Jom Join!!

Jan 17, 2013

Kisah Lovely dan Anak-anak.

Assalamualaikum..
cerita di bawah adalah hasil dari gambar-gambar yang diambil pada hari rabu, semalam, dan pagi tadi..
harap terhibur..


Hari Selasa.
balik dari ambil faiz dari sekolah petang tu. terus ajak en suami pergi makan kek secret recipes.
kebetulan memang dah janji dengan anak-anak nak ajak mereka pergi makan kek secret recipes.
selepas ambil faiz dari sekolah. kami terus balik ke rumah. mandi2. dan terus keluar balik utk pergi ke Presint Diplomatik. ingatkan nak bungkus je. sekali. my anak bujang. dah buat muka tersentap. nak makan
kat situ juga katanya.
ok lah.. lagi pun. dah dapat untung sikit dari hasil jualan. boleh la  tukar sikit selera anak-anak yer dok..


 Nur Izzati Nabilah..
MY Anak dara..

bukan main lagi anak dara ni.
seronok bebeno dapat makan kek yer dik.
siap main suap-suap lagi dengan mama.. so sweet.

 oh yer lupa nak cerita.
sebelum kek dia sampai ke meja.
bising sangat mulut anak dara ni..
siap cakap macam ni.
" Mama.. mana kek adik ni.. lambat betul lah.."
sekali terus budak Secret recipes tu dtg bawakan kek anak dara ni.
ishh.. adik... adik.. mulut tu. coverla sikit.

oh.. ho.. sudah puas mama ajar awak.
 makan pakai tangan kanan.
tapi awak tetap pakai tangan kiri kan..
( mama... pisyo )

hhumm.. tak sangka dah besar dah budak kecik ni.
tahun ni dah 4 tahun la umur dia.
tahun depan kena masuk sekolah lain.
dah tak boleh sekolah kat opis mama lagi..

gambar ni. abang faiz nabil yg ambilkan.
gambar sangatlah bergegar dak faiz oi..
tengok tu muka mama..
bukan main bulat lagi. macam bola bowling kan. hehe..



apalah agaknya yang ayah tengah tengok tu. sampai melopong mulut.
masuk lalat kang..



 ok mari kita ke hari yang seterusnya:

Hari Rabu Malam tadi:

gambar ni. adalah kejadian malam tadi. lokasi di rumah Lovely.
aktiviti adalah, melayan anak-anak buat kerja sekolah.



 Tiga orang budak kecik.
Mohammad Faiz Nabil, Alia (kawan baik faiz), dan Nabilah.
eh.. nampak tak ada ibu bertudung biru kat belakang tu. itu Mama Alia.
kawan lovely dari bujang. Kak Aida nama dia.
opss.. dia adalah salah seorang Silent Rider Lovely..
hehe.. tak sangka..ada juga orang yg baca blog lovely ni.
aauuwww malu pulak..hihi..
masing-masing tengah busy menghabiskan kerja sekolah.

masa ni faiz tengah menunggu Alia.
Alia sedang menghabiskan lagi 2-3 baris sahaja lagi. untuk siap.
teringat ayat faiz..
" Alia cepat Faiz tunggu ni."
bagus faiz. sanggup tunggu kawan habiskan kerja sekolah sama-sama.
 macam tu lah. kawan..
 bukannya pentingkan diri sendiri.


Alia pun baik juga...
selalu jaga faiz kat sekolah kan Alia..

teringat cerita my hubby.

hubby:  Mama nak tahu. tadi Aida cerita. Alia tunggu faiz kat bawah rumah.. 
            dia kata. nak tunggu faiz kat sini. nak pergi sekolah sama-sama.
            pastu kak Aida cakapla. faiz dah pergi . lepastu Alia terus monyok duduk dalam kereta.

Lovely : Alolo.. sian Alia yer. 



ok jom kita cerita kisah  pagi tadi pula:

Hari Khamis. Kejadian dalam kereta.

pagi tadi. My Hubby dah turun awal ke kereta. Lovely dan anak-anak turun lambat.
masa lovely dah nak masuk kereta tu. sekali lovely ternampak. Alia (kawan faiz).
Eh... tanjat acik!!!..
hairan jugak.. dari mana budak kecil ni keluar.. tak nampak pun mama dan papa dia.
rupanya. mama dan papa dia ada kat parking kereta kat bawah bukit tu.
sambil meleleh-leleh air mata dia terus datang ke arah kereta lovely..
lorrr... rupanya.. dia ternampak faiz..
nak pergi sekolah dengan faiz katanya....
kesian.. agaknya. dah lama dia tunggu faiz turun.
hehehe... 
Alia.. alia..


Dua sahabat baik dari Baby lagi..

 untung faiz ada sahabat baik dari Baby lagi..
jangan dah besar nanti malu-malu kucing sudah ler. hehe..

oh yer. teringat kisah malam tadi masa budak berdua tu tengah buat kerja sekolah.
aku saja je tanya diorang.
Faiz ngan Alia nak kawin tak?
Sekali Faiz jawab.. Taknak.. Alia jawab. Nakkkkk...
hehehe...
rasa kelakar pulak budak berdua ni. 
macam manalah agaknya bila dua orang budak ni. 
bila dah besar nanti..
 agak-agaknya.. masih berkawan rapat lagi ke tak.
mesti masing-masing malu kan.. hehe..
mama tak kisah sayang.. berkawanlah..
asalkan pandai jaga diri sudah.

mama harap kamu berdua akan jadi anak yg soleh dan soleha.
berjaya di dunia dan akhirat hendaknya. Amin..

eh.. asal tetiba pulak aku rasa sebak ni.
(macam manalah keadaan anak-anak aku 20 tahun akan datang nanti yer)

 entah apalah pekerjaan mereka
faiz tak habis-habis cakap kat lovely. dia nak jadi Inspektor Polis.

si nabilah pulak bila ditanya. dah besar nanti adik nak jadi apa?
jawapan dia..
adik nak jadi Princes.hehe.. adik-adik.

hemm.. teringat.ayat nabilah masa dalam kereta pagi tadi.
Mama : Adik.. Princes ni tak pakai seluarlah.. nampak PET_ _ _ dia.
dia jawab.
Nabilah : takpa nanti kalau princes nak kencing bagi tau cikgu tau.

hehehe.. ketawa besar lovely dan hubby masa tu.. adik oh adik..


ok lah tu je.. kisah Lovely dan anak -anak. ok bye..






2 comments:

  1. yuhu...nabilah left handed ek
    sama la dgn mama wanie huhuhuhu

    ReplyDelete