Jom Join!!

Aug 8, 2014

Cerita pagi ni..

pagi ni semua bersemangat bangun pagi...  ewah..ewah.. mentang-mentangla hari ni dah hari jumaat.. esok cuti kan.. bukan main lagi korang ye..
Pagi tadi.. bukan main senang nak gerakkan faiz bangun..  aku cakap je kat dia, Aishh... cepat bangun.. pergi mandi.. kata nak pakai baju raya warna merah, hari ni..cepat-cepat..
taklama lepas tu.. terus berdezup anak bujang tu bangun..

si bujang yang bersemangat nak sambut majlis hari raya kat sekolah...
dah lama faiz merayu kat aku nak pakai baju melayu yang aku jahit ni...
tapi aku tak kasi..
aku cakap kat dia.. faiz pakai masa majlis jamuan sekolah nanti..

hari ni.. impian dia nak pakai baju merah, dah tercapai..
bukan main bersemangat dia nak pergi sekolah..
eh... korang.. sebenarnya kalau pakai baju melayu teluk belanga, baju kena letak luarkan...
tapi sebabkan sampin faiz tu kembang.. aku terpaksa masukkan baju tu dalam sampin..
rimas pulak aku tengok baju tu kembang..
tapi sayangla.. taknampak poket baju melayu yang mama buat tu..

Ayah pun ada majlis hari raya juga hari ni... bukan main.. berbaju melayu,bersampin merah bagai...
sebelum dia gosok baju melayu tu,sempat juga dia tanya aku...
mama.. hari ni mama pakai baju pink ke? terus aku jawab.. tak jadi.. sayang pakai baju raya tahun lepas.. warna coklat pastu sayang pakai selendang merah..
terus..ayah pun ambil baju melayu coklat dia dalam almari tu.. dia padankan pulak dengan sampin merah..
hamboii.. bukan main lagi ayah ni.. nak jugak pakai sedondon dengan mama.. walaupun opis lain-lain..
macam ler  mama dijemput sekali ke majlis  tu..
sebuk je nak pakai baju sama warna ngan mama tau..hehe.. 

semua murid diwajibkan membawa makanan.. ok.. aku dah pening kepala dah.. apa aku nak masak ni..
malasnya.. sekali, faiz cakap kat aku.. mama abang nak bawa biskut raya...
 ok bagus.. senang sikit kerja mama... mari kita cari biskut raya..kat kedai..
petang semalam... aku singgah kedai rakyat 1malaysia kat bawah rumah... ternampak pula biskut Almond London ni.. nampak macam sedap je.. ok lah.. beli je lah.. malas nak fikir dah hahaha..

dalam kereta aku suruh dia pegang siap-siap biskut tu.. karang tertinggal kang.. 
satu hal pulak nak patah balik.. tak kuasa mak..


adik ngan abang faiz..
pening aku tengok gambo bergegar ni... 

adik pulak, tiap-tiap pagi minta ayah singgah petronas..
sebabnya nak beli twiggies gardenia..
last-last semalam aku belikan kek apollo ni satu kotak..
senang.. tiap-tiap pagi ambil aje dua bungkus letak dalam beg sekolah tu.
jimat masa,jimat duit..

bila tengok en.suami dan anak-anak bersemangat pagi ni..
mama pun rasa happy..

ye.. esok cuti.... 
ada dua jemputan open house minggu ni..
dua-dua kawan opis..
seronoknya...
ada sesiapa lagi nak jemput saya beraya ke rumah tak? silalah jemput.. silalah... hahahaha... sengalkan.
oklah korang bye.. nanti kita sambung lagi ye.. cau..





8 comments:

  1. merah ang ang baju faiz tu..
    Sekolah dhia pun ade jamuan ari raye ari ni..
    org bawakkan agar2 gula melaka jer..
    sib baik buat kadi. kalo tak bawak kuih raye jer kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baju merah tu permintaan si bujang tu. mama dia layankan aje..

      Delete
  2. Betul kalau telok belanga kain samping di dalam baru ngam.. senang nak simpan duit raya dalam kocek baju hihi...

    Kakak pulak esok ada jemputan kahwin dah mula meriah tempat kakak ni...

    ReplyDelete
  3. Wah seronoknya open house..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah... minggu ni,ramai betul org buat open house.. seronok-seronok.seronok..

      Delete
  4. amboi..semangat tu nak paki baju raya kat sekolah dia.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat nak beraya dengan kawan-kawan kat sekolah katanya..

      Delete
  5. Pandai jahit baju melayu... cantik.
    Amy pun suka gi beraya sebab tak payah masak kat rumah hihihi. terukkan.
    Tentang pad tu, nak terangkan kat sini nanti pjg pulak komen ni hihihi... whatsapp atau we chat 0192253200 tau...

    ReplyDelete