Jom Join!!

Jul 11, 2013

Resepi dari Bonda Apam Mentega.


 Hi...
Assalamualaikum...
salam 2 Ramadan semua..
berbuka ngan menu apa semalam? mesti meriahkan...
lovely biasa-biasa je..
hermm cerita pasal menu berbuka ni.
jom lovely kongsi ngan korang resepi kuih Apam Mentega, yang member opis lovely buat semalam..
katanya ni resepi dari bonda dia..
siapa nak cuba boleh cuba resepi kat bawah ni yer...

Apam Mentega..


Bahan-bahan:

1 cawan gula + 1 cawan air ( dihanguskan didalam kuali utk dijadikan sbg gula hangus)
3 cawan tepung gandum + 2 sudu teh serbuk penaik + 1 sudu teh soda bikarbonat  (diayak bersama)
1 cawan gula
3 biji telur ayam
1 buku mentega
1 tin susu cair
sedikit essen vanilla

Cara buat:

Telur dipukul dengan gula, bila kembang masukkan mentega yang sudah dipukul berasingan, susu cair, gula hangus dan tepung, kacau adunan sebati dan tapis. Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus hingga masak. Boleh dihidangkan bersama kelapa parut.

selamat mencuba!!.. 


2 comments:

  1. suruh cuba tapi x leh copy..huhh acaner tuhh

    ReplyDelete
  2. Cik Cinda: hehe.. salin jer yer.hii

    ReplyDelete