Jom Join!!

Dec 1, 2011

- Binatang Perliharaan aku yg terbaru (BULAT) -







gambar ni masa bulat baru berusia 2bln.


yg ni gambar terbaru bulat.


nampak tak kepingan biskut kat sebelah bulat tu? 
tu kerja nabilah ngan faiz la tu.
ade ker.. kucing makan biskut meri.hihiii.. kelakar la budak berdua tu.


**********************************************************************


bulat kecik..bulat kecik..
bulatlah besar..
sayang mama, sayang papa.
sayang semua..

macam biasa..
bila meroyan aku datang..
aku mesti nak nyanyi..
tak kiralah..lagu apa pun.
lagu tadika ker,lagu 60an ker,
80an ker 90an, ker 2000an ker..
semua lagu  aku bedal.


ok motif sebenar bukan nak citer pasal tajuk lagu..
atau nak buat rancangan jangan lupa lirik.
motif asal adalah. aku nak citer pasal binatang peliharaan aku yg terbaru.
tp baru tak baru sangat lah.
dah 3 - 4bln jugaklah aku mencurahkan kasih dan sayang aku pada si bulat ni.
nak tahu macam mana aku boleh terjebak nak jaga si bulat ni.
jom aku cerita...

****************************************************************
Babak Pertama:

**kali pertama bertentang mata dengan si bulat**

pertemuan bermula di kedai makan kat seri kembangan di Warung Pak Maidin.
pada ketika itu, aku dan en.mat cool sangat lapar.
jd kami singgah di warung pak maidin utk minum petang.
tak lama kami melabuhkan punggung ke kerusi..
datang pula mamat pelayan kat warung tu utk ambil oder.
dengan mata terkebil-kebil tengok menu.
maka kami pun oder dua tiga jenis makanan 
utk disantap.(perhh ayat tak leh tahan).
selang beberapa minit kemudian.
maka menu yg di oder td pun sampai.
dan memenuhi separuh dari meja makan tu.
selesai je makan.
Mr. Mat Coll pun bangun dari kerusi utk membuat semburan fogging.
anak-anak yg dah tak senag duduk. duk mengekor muntot Mr. mat coll.
tak lama lepas tu aku tengok, tiga -tiga beranak tu duk mencangkung kat celah-celah pokok bunga.
termasuk jg dgn budak pelayan warung td.
rupa-rupanya mereka sedang asyik melayan seekor anak kucing yg  berusia 2 bln pd ketika itu.
bak kata mamat pelayan tu. anak kucing tu telah ditinggalkan oleh ahli keluarganya.
memandangkan ibu kandungnya tidak pernah menjenguknya di sini.
maka mamat pelayan tu yg melayan dia.

*************************************************************

Babak ke-dua:

Hati ini terasa berdetik atau kata lainnya (sedetik lebih).eh!
untuk menyayangi haiwan berbulu ini.
memandangkan Mr. mat coll pun seorang yg amat menyayangi haiwan..
maka kami semua sama sepakat dan berpakat utk sama-sama menjaga anak yatim piatu ini.
(kesian)
maka bermulalah kehidupan baru buat haiwan berbulu ini..

*************************************************************
Babak ke-tiga:

Hati seorang Mat cool.....
malam tu sesampai jer kami di rumah mat cool terus melayan haiwan berbulu tu.
di belek-beleknya telinga, kuku, bulu badan dan setiap pelusuk susuk tubuh badan si haiwan tu.
lalu berkata kpd ku..
syg......
kita nak namakan kucing ni ngan nama apa ye?
emm abg lah bagi.. 
wahhh... dah macam nak bagi nama anak sulung pulak.
abg la.. syg la... 
emm... oklah abg bagi nama dia BULAT ok x?
kenapa bulat?
sbb masa kami ambil dia. bdn dia sangat bulat.
ok.. BULAT..
abg..... 
dengan nada yg manja aku panggil Mr. mat cool.
yer syg. 
sahut mat coll..(wweekk.. geli i)
esok abg pergi jpn yer..
buat apa? daftar nama anak angkat kita ni ha... 
hahahhaaa...
gilo ker aper.

************************************************************

Babak ke-empat:

tengahari.. waktu lunch.Mr.mat cool call aku dan ajk aku pergi presint 16.
katanya dia ada beli sangkar kucing utk bulat. dia beli dari mudah.com katanya.
oh!!! yer ker? emmm... jom..
ok.. dengan pantasnya aku tekan butang lif.

selesai jumpa org yg jual sangkar kucing tu.
kami terus berdezub blk ke rumah..
sampai je rumah mat coll terus pasang sangkar tu.
rupa-rupanya. mat cool belikan rumah semi D dua tingkat  utk si bulat.
jelosnya aku..
aku sendiri pun duduk rumah kuarters je..
kau dapat rumah dua tingkat.
betuah kau kucing.
kalau dulu,kau kucing jalanan.
sekarang kau dah duduk rumah semi D dua tingkat.
perhh.. bertuah kau bulat.

*************************************************************

Babak ke-lima

Petang, blk dari opis. dlm kereta.Mr. mat cool ckp
abg nak bwk bulat g klinik haiwan ni.kat presint diplomatik.
semalam abg tengok badan dia, telinga dia ada kurap sikit + kutu..
eee.... 
(tp itu normal bg seekor kucing)
abg tengok kuku dia pun tajam sangat.
oh yer... aku jwb.
sampai jer kat bawah rumah. en.suami terus ambil bulat dan bawa ke klinik haiwan.
sampai sana. bulat kena inject kurap kesian dia..
bulat juga telah diberikan ubat cacing,serta vitamin.
dan kukunya juga telah siap dipotong.

**********************************************************

Babak ke-enam:

setelah beberapa bulan dijaga,dibelai dan dimanja oleh kami.
akhirnya bulat sekarang dah bebas daripada ancama perosak..
dia sangat aktif bermain.
lompat sana lompat sini.
lari sana lari sini..
hidupnya penuh rasa kasih dan sayang dari kami..
Syukur Alhamdulillah......
kini bulat sedang menuju ke alam Remaja.
semoga bulat akan hidup bahagia bersama kami sekeluarga.
Insyallah.. kami akan curahkan kasih dan sayang kami pada BULAT..
itu pun kalau bulat sudi bertahan..
ok lah..
dah panjang beno aku citer pasal bulat ni.
ok.

*************************************************************

S.E.K.I.A.N


4 comments:

  1. esok malam bulat akan jatuh ke tangan sue.. hihi..

    ReplyDelete
  2. kucing saya makan roti ok!!!
    roti canai pun dia mkan
    tp skg x kasi dah sbb minyak boreng buat bulu dia x cantik :)

    ReplyDelete
  3. dah lama dah cik sue woi
    kucing aku dah bercicit dah
    skg nie ada 10 ekor
    x kire lagi anak cucu dia yg mati excident
    mati sakit mati kene rogol mati kene geget n mcm2 lagi la. . .

    ReplyDelete