Jom Join!!

Aug 13, 2014

Kerabu Sotong..


 first time aku buat benda ni.. tak sangka sedap jugak menu ni..
terfikir nak buat benda ni.sebab ada terbaca kat blog siapa ntah.. dia oder menu ni..terus aku google.. macam mana ye..rupanya... bila tengok.. cara buat..macam senang je..terus tergerak hati nak buat...
tapi... macam biasa.. aku kan suka derhaka pada resepi..
sepatutnya kena letak suhun,kacang tanah... tapi sebabkan aku tak cukup bahan..aku bedal je..hehehe..janji boleh makan..  sebenarnya aku dah  tak tahu nak masak apa.. selalunya kalau aku beli sotong..aku mesti masak sambal tumis je..so mari kita tukar sikit menu kita.


malam tu aku terlebih rajin pulak... selalunya aku masak nasi kosong je.. hari tu aku masak nasi jagung..nabilah memang suka makan jagung..seronoklah dia hari tu.. aku masak nasi letak jagung.. bertambah-tambah dia makan..
lauknya pulak aku masak ayam masak merah.. tapi terover pedas..  kesian budak budak tu tak boleh nak makan.. mujur aku ada tinggalkan sikit ayam goreng.. dapatla budak-budak tu makan ayam..

nak resepi kerabu sotong? jom aku kongsi ngan korang..

resepi dari blog: Secubit garam..
http://www.secubitgaramnor67.com/2010/09/kerabu-sungguh-enak-diratah-begitu-saja.html

Bahan2:
400gm sotong
suhun
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
4 - 5 bj limau kasturi ~ boleh ganti dgn limau nipis/lemon
kacang tanah ~ digoreng tanpa minyak dan buangkan kulit

bahan2 yg dihiris:
1 labu bawang besar 
5 bj cili api
1 bj cili merah/hijau
kacang panjang 
daun ketumbar

carrot ~ dipotong spt mancis 
1 bj tomato ~ dibuang bahagian dlm dan dihiris pjng

Cara2:
Rendam suhun dlm air panas hingga lembut dan toskan.
Bersihkan sotong dan potong bulat. Toskan
Panaskan kuali dan goreng sotong hingga keluar air dan sotong masak (jgn terlalu lama nanti sotong liat)
Jgn sesekali dimasukkan air sbb nanti sotong akan keluarkan airnya sendiri.
Toskan sotong yg dah siap dimasak.

Masukkan kesemua bahan2 kedalam mangkuk.
Perahkan jus limau kasturi dan gaul hingga sebati.
Rasakan biar ada rasa masam secukupnya.

6 comments:

  1. Kalau tanpa soohun pun sedap juga apa lagi kalau ada soohun kan
    Kakak kalau kerabu-kerabu memang suka.. kadang kakak ratah gitu aje:)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...terliur tgok ...SA mmg suka sotong...

    ReplyDelete
  3. mcm sedap je...

    boleh tak nak mintak resepi nasik jagung? hiihih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. ida pun main cincai je masak tu..

      Delete