Jom Join!!

Oct 8, 2015

Pinggan kangkung


siapa ingat lagi pinggan kangkung ni?
minggu lepas empat hari aku duduk kat rumah mak aku.
semperna menyambut kepulangan mak dari mekah.
hari jumaat hari tu kami buat kenduri doa selamat untuk mak.
biasalah bila dah kenduri mulalah keluar segala pinggan mangkuk kat dalam stor kan.
sekali aku terjumpa pinggan kanggkung ni.
terus teringat kat member opis yang tengah mencari pinggan kangkung ni.
hehehehe.. saja kan nak bagi jeles kat kawan-kawan.
aku saja tanya mak aku. Mak.mak nak jual tak pinggan ni. ada kawan nak beli.
sekali kakak aku yang sahut.. 
jangan aku nak pinggan tu.
pinggan lama tu,susah nak jumpa dah tau..
ye aku tahu. saja je aku nak tengok riaksi diorang.
kalau diorang taknak.aku yang nak.hihihi.
kalau zaman dulu. pinggan ni glemer sangatkan.
boleh dikatakan setiap rumah ada pinggan ni.
pastu korang perasan tak.
kat bawah pinggan tu mesti ada tanda yang dicalit dengan cat.
hehe ada yang warna merah,warna hijau..siap ada huruf lagi.
kalau tuan punya pinggan tu nama saloma.so tanda ngan cat huruf S.
jadi takdalah tertukar dengan jiran.
pandai sangat orang dulu-dulu kan.
pinggan mangkuk dulu-dulu berkualiti sangat kan.
tengoklah.. walaupun dah 4 jenerasi.
pinggan ni masih lagi cantik.
ok lah tu je setakat ni. nanti kita sambung lagi ye.bye..



10 comments:

  1. Aah dik,sbb tu ramai yang cari pinggan ni sekarang.

    ReplyDelete
  2. Betullah kakak teringat dulu kat rumah arwah atok kakak semua pinggan jenis ini
    Tak tahu pulak mana pergi semuanya tu
    Pinggan ini kalau takat tergolek atas lantai kayu tak pecah tau..

    ReplyDelete
  3. legend la..nama dia pinggan kangkung ke? umah nenek kita ada pinggan mcm ni

    ReplyDelete
  4. hehe.. skrg ni, kalau makan dalam pinggan ni, especially kalau pergi ke kampung2, atau balik kg, mmg rasa mcm nostalgia sgt2... teringat lah zaman kecik kita dan atok nenek moyang kita dulu ...

    ReplyDelete
  5. ada jugak, tapau 6 biji pinggan kangkung hitam putih dari lemari mak di kampung
    rasa nostalgia sgt bila makan dalam pggan tu

    ReplyDelete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  7. betul2...cantik dan berkualiti..kat umah mak saya pun masih ada.

    ReplyDelete