Jom Join!!

Oct 19, 2015

Karangkraf

Hari selasa hari tu aku dapat jemputan ke Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam.
Tak sangka aku antara orang yang terpilih untuk lawatan ni.. 
ok jom tepuk tangan sama-sama.hahahaha (hover sangat nih)


Bila dah sampai sini harusla bergambo yer dok!  


Ada roper pembaca berita tak?
teringat zaman kecik-kecik dulu,aku suka sangat berangan nak jadi pemberita.
tapi apakan daya,sampai ke tua duk berangan je.
 Impian tak jadi kenyataan pun.huwaaa... (kesat ayo hidung)


sebelum kita teruskan lawatan,jom kita dengar dulu serba sedikit sejarah tentang penubuhan Karangkraf ni.
Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang diasaskan oleh Dato' (Dr.) Hussamuddin Bin Haji Yaacub pada 1978.
 Majalah pertama yang diterbitkan ialah Majalah Mingguan Kanak-kanak.
ok tu jelah serba sedikit tentang latar belakang Karangkraf.
kalau nak tahu lebih lanjut.korang google ye hihi.

ok jom kita melawat tempat media buat kerja.


 wartawan nona
cantik tempat dia kan..


wartawan Impiana,sempoi & sporting.

 Kilang Karangkraf


 macam kenal je tajuk buku ni kan.
yer.. ni ler novel Asam pedas untuk dia tu.
aku suka tengok cerita ni.sweet je pelakonnye.


ok jom bergambo dulu,wat kenangan.














 sebelum balik moh kita bergambo sama-sama.
 Nampak tak kak Ton yang mana satu.
harusla yang paling hover,tu yang tengah tu ai ler hihii
Dapat 4 majalah free dari Karangkraf
tapi satu aku dah bagi kat member aku.sebab tolong cover kerja aku hehe.



Aku beli buku ni je untuk budak berdua tu,jadilah daripada takda langsung kan.


ok lah bye.


Oct 15, 2015

Anje Sangat Bulat Ni..

Bulat sekarang bukan main manje  lagi dengan aku.
kat mana aku kat situlah dia.
dah mengalahkan anak bongsu aku lagi.
anak aku pun tak tidur dengan aku.
tapi si bulat ni, nak menyelit je antara aku dengan en.suami.
kalau dulu,bukan main sombong dengan aku.
sekarang ni,bukan main manje lagi.
aku layan kan aje lah..
seronok jugak,tengok dia dah semakin manje.
comel je.. sampai kadang2 tu rasa nak tampo pun ada..hahaha.
ok lah.. bye..

Oct 8, 2015

Pinggan kangkung


siapa ingat lagi pinggan kangkung ni?
minggu lepas empat hari aku duduk kat rumah mak aku.
semperna menyambut kepulangan mak dari mekah.
hari jumaat hari tu kami buat kenduri doa selamat untuk mak.
biasalah bila dah kenduri mulalah keluar segala pinggan mangkuk kat dalam stor kan.
sekali aku terjumpa pinggan kanggkung ni.
terus teringat kat member opis yang tengah mencari pinggan kangkung ni.
hehehehe.. saja kan nak bagi jeles kat kawan-kawan.
aku saja tanya mak aku. Mak.mak nak jual tak pinggan ni. ada kawan nak beli.
sekali kakak aku yang sahut.. 
jangan aku nak pinggan tu.
pinggan lama tu,susah nak jumpa dah tau..
ye aku tahu. saja je aku nak tengok riaksi diorang.
kalau diorang taknak.aku yang nak.hihihi.
kalau zaman dulu. pinggan ni glemer sangatkan.
boleh dikatakan setiap rumah ada pinggan ni.
pastu korang perasan tak.
kat bawah pinggan tu mesti ada tanda yang dicalit dengan cat.
hehe ada yang warna merah,warna hijau..siap ada huruf lagi.
kalau tuan punya pinggan tu nama saloma.so tanda ngan cat huruf S.
jadi takdalah tertukar dengan jiran.
pandai sangat orang dulu-dulu kan.
pinggan mangkuk dulu-dulu berkualiti sangat kan.
tengoklah.. walaupun dah 4 jenerasi.
pinggan ni masih lagi cantik.
ok lah tu je setakat ni. nanti kita sambung lagi ye.bye..



Oct 1, 2015

Minyak Aromatherapy Safe Care



Fungsi:

~ Melegakan masalah kembung perut
~Melegakan lenguh-lenguh badan
~Melegakan masalah Selesema/ hidung tersumbat
~Melegakan masalah sakit kepala
~Melegakan senggugut
~Melegakan rasa gatal akibat gigitan nyamuk
~Melegakan masalah morning sickness
~dan berfungsi sebagai therapy minda.




Ciri Ciri:

~Saiz 10 ml
~ Disediakan dalam bentuk Roll-On
~ Haruman Aromatherapy (Limau Kasturi)


Cara Guna:

Rollkan shj pada tempat sakit


Kenapa Anda Perlu Cuba Minyak Ajaib Ni?

~  ianya sangat berkesan bagi anda yang sedang mengalami
    masalah  seperti di atas.
 ~ ianya mempunyai haruman yang segar dan harum,
    tidak seperti minyak angin yang anda selalu gunakan
    busuk dan sebagainya. Jadi anda bebas untuk menggunakan
    minyak ini dimana sahaja.
~  Saiznya yang kecil memudahkan anda utk bawa ke mana shj.
~  Disediakan dalam bentuk Roll-on. Anda tidak perlu 
     menggunakan     tangan untuk menggosok.

Testimoni:





Berminat:

WhatsApp/ call  saya :  011-21933908 (ida)






Sep 14, 2015

Jom tengok belon besar di Presint 3

Hari Sabtu hari tu,bosan giler duk umah,
En.suami awal-awal pagi dah keluar pergi INSPEN sebab terlibat dengan sukan.
kami ni anak beranak duk jelah kat umah.
petang baru en.suami balik..
lepas aje dia solat asar,aku terus ajak dia jalan-jalan sekitar Putrajaya.
tak kira nak jugak keluar rumah.
lantaklah jerebu ke hape..
bosan tahap gaban ni.
Anak-anak pun muka sedih je duk kat rumah.

 sebenarnya dah 2 minggu janji dengan anak-anak nak bawak pergi tengok belon besar ni. 
tapi asyik tertangguh je.

 muka puas hati dapat keluar rumah.. Yeee










Eh sukalah pergi taman kat sini.cantik sangat pemandangannye..
ok ni ada satu cerita aku nak kongsi ngan korang.
Cerita pasal Mama Sentap!!
cerita dia macam ni...   masa aku asyik ambik gambo kat taman ni,tetiba anak dara aku panggil.
Mama,adik nak main kat dalam tu (port untuk kanak-kanak ). 
mama dia masa tu,sibuk berselfie,sambil tu duk jawab.. takpayahla, kita dah nak balik dah ni..
sekali budak kecik tu bengang agaknye ngan aku. terus terpacut dari mulut dia.
mama ingat mama cantik ke? asyik ambik gambar je...
OMG... tetiba terus aku tersentap... sambil pandang kiri kanan,atas bawah...
takut ada orang yang sedang ketawakan aku.. nasib masa tu jauh dari orang fuh... lega.
dalam hati.. nanti ko.. siap ko dlm kereta nanti. ooo kau tak dapat main kat dalam tu.mama kau, kau kutuk yer. takpa...Huuuuwaaa.. Mama ko sentap...
Tak lama lepastu Ayah dia ajak balik..
Sekejap je pun kami kat situ,sebab jerebu kuat sangat. 
Jerebu di hati mama ni pun dah tebal ni...hahahhaa...
ok bye


Sep 11, 2015

#Throwback #Gambar raya

Assalamualaikum semua..
haha orang dah nak sambut raya haji.
aku tak habis-habis lagi nak tepek gambo raya ari tu.
ado aku kesah...
suka hati mak jemah ler hahaha...
tak kira nak juga tepek wat kenangan.






 Gambo kat atas ni,masa kami buat majlis raya kecil-kecilan kat opis.
buat kat pantry je.saja suka-suka..
makanan pun kami buat potluck je..
seronok.. sebab banyak sangat makanan,
macam-macam ado..


  yang ni pula masa hari penyediaan majlis hari raya bahagian kami..
pening kepala nak fikir macam mana nak menghias dewan yang besar ni..
sampaikan esok pagi tu kami masih lagi buat penambah baikan mana yang kurang,
Alhamdulillah sempat siapkan sebelum majlis bermula petang tu.


 Bersama bekas SUB dan SUB baru.
 Keluarga Bahagia. (geng biru)
Tapi Tetiba ada Datuk Amirul disitu. berbaju kuning lagi.
mungkin Datuk datang melawat keluarga bahagia ni.hehehe..
 seronok hari tu,sebab Qaseh-Ziera pun datang.(tudung merah)




geng tara ku cha,tara ku cha...

ok itu sahaja.
s.e.k.i.a.n

Sep 2, 2015

Rindunye kat mak.

Alhamdulillah tahun ni mak saya dapat menunaikan haji di tanah suci  Mekah.
dah berapa minggu dia pergi, kami sekeluarga mestilah rindu kat dia.
dan Alhamdulillah,malam tadi baru aku dapat call mak aku. sebelum ni kakak aku je duk call dia tanya khabar. Mak aku pesan jangan selalu call,mak kat masjid..
kami pun faham mak nak buat ibadat kat sana,malasla nak ganggu sangat.
tapi dalam hati ni,tuhan aje yang tahu betapa rindunye aku pada dia.
Malam tadi masa aku call dia,aku rasa sebak pun ada,gembira pun ada.tapi mak aku ceria je suaranya.
Alhamdulillah dia sihat... katanya kat sana tengah musim panas.
lama jugak aku bersembang dengan dia. lepas bersembang tu barulah lega rasa hati ni.
kalau tak,rasa macam tak lengkap je hari-hari aku.

kat bawah ni,ada dua tiga keping gambo mak aku,






rindu sangat kat mak,sayang sangat kat mak...
tak sabar nak tunggu dia balik dari haji..