Jom Join!!

Jan 13, 2013

3 idiots

  gambar dari Google
Assalamualaikum...
jom nyanyi  sikit.. " Ketawa bersama menangis pun bersama, ku bersumpah harap kita mati pun bersama"
uolls siapa tengok cerita hindustan 3 idiots, hari sabtu di tv3 ari tu?
sipa tak tengok rugi..
siapa yang tengok boleh geng ngan lovely... muahahahha..
sebenarnya,dah banyak kali  lovely tengok cerita ni.
tapi, setiap kali lovely tengok cerita ni. lovely pasti akan ketawa besar,
dan mengalirkan air mata
best tau cerita ni.
Sebenarnya cerita ni mengisahkan 3 orang sahabat  yang belajar di satu Universiti yang sama.
ada 3 watak yang berbeza dalam cerita ni.
yang sorang adalah seorang yang minat dalam bidang fotografi, minat ambil gambar-gambar haiwan. tetapi dipaksa oleh bapanya utk belajar kejuruteraan.
sorang lagi (Amir Khan). seorang anak tukang kebun yang pandai, dan telah diupah oleh majikannya untuk menyamar sebagai anak majikannya.untuk mendapatkan sijil kejuruteraan dari sebuah universiti.
kemudian, seorang lagi, seorang pelajar yang lurus bendul, dan ingin membantu keluarganya yang miskin.

pada lovely cerita ni memang best sangat.
dia ada unsur kelakar dan sedih..
masa lovely tonton cerita ni. anak- anak dengan dunia mereka, kusyuk dengan permainan masing-masing.
jadi Lovely dan Cinta hati lovely je yg layan cerita ni.

part paling kelakar:
c-yers weehh,
lovely memang ketawa besar masa part paling kelakar ni.
masa tu Amir Khan pergi melawat ke rumah kawan dia yg baju hijau tu.
kemudian adik kawan dia hidangkanlah roti chapati,
kepada 3 idiot ni.
masa diorang bertiga nak makan roti yang yg mak dia buat tu.
tiba-tiba. bapak kawan dia panggil mak dia.
bapak dia ada sakit apa ntah. gatal2 kot. bapak dia minta mak dia garukan badan dia.
sekali mak dia pergi garu badan bapak dia dengan kayu penguli roti yang diorang tengah  makan tu.
lepas tu dengan selambanya mak dia sambung balik gelek roti capati tu tadi.
yang bestnya siap ada bulu dada lagi melekat kat kayu tu.
Lovely dan cinta hati lovely macam nak pecah perut tengok part tu.

banyak lagi part-part yang kelakar dalam cerita ni. kalau uolls semua nak tahu..
uolls tengoklah sendiri cerita ni yer.
memang  kelakar dan best sangat.

selain dari part yang kelakar. ada juga part yang menyentuh hati Lovely.
ada satu part tu. lovely rasa sedih sangat.
sampai tak sedar air mata ni mengalir.
tapi yang paling best sekali. bukan lovely sorang je yang sedih tau. rupa-rupanya.
cinta hati lovely pun, merah-merah mata menahan sedih tau.
lovely pun apa lagi. memang tak lepaska peluang untuk menyakat dia.
dia pun.. tersengih-sengihla malu. hahhaaa...  tak sangka.  layan jugak mamat ni cerita hindustan yer.
ingatkan layan cerita National geogphy je.. hehe..

suka tengok watak Amir Khan,dalam cerita tu.
dia seorang sahabat yang baik.
walau apa pun yang terjadi pada kawan dia.
dia akan tetap pertahankan kawan-kawan dia.
tak kiralah walau dalam apa jua keadaan sekali pun.
dia akan sentiasa bersama kawan-kawan dia.
macam lagu black tu..
ketawa bersama, menangis pun bersama.

apa pun. tak dapat lovely nak ceritakan betapa bestnya jalan cerita 3 idiots tu.
kalau korang semua nak tahu. korang tengoklah sendiri cerita tu. yer..
lovely pasti, korang jugak akan rasa enjoi bila tengok cerita ni.
ook lah..
Assalamualaikum..  



                                                                                                                                        






2 comments:

  1. Salam kenal,

    Saya tengok sikit je filem 3 idiots ni. Sebelum tu saya dah tengok versi Tamil bertajuk NANBAN or friends. Jalan ceritanya hampir 95% sama.

    ReplyDelete
  2. tgk poster pun tak tahu cerita kelakar.... tapi kelakar hindustan tak best!!!! tak menjadi sangat........

    ReplyDelete