Jom Join!!

Jan 15, 2013

Jom Sarapan Bersama LOvely.

Assalamualaikum semua..
mesti semua dah sarapan kan...
korang sarapan apa hari ni?
Lovely bawa bekal hari ni. Menu lovely  Nasi Goreng  Sardin.
uolls semua pernah makan Nasi Goreng Sardin tak? Sedap uolls..
kalau sekali cuba. pasti nak lagi dan lagi muahaha..
sebenarnya lovely selalu juga buat nasi goreng sardin ni, sebab cara penyediaannya sangatlah mudah.
Lovely memang suka masak benda-benda yang mudah dan cepat.
senang.. takpayah nak fikir sampai pening2 kepala.

inilah dia sarapan pagi yang lovely bekalkan dari rumah tadi.
Nasi Goreng Sardin bersama Teh O panas.
berselera lovely makan. sampai sendat perut hehe..


sebenarnya bukan lovely sorang je yang bawa bekal hari ni.
anak bujang lovely Faiz dan My Hubby pun bawa bekal yg sama hari ni.
Faiz dan hubby lovely memang suka sangat kalau lovely bekalkan sarapan.
masa tengah pakaikan  faiz baju, pagi tadi. Lovely cakaplah  pada Faiz.
Faiz hari ni mama ada bekalkan faiz nasi goreng tau.. nanti faiz makan kat sekolah yer..
dia punya suka.. sampai melompat2..
"ye ye.. hari ni bawa bekal. yeye.."

emm..
pada yang anda yang nak tahu resepi nasi goreng sardin ni.
baca kat bawah ni yer..(senag jew).

Bahan:
Ikan sardin tin.( lenyek2 kan)
bawang besar  dan bawang putih (ikut suka korang nak potong macam mana)
cili padi  / cili kering satu sudu (kalau nak letak)
garam secukup rasa
kicap (kalau nak letak)
sayur (ikut suka korang)

cara masak:
1.panaskan minyak
2.tumiskan cili kering, bawang besar & bawang putih
3.masukkan ikan sardin bersama sosnya.
4. masukkan garam secukup rasa
5. masukakan nasi
6. masukkan sayur dan cili padi
7. masukkan kicap
8. masak dalam 5-7 minit lepas tu tutup api
9. siap...

selamat mencuba..






12 comments:

  1. kene tambah lagi satu bekas tu kak.. buh nama sue sebijik... hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue Echan: Alo..lor.. shian dier.
      nanti kalau Lovely buat lebih.
      lovely tapaukan utk Sue Echan skali yer.

      Delete
  2. waaa...bestnye bawa bekal...nti yan nak try le wat nasi goreng sadin kak ida...=))

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti buat.pastu hantar kat akk skali tau. hehe.

      Delete
  3. sedapnya..esok nak bawa nasi goreng jugak la..asyik bawa nasi putih je..boring jugak kan..TQ lovely bagi i idea..hehehe

    ReplyDelete
  4. deyna_sophieparis: Shamer shamer..

    ReplyDelete
  5. feveret saya nasi goreng sardin ni...tambah cili api...perghhh!! mantap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zurina. betul tu. kalau lovely makan kat rumah. mesti lovely akan buat sambal kicap.supaya lebih power.bila d makan dgn nasi goreng tu nanti

      Delete
  6. sedapnya.. nanti Cik Mun nak try buat lah ye. Pastu nak tempek kat blog Cik Mun. Mintak izin ye Cik Lovely...

    ReplyDelete
  7. Apasal bekal papanya kaler pink? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. yerlah cik muntel baru saya perasan hihi

      Delete