Assalamualaikum semua.. selamat hari raya...
amacam raya korang best ker idok?
aku harap korang semua bergembira dihari raya ini..
pada yang berduka.. saya doakan moga anda semua.. tabah mengharungi dugaan ini..
dan ingatlah.. setiap dugaan dan musibah yang Allah SWT berikan itu adalah rahmat, sebagai tanda bahawa dia sayang kepada kita.
Dikesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
kepada semua rakan blogger..yang mengenali diri saya ataupun tidak....
diharap ikatan persahabatan dialam maya ini akan berkekalan selamanya amin..
kita Kosong-Kosong ye..
jom layan gambar Pagi Syawal aku dengan family....
Sebelum apa-apa harusla bergambar dengan En.suami dulu..
tanda ikatan kasih dan sayang di pagi syawal..hehehe..
kemudian bergambar dengan adik beradik aku pulak..
jom aku kenalkan satu persatu.
yang pertama, abang aku..(abg man) -hensem bergaya berbaju purple berseluar kotak..hahhaha.
Ke dua, Nyah (kak ita)- Manis bergaya bertudung biru
ke tiga (Kak Gee)- Ceria dan sempoi, berbaju kotak,bertudung hijau..
yang Bongsu (Aku ler)- Manis bergaya.. berkepala senget,berbaju hijau..bertudung merah.. hahaha..
Syukur tahun ni, dapat berkumpul 4 beradik di pagi raya..
tahun lepas.. masing-masing raya rumah mak mertua..
tahun ni.kita raya sakan..yahooo..
Bergambar bersama Mak,Kakak dan abang ipar aku..
eh.. mana en.suami aku...
ohoooo... masa ni dia tengah bakar ayam panggang..
orang semua bergambar..dia sibuk nak bakar ayam..
Bergambar ngan Abang Man aku..
kalau nak tahu.. abang aku ni.memang kaki gambar.. samalah dengan aku pun hahaha..
Ok.. ni lagi sorang kaki gambo.. senang cerita kami bertiga memang kaki bergambo ler... kecuali kak gee aku..
kak gee setakat 2-3 keping gambo je dia layan.. lepastu.. dia bosan..
Gambar candid bersama anak dara aku..
tengok kasut kami samakan...merah u... aauuww..
yang tengha tu anak buah aku... eh..asal aku macam nak menari je tu...
last sekali jom aku belanja gambar Family terbesar aku..
besarkan family aku...
korang bayangkan.. bila balik raya..semua sekali berkumpul dalam satu rumah... hherrr... memang meriah giler... dahla ramai.. lepastu semua suara macam petir.. (termasuk aku).memang meriah ler jadinya..
korang bayangkan.. bila time nak mandi masing-masing berebut.kira nasibla.. siapa cepat dia dapat... nasib,bilik air ada dua,tandas pun dua.. kalau tidak.. pukul sepuluh baru dapat mandi..
bila time makan pulak... nasi kena masak satu periuk besar ok.. tak main ler periuk kecik... kami semua pirana..hihihii... bila malam menjelma... semua pakat bentang toto... bergelimpangan satu rumah...
inilah yang dikatakan kemeriahan hari raya...
apa pun aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang meriah ni....
semoga keluarga ini akan diberkati oleh Allah s.w.t..Amin..
selamat hari raya semua
maaf zahir dan batin..
bye..
Suasana meriah yg sentiasa dinantikan oleh semua org kan..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya dari kakak..
selamat hari raya juga buat kakzakie
Deletebestnya ambik pic ramai2 camni..tp susah nak kumpul sekaligus camni..
ReplyDeletesalam aidilfitri
maaf zahir n batin
memang susah nak kumpulkan semua sekali.. jenuhla jugak kami terjerit2..panggil sorang-sorang..hehehehe...
Deletesalam aidilfitri juga buat LYAfrina dan keluarga..
meriah nye hari raya.. seronok kalau dpt berkumpul macam ni..
ReplyDeleteSalam aidifitri..maaf zahir batin..
Memang meriah zara'adha.. gamat satu rumah..hehe..
DeleteSalam aidilfitri juga buat zara dan keluarga...
selamat hari raya, maaf zahir batin..comeynya baju raya..;-))
ReplyDeleteselamat hari raya juga buat dieyana
ReplyDeleteselamat hari raya ida...maaf zahir batin...
ReplyDeletesamalah ziera, aku pun nak minta maaf kat kau.andai ada salah dan silap,selama persahabatan kita..
Deletekita 0-0 ok...