Jom Join!!

Feb 27, 2013

My Lovely Bulat Part 2

Eh.. asal rajin beno aku up date gambo bulat pulak sekarang ni...
heerrmm... takpalah aku kan pencinta kucing... eh.. betul tak tipu tau..
ingat lagi masa kecil2 dulu. lovely pernah kena gigit dengan kucing jantan. gara-gara mengacau dia tengah berasmara dana dengan kucing lovely..
mana lovely tahu, lovely ingatkan dia nak gigit kucing lovely.. so lovely pukul lah kucing jantan tu dengan batang ubi. sekali lovely pulak yang digigitnya. masih ada lagi bekas gigitan kucing tu kat tangan lovely ni.
tapi kejadian tu. sikit pun tak melemahkan rasa sayang lovely terhadap haiwan comel ini.
ingat lagi masa kecil2 dulu. lovely suka sangat melayan kucing..
lovely selalu mandikan kucing lovely.. siap curi shampoo mak lagi. hahaha..
lepas tu. bila kucing tu dah kering. lovely siap pakaikan bedak holiday on ice lagi kat dia hahahaha.. giler punya lah rajin..

ok sekarang kita cerita pasal bulat pulak yer..
macam bulat ni. lovely dah tak rajin dah nak menjaga kebajikannya. . kebersihannya.
semuanya lovely serahkan pada suami..
selalunya suami lovely lah yang bagi dia makan, bersihkan najis dia, sikat kutu dia, mandikan dia..
lovely nak buat.. uuiihh idok ler.. baik lovely layan anak2.. untung2 dapat jugak upah ciuman dari anak2.
kalau lovely melayan si bulat.. mau dicakarnya tangan lovely..

tapi kan.. walau pun lovely jarang melayan si bulat ni. namun dia tetap manja dengan lovely..
ada sekali tu.. hari minggu tau. lovely tidur lah kat atas katil.. sekali bulat pun datang dan terus aje baring kat sebelah lovely. bukan setakat baring kat sebelah.. siap letak kepala atas lengan lovely lagi.. ewah.. dah macam baby pulak yer..
 itu satu. ada sekali tu.. lovely baring lagi kat bilik. sekali bulat datang dan terus baring sebelah lovely.. tapi kali ni. kepala dia atas perut lovely pulak. hehehe.. lovely cakap dalam hati.. eehh..eh.. manjenye.. awak ni.
herrmm tulah si bulat.. kalau kami masuk bilik nak tidur je. dia mesti masuk sekali. kalau tak kasi masuk nanti  bising suaranya satu rumah.. kita pulak yang tak boleh tidur.

kadang-kadang.. rasa terhibur pula tengok aksi manja dia..
kalau lah dia hilang...macam mana yer...
eh.. lupa pulak.
ada sekali tu.. dia hilang satu malam..
jenuh kami cari dia satu rumah. bawah katil, dalam almari, semua tempatlah kami cari.. tapi tak jumpa juga.akhirnya kami redha.. takpalah.. mungkin dia dah larikan diri kot.
tapikan bila lovely pandang muka suami lovely  muka dia nampak sedih pun ada.
yerlah bulatkan manja dengan suami lovely.. mestilah dia sedih.
lovely pula, mulut ni asyik panggil nama dia je.
masuk bilik je.. panggil..nama dia bulat..bulat.. masuk  dapur je.. panggil.. bulat bulat..  bila tengah makan pulak.. terus teringat kat dia.. kat mana lah bulat sekarang ni? apalah dia makan kan bang.. lepastu bila nak tidur pulak.. eh.. bang.. hujanla kat luar tu.. kesian bulat.. mesti dia sejuk.. lepastu tiba2 je air mata aku keluar..
eh.. dah macam orang sasau pulak aku ni...

betullah kata orang.. kalau kita dah lama  jaga sekor kucing tu. mesti kita akan rasa sayang pada dia..
heerrmm betul lah tu.. memang dah banyak kali dah saya merasa situasi itu.
kucing hilang pun saya nangis,
kucing saya mati pun saya nangis,
wwuueehh.. tak boleh la.. bagi saya kucing  ni adalah suatu makhluk yang cukup istimewa pada saya.
oleh itu.. marilah kita sama-sama menyayangi kucing muahaha.. Miioouuuww..

nak baca lagi pasal bulat? klik sini

1 comment: