Hari ke-2
Destinasi ke Taman Buaya & Rekreasi Melaka
Masa ni. budak-budak ni baru lepas sarapan. turun dari bilik dan ambil gambar dulu kat lobi hotel.sbb nampak pakcik janggut putih ada kat depan pintu masuk..
kabusla pulak gambo ni.
salji ker?
HO..Ho..Ho..
tuan punya blog.mcm kekurangan gambar plak. so tak kira.
nak gak selit gambar mama bambam ni.
kat sini...huhu.
Masa utk tgg En.Dreba dtg ambil penumpang.
tempat parking penuh dan sesak sangat kat Taman Buaya ni. Puas kami cari petak parking yg kosong.
tp semua penuh. Pusing punya pusing.
akhirnya dapat gak parking kat tepi-tepi
gerai ni.
jln jauh sikit la nak kepintu masuk Taman Buaya tu.
itu aku tak kisah lagi.
yg aku paling geramnya.
budak-budak kecik tulah.semua benda diorang nak borong kat kedai tu.
adoiyai.. kopaklah mak apak korang!!!
***************************************************
Taman Buaya Dan Rekreasi
Bayaran:
Taman Buaya Sahaja:
Dewasa : RM5.00
Kanak-Kanak: RM3.00
Taman Buaya & Taman air
Dewasa: RM10.00
Kanak-Kanak: RM 6.00
Keretapi Raksaksa.
aku naik benda alah ni ngehhh..
maklumlah dah jd mak-mak kan. terpaksalah ikut rentak anak.
tp yg kelakarnya. aku hingatkan ada banyak nau.. raksaksanya.
rupa-rupanya ada 2-3 ekor jer. tu pun kepala je yg tgl. badan takda pun...
tp ok lah utk kanak-kanak.
bayaran utk naik keretapi raksaksa ni.
Dewasa: Rm 3.00
Kanak-Kanak: Rm 2.00
kanak-kanak yg bawah dua tahun percuma.
Rumah Hantu:
hahhaaa.. kelakar giler. aku masuk rumah hantu ni ngan Abang man aku, Kak ita ngan 2,3 orang anak buah aku.
masa masuk tu abg man aku yg depan skali. belakang skali kak ita aku,
kelakar wei..
abg man aku tu bukanya berani pun.
masa dia masuk rumah hantu tu, dia mengendap-ngendap macam nak gi skodeng org. klakar gilo.
yg aku pulak duk tarik baju abg aku.
benda first skali yg muncul masa tu.
adalah kepala hantu. tertonggeng ke bawah.
turun naik-turun naik.
rambut dia kena-kena muka kitaorang masa tu. ktorg dah tak boleh nak bangun dah.
kepala lutut ni, dah lembut dah.
hahhaa
kelakar.
yg anak buah aku pulak menjerit-jerit kat belakang.
pastu ktorg berjalan macam itik pulang petang kat dlm rumah hantu tu. kaki msg2 dah x boleh berdiri.
kat dlm tu gelap gulita.
ktorg jln lagi.
abg aku duk mengendap lagi.
sampai satu part tu. hantu tu tiba-tiba mengilai..
hantu tu mengilai.. ktorg menjerit.. dia mengilai.. ktorg jerit.
aku makin kecut..
aku dah tak pegang baju abg aku dah.
aku pegang tali pinggang abg aku pulak.
aku rasa seluar abg aku dah nak tertanggal aku tarik..
sampai abg aku jerit.. ooiii... lepas ler.. mcm mana aku nak jln oii.
ahhh.. aku tak peduli..
bila sampai satu selekoh tu.
toiiii... rupa-rupanya aku salah jln.
kepala aku terhantuk kat dinding..
rasa mcm burung-burung berterbangan kat atas kepala aku ni.
mak ai sakit giler.
jln lg...
dah nak sampai pintu keluar dah.
aku dah nampak cahaya dah.
tetiba bila abg aku pijak satu lantai tu.
lantai tu berbunyi..
bbberrrrr........
abg aku terperanjat terus melompat keluar.
tp yg paling kesian.
kak ita aku.
punyalah dia terkejut.
tetiba ku tengok dia dah jatuh terduduk kat pintu keluar tu.
hahhahaaa...
klakar ler ko ni nyah...
keluar jer dari rumah hantu tu..
semua org kelawakan
kak ita..
hahhaa..
nyah..nyah..
******************************************************************
Taman Buaya:
masa tengah tengok buaya ni. tetiba ada bau busuk..lagi pahit
beralun-alun kat lubang hidung aku ni.
hooiii..
mak ai.. pekat betul bau nyer.
Binatang punya buaya!!!!
kau kentut ker..
hherrr!!!!
Pertunjukan Buaya Tembaga:
mmg berani lah abg-abg ni..
tp kata abg ipar aku. sebelum diorg masuk utk buat pertunjukan.
diorg dah baca doa dulu kat belakang...
mmg la kan.. tak siapa boleh jangka apa yg akan berlaku.
tp alhamdulillah nasib takda apa pun yg berlaku.
Cubaan kali pertama utk masukkan duit dlm mulut buaya.
tak berjaya.
Cubaan ke dua.
berjaya!!! yes..yes....
*****************************************************************************
Taman Air.
taman air ni. terletak kat dlm taman buaya tu sekali.
jd kalau nak masuk tmn air ni. korang kena byr sekali masa kat kaunter masuk taman buaya.
Taman kat dlm taman Buaya & Taman rekriasi
terdapat Raplika Banggunan-banggunan
yg forfuler kat m'sia.
***************************************************************
Muzium Lebah:
abg ipar aku nak sangat masuk kat dlm muzium lebah ni.
masa ni aku tak keluar kereta pun.
sbb tak berminat ngan lebah dan bermadu.
eh.. silap.
madu....
*************************************************************************
Malam ke-2:
acara untuk mlm ke dua ni. adalah makan besar kat Umbai.
kami pilih makan malam kat gerai Parameswara.
menu kami dah oder dari siang lagi.
persiapan booking.
semua tu aku serahkan pd abg ipar aku.(abg khai)
sampai je kat sana kami cuma tgg makanan sampai je.
tak perlu nak fikir-fikir lagi.
Gerai ni mmg sangat terkenal kat melaka.
masing-masing dah tak sabar nak makan ikan bakar.
ikan bakar haper tah.
tak hingat nama dia.
jenahak kot.
ngehh..ngehh.
kerang bakar.
Lala masak sambal.
Sotong goreng tepung..
banyak lg lauk yg kami oder .
udang goreng nestum,kerapu 3 rasa, sup cendawan.
air pulak..
teh o, dan sirap..
tp gambo tak sempat nak ambik
sbb anak aku tak leh duk diam..
hemm..
ok nanti hari yg ke-3 aku masukkan.
tgg...
No comments:
Post a Comment