Jom Join!!

Jan 8, 2013

Satay Hut.

Assalamualaikum..
hari Lovely nak kongsikan restauran satay yang boleh dikatakan..
TERBAIK....
terbaik..sebab.
satay ni ada kelainan dari satay-satay yang pernah Lovely rasa sebelum ni.
kelainannya sebab. kalau korang nak oder satay ni. korang ada dua pilihan.
samaada, nak pilih yang saiz kecil atau besar.
kalau saiz kecil.  adalah saiz normal yg selalu kita makan tu.
tapi kalau saiz Besar..
saiznya adalah sebesar duit lima puluh sen lama. (utk seketul ayam).


nilah rupa restauran SATAY HUT yang saya gebangkan tadi.
sebelum pergi sini. sempat jugak kakak saya google pasal satay hut ni.
siap baca coment orang ramai lagi..
ramai jugak yg puji pasal satay hut ni.
tu yg buat kami makin tak sabar2 nak merasa kelazatan satay hut tu.
mujur. My Abang Ipar orang Tanjong Karang.
dia yang bawa kami ke Restauran ni..

hemmm...
nilah dia rupa Satay Hut yang Lovely cakap tadi.
yang ni satay yg di oder oleh kak gee saya.
5 batang  Satay Besar (kiri).
dan 10 batang Satay Kecil (kanan).
kalau korang tengok dalam gambar ni. memang tak perasan sangat yg satay belah kiri tu besar.
tapi kalau korang tengok secara realiti..
perrrhh...  aku rasa mesti korang terkejut beruk.
macam hari tu.. hanya dua batang satay besar je yang lovely dapat habiskan.. yang lain.
lovely hanya mampu tengok je..kenyang sangat.
tapi sangat berpuas hati.
ok rasa satay tu.. memang manis, isi ayam pun dibakar dgn sempurna.
kuah satay pun sedap..
nak tahu berapa harga satay ni?
ok ni dia..

HARGA SATAY HUT:
BESAR        : RM1.30
KECIL         : RM0.70
KETUPAT    : RM0.60

selain dari Satay Besar yang popular kat restauran ni.
ABC besar ni juga. menarik perhatian pelanggan yang datang ke restauran ni.
rasa ABC ni. memang sedap..
cukup segala-galanya..

Harga ABC : RM 2.50

ok jom tengok gambar anak bujang lovely yg tengah layan ABC ni.
eh..eh.. asal tangan lovely cam gitew..
sejuk kerr..
belum makan ABC lagi dah sejuk hehe..

ok lah bye...
eh..eh.. takkan terus nak bye je kan..
mesti korang semua nak tahu, kat mana terletaknya restauran Satay Hut ni kan..
ok semua dah bersedia dengan pen dan kertas?
ok salin ni ye..


ALAMAT SATAY HUT:

LOT 74,

JALAN BESAR,
45500,
TANJONG KARANG SELANGOR

TEL: 03-32694473 
        : 017-3930169 (SOFIA SOFIAN)
        : 017-3930168 (SUHAIMI SAPAR)

WAKTU NIAGA:
4.30 PM - 2.00 AM 




10 comments:

  1. Bestnya kalau dapat pergi..
    Amy selalu gi Satey samuri aje kat kajang itu pun klu gi umah abg ipar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm..
      nanti kalau ada masa Amy ajakla hubby g sini.
      berbaloi sangat satay dia.
      mmg sedap.

      Delete
  2. klu singgah sini mmg x oder pun yg besar tu, pasal comfirm x abis. yang biasa pun tersedak nak abiskan. mabeles

    ReplyDelete
    Replies
    1. axieo4 :
      aku baru first time g sini.
      saja je nak rasa kelainan.
      perhh.. mmg bestla satay dia.

      Delete
  3. jauh la pulak satay hut ni. selalu pekena satay kajang je. tgk ABC tu terliur pulak. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue-Rya Qistina: sekali sekali jom kita selera.
      lagipun kat Tanjong Karang banyak tempat makan yang menarik.

      Delete
  4. Oooo...Size besar dia lebih kurang size satay kat Satay Station sbb satay kat Satay Station mmg besar².. Erkkkk..Tetiba teringin nak makan satay..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nUR_rOsALiNdA:jom pekena satay dulu hihi..

      Delete