkualiti dan cantik cari kedai mahal la..
ikut cita rasa sendiri..kau rasa kau mampu kau beli kat kedai mahal. kau rasa kau tak mampu.. kau beli kat kedai murah. aku laki bini gaji kecik.. so pandai-pandailah nak hidup. takboleh nak ikut orang..dan ikut hati.
bak kata pepatah.. ikut rasa binasa.. ikut hati mati.. so nak yg mana satu ko pilih??.


memang banyak pilihan kat masjid india ni. boleh rambang mata dibuatnya.
sampai aku sendiri tak tahu nak pilih yang mana satu..
tapi aku tetap berpegang pada misi aku.tak boleh nak boros sangat.
nanti lepas raya.. makan roti jer..huhuhuhu.. sanggup cikpuan lovely? makan roti je pagi petang siang malam.. huhu.jadi.. kena fokus pada misi tau.

    masa ni kat Jakel.asalnya nak temankan si iera nak cari songket utk ayah katanya..aku ikut je.
    tiba-tiba aku ternampak pulak baju melayu yang sama warna dengan baju aku.
    bila aku tanya harga dia.. kira ok lah.murah jugak. sepasang baju + songket + butang baju melayu 
    RM100.
    ahh.. ok la tu dah malas nak fikir.

  ok tak warna dia? ok la kan.. kalau nak cari betul-betul sama.. jenuhla...
  aku ni. bukan jenis yang cerewet sangat. tak kuasa aku!!

masa ni aku tengah pilih songket utk gandingkan dengan baju melayu en.suami.
hemm nak pilih hitam ke.biru.....
hitam sebab baju aku banyak corak hitam. biru pulak sebab en. suami belum ada lagi songket biru.
last2 aku pilih songket biru..

 wah..terasa macam shopping kat bandung pulak.. sempat lagi nak ambil2 gambar yer..
maklumlah.. nak bershopping kat  bandung tak dapat kan... so shopping kat kl pun jadilah..
lagi best.. aku bangga jadi anak M'sia.. fufu... (ayat nak pujuk hati sendiri.sebab tak dapat ikut kawan opis gi bandung hari tu..sedeyy)

cer korang tengok songket tu..cantik kan..pastu korang tengok pulak harga dia. lagi cantik kan..
sapa rasa mampu.. bolehla pilih yang mana korang berkenan ye.. bolehla beli untuk diri sendiri ke, utk suami ke, kekasih hati ke.. hihi.. memang cantik.


satu set baju melayu utk en. suami. ok dah selesai.. cuma untuk anak -anak je belum beli lagi masa ni.
baju nabilah beli kat jakel gak.. cantik.. kurung moden. tapi warna ada lari sikit.
baju faiz.. beli kat kedai lain.sebab kat jakel takda saiz faiz..


songket meroon tu utk ayah si iera.. boleh tahan gak harga dia.
tertelan air liur aku..
masa ni songket ni..  baru je lepas di jahit. bagusla shopping kat jakel ni.layanan sungguh memuaskan.
suka sangat kat budak jakel ni. lembut je cara dia bercakap.. sejuk hati aku.hahha..

 songket yang mampu membuatkan air liur aku tertelan... gluppp..

ok tu je.. apa pun. seronok sangat..
tahun depan nak pasang misi yang sama lah.. huhuu..




11 comments:

  1. laa...akak xde kawan ke???bukan ramai ke kawan akak???lalalla...raya tahun depan ajak rara soping ek...hehhehe....i bole je di bawa ke sana ke mari...hehehheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yer ke? ok tahun depan kita shoppinng sesama.

      Delete
  2. Seronok nyer jadi org bujang sehari yer.. lame tul xpegi area sane tu!

    ReplyDelete
  3. teringin nak p tapi risau shopping tak hengat dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tak hingat dunia pun.kalau ikutkan hati.semua benda i nak beli. huhu.

      Delete
  4. hoitt.....
    tak ajak
    syiok woo, leh cuci2 mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti tahun depan kita pakat gi ramai - ramai nak? hihihi.

      Delete