Setiap insan ada Impian dan harapan. tapi bukan semua orang akan dapat apa yang dia impikan.
macam Lovely, banyak benar impian dan harapan yg lovely impikan dalam hidup Lovely. Ada diantaranya telah tercapai.. namun ada jua yang masih lagi jauh di hadapan..
salah satu impian lovely yang belum tercapai adalah..
ingin memberi kesenangan dan kemewahan buat emak lovely..
bukanlah nak kata mak lovely hidup susah.. tapi kalau boleh lovely nak sangat membahagiakan hidup seorang insan yang banyak jasanya kpd lovely..
Impian lovely sebenarnya, nak sangat dapat bagi pada mak setiap bulan Beribu riban macam orang lain.. tapi apakan daya.. gaji lovely pun cukup2 je.. namun bahagian untuk mak memang lovely dah buat potongan gaji setiap bulan. takda lah banyak, tapi.. sekurang2 nya adalah juga bg setiap bulan. Tapi itulah.. seperti yg lovely cakap tadi.. Impian lovely nak sangat bagi lebih sikit.
lepas tu, lovely nak sangat bawa mak lovely pergi bercuti ke luar negara, lepastu melawat tempat2 yg menarik.kat negeri orang puteh nun....
kemudian kalau hari jadi dia pulak... lovely nak sangat buat kejutan pada dia. cthnya, macam bawak dia gi makan kat hotel 5 bintang bersama family.. kemudian lovely nak hadiahkan dia satu set barang kemas yg beribu riban harganya..wahhh... bestnya..
lepastu nak sangat belikan dia sebiji rumah banglow atas bukit.. yang kelilingnya ada macam-macam jenis pokok buah-buahan,sprt rambutan, durian,dan langsat. ini kerana mak lovely adalah seorang penggemar tegar buah-buahan tempatan...
lepastu.. kat belakang rumah ada pulak anak sungai yang mengalir.. wah.. damainyer.. mesti dia happy.
tapi yer la kan.. mana mungkin impian lovely yang setinggi gunung tu tercapai. kalau setakat kerja kerajaan sampai pencen.kalau ada pun bisnes.. alahai.. setakat jual minyak aromatherapy yang untungnya tak sampai RM5 sebotol. tapi lovely tetap b'syukur.. dengan menjual secara kecil-kecilan ni lah. dapat menambah sikit duit poket lovely..
Biarlah dimata orang nampak lovely ni macam bisnes women yg untungnya berkoyan2. tapi pada hakikatnya.. hanya tuhan saja yang tahu.
kadang-kadang lovely terfikir juga. kenapalah nasib aku begini? macam -macam dugaan yang menimpa.
tapi bila di fikir dalam-dalam.. setiap yg terjadi ada hikmahnya.
mungkin kalau aku hidup senang lenang.. aku akan lupa diri. jadi adalah lebih baik aku hidup dalam kesederhanaan. dan mungkin juga Allah hanya menguji aku.
sebab dia tahu aku dan suami mampu menghadapi dugaan ini.
mungkin hari ini aku jatuh... siapa tahu hari esok aku akan bangkit semula.
kepada mereka yang pernah mencaci atau memandang serong kpd ku. aku redha dengan apa yang kamu buat kepada aku.
mungkin hari ini aku yang merasa. siapa tahu.. akan datang kamu pula yang akan merasa.
pernah seorang rakan berkata kepadaku. "kenapa nak menangis beria-ria sangat atas apa yang menimpa awak" oh.. masa tu memang rasa nak terbakar sangat dada ni. tapi mengenangkan kawan.. aku hanya mampu senyum je. tapi dalam hati tetap berkata.. " kau tak rasa apa yang aku rasa, kalau kau kat tempat aku, taulah engkau padahnya.mau seminggu tak datang kerja. macam aku ok lagi.. aku bukanlah antara golongan yang inginkan barangan yg mahal2.. yg nampak glemour di mata orang, aku boleh lagi bertahan dengan nafsu membeli-belah. tapi kalau dia yg berada dlm situasi aku nanti aku tak tahulah macam mana dia nak hadapinya.
Apa pun.. masalah yang melanda keluarga lovely sekarang ni, banyak memberi pengajaran buat lovely,
dari situ lovely belajar untuk berjimat cermat, lovely belajar macam mana cara untuk menambah duit poket, dan yang paling penting sekali.. Lovely belajar betapa pentingnya keluarga (mak & adik-beradik) dalam hidup lovely.
keluarga adalah segala-galanya pada lovely.. Keluarga lovely banyak membantu lovely dari segi perbelanjaan dan juga nasihat. terima kasih sangat lovely ucapkan kepada emak dan adik beradik lovely yang banyak memberi sokongan kepada lovely dan suami.. tak terbalas jasa baik kalian semua.. sob..sob..sob..
oh yer dah panjang sangat melalut ni..
Apa pun.. sungguh tinggi impian dan harapan lovely kan, mungkin kah ianya akan menjadi satu kenyataan kelak....? lovely tak pasti lovely hanya mampu serahkannya kepada ilahi...
kata orang..
tuah ayam nampak di kaki..
tuah manusia..
siapa yang tahu..
betul tak?
akhir kata dari lovely...
* kpd adik2 yg masih belajar tu.. belajarlah betul2.. jgn jadi mcm akk. kan dah menyesal..
ada hati nak bahagiakan orang lain.. tapi diri sendiri pun tak mampu..
maksudnya.. belajar pandai2.. dah besar nanti boleh koje best2.. yg tinggi pangkatnya.
boleh balas balik jasa ibu bapa kita. bagi kebahagiaan dan kesenangan pd mereka.
* Belajarlah berjimat cermat..
* Sayangi keluarga kita, sebab masa kita susah nanti takda orang lain yg akan tolong kita, melainkan
keluarga sendiri..
ok.lah itu je nak kongsi ngan korang ok bye..
Setiap kita punya impian dan harapan. Samada ianya fully tercapai atau beberapa peratus yg dapat tak apa. Namun sekurang-kurangnya kena ada impian agar ada wawasan utk mencari yg lebih baik.
ReplyDeleteKalau mak lovely baca mesti dia terharu..
terima kasih kak..
Delete