Jom Join!!

Jan 31, 2012

Oh Lelaki

10 Perkara Bukti Lelaki itu Rumit

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar

Pizza mama tak jadilah.....


susah betul bila anak dah pandai cakap ni kan... 
rasa hangin pun ada... rase nak ketawa pun ada.. rasa macam betul gak pun ada..
macam...macam....ada...

**********************************************************


  ni mini pizza yg aku buat...
rupa adelah sikit macam mini pizza kat baker's cottage tu...yer tak..? (tlg cakap ye)
cuma roti dia jer yg lain sikit...
tp.. rasa...... heeemm ok lah.. kalau tengah lapar..


yg ni lain sikit.
aku tambahkan chees kat atas dia..
habis gak Mr. mat cool makan...
tp yg geramnya si Aishh...

Aish : Mama.... mama buat pizza tak jadilah...
    tak sama pun macam kat kedai tu...

   haaiiiii sabo jerlah...aku dgn si faiz ni.

                  Mama: Yerlah... mama tak pandai masak macam kat kedai tu..
( sentap hati mak kau aishh..)

ARL Bowling Alamanda.


Cerita dah basi...
 kalau susu... dah lama dia bertukar menjadi keju...huwaahahahhahaaa..
kejadian pada hari khamis lepas..
bertempat di ARL Bowling Alamanda..

 apeker hitam bebeno ruper aku tu....




Antara peserta perempuan aku dapat no. 7

Kalau campur lelaki perempuan aku jatuh gedebuk... no.14 
 dengan jatuhan pin sebanyak.. 308.

Jan 27, 2012

Mee Udang Banjir Kuala Selangor.







time ni aku tengah sakit perut....
 muka tengah ketat.. 
tp hakak aku nak gak ambik muka ketat seribu ni..

 masa aku sakit, mak ngan kak g aku yg ambil alih jd juru kamera aku...
aku dah tak larat dah time ni. nasib ada mak ngan kak g tolong ambilkan gambar mee udang ni.



nilah hasil gambar yg mak aku ambil ok tak?






muka ketat makan mee udang banjir...
apa pun.. mee ni rasa dia boleh tahanla... kuah dia cair sikit.
kalau pekat lagi sedap...
tp yg bestnya udang dia mmg fresh giler.. terasa manisnya..
udang kat dlm mangkuk ni ada tujuh ekor kot..
ini yg dikatakan selak udang nampak mee..
bukan selak mee nampak udang..
ok lah.. kalau ada sesiapa teringin nak cuba mee udang ni..
bolehlah pergi ke kuala selangor yer hihiii...



Jan 26, 2012

Balik Kampung BIL

dah terlanjur jalan-jalan kat Kuala Selangor.. BIL ajak kami singgah sekejap kat kampung dia..
sampai jer kat sana.. kita orang adik beradik terpesona dengan keindahan kampung BIL. sangat cantik...sangat damai..
maklumlah.. orang KL masuk kampung..huwah..wah wah..wah... sangat poyos.. ok....
macamlah kau takda kampung dik non oi...

 ni anak buah aku yg kena paksa dengan aku utk ambil gambar kat parit ni.. eh betul ke parit? ke longkang..
ntah tak tau...  hikhikhiik....
 ni hakak aku..kak gee.. dia pun kena paksa gak ngan aku..utk ambil gambar kat sini. asalnya dia nak pergi ambil baju anak dia dalam kereta jer. tp.. hadik dia yg hover ni. suruh stop jap. n diri kat pokok kelapa tu jap.hikhikhik... sian hakak aku..
seronokkan kopok kelapa ada kat depan rumah je..
kalau rasa-rasa nak minum air kelapa muda.. petik je kat depan rumah.. takyah nak gi RASA ker, TEJA ker...
bukak pintu... pakai selipar..bawak parang... pastu kau tetak kat tangkai kelapa tu.pastu kopak sikit kat muncung kelapa tu... dah boleh minum air kelapa...
huhuhuuuuu......... sedapnya...mmg terbaiklah...








 Apakah...? 


 banyak giler ikan belacak kat tepi-tepi muara sungai ni... seronok sangat budak-budak tu duk mengejar ikan. tp ikan ni.. tersangatlah lajunya dia melompat.... tak sempat aku nak fokus..dia dah melompat.




Kata abang man..
kat  dalam air  ni 
ada buaya.... yer ker??? mandai jer abang ni...

Bukit Melawati Kuala Selangor

lepas je menghirup angin pantai kat pantai remis.. kami terus bertolak pula ke Bukit Melawati Kuala Selangor.
sampai jer kat sana... halamakkk... tanjat makcik.. bila tengok banyak giler monyet kat bukit melawati tu.
sampai nak jalan pun terasa ketaq lutut.... 
tp bila tengok ramai je budak- budak duk main-main ngan monyet tu.
barulah  aku pun cuba beranikan diri utk dekat.


 ada dua jenis monyet yg terdapat kat Bukit Melawati ni.
antaranya 
Monyet Silver-Leafed dan Macaques
perhh... baik punya posing....

 memang bersepah - sepah.. monyet kat sini. 
yg atas pokok ada, yg atas jalan ada.. 
atas bumbung ada..
semuanya agresif..
terlompat sana..lompat sini..
seram mak..


 nampak tak monyet yg sebelah kanan tu dia bawak anak dia. monyet ni.. kalau dia masih baby.. warna dia kuning keemasan... beza nau.. ngan maknyer..tapi tersangatlah cute.

Sabtu ,Ahad dan Cuti Umum 
anda bolehla menaiki Trem utk sampai ke puncak Bukit Melawati ini.
manakala hari Isnin- Jumaat dibenarkan utk membawa kenderaan sendiri utk naik ke puncak bukit melawati.
yer... harap maklum...



Tambang untuk naik Trem..


 kat atas Bukit Melawati ni korang boleh nampak pemandangan yang cantik disekitar Kuala Selangor.

 Betul kan aku cakap tadi.. bersepah - sepah monyet kat sini..
kat atas ni... pengunjung boleh membeli makanan utk diberikan kpd monyet ni..
antaranya..
kacang panjang,pisang,dan roti.



suka aku tengok gelagat anak monyet tu... alo..tomei..tomei..
babap bontot tu kang.... nak..




Sejarah :  Mengikut sejarah Bukit Melawati ni meruakan kubu pertahanan Kesultanan Selangor 
                 untuk memantau pergerakan kapal dagang yang melalui Selat Melaka dan Kuala Selangor.


Jan 25, 2012

Pantai Remis Kuala Selangor.


Perjalanan tanpa di rancang... mulanya kak ita call nak kasi tau yg dia nak blk rumah MIL di Tanjung Karang...tak semena-mena aku tetiba nak ikut.. huwah..wah..wah.. sebenarnya mmg dah lama kami rancang nak jalan -jalan kat Kuala Selangor ni.. tp sebabkan masa  tidak mengizinkan.. terpaksalah rancangan ditangguh...maka hari isnin hari tu rancangan telah disempurnakan tanpa perancangan.
tanpa berlengah lagi aku suruh Puan Sri call pasukan-pasukan yg lain.. utk join... kami.
tak sangka pulak dapat sambutan...
maka jadilah satu aktiviti percutian diluar jangkaan tp siriusli mmg best..


Pantai Remis 2012


Terpegun aku.. dibuai dengan bisikan angin dari ombak rindu yg menghempas di persisiran pantai..
wahh... giler aku terjiwang kejap....

 Masa untuk makan..... masa ni.. semua tengah kebulur..

 kanak-kanak riyang ni.. sibuk nak main kat tepi pantai.
masing-masing tunjuk hebat.. turun  kat batu besar tu.



 pemandu pelancong... cover cikit perut tu bro..hehehehee...
yg baju biru tu BIL aku. dia yg jd pemandu pelancong kitaorang.. 
maklumlah... kampung dia..
kami sebulat suara cakap...
i follow....
wah..wah..wah...

  tengok Puan Sri tu... kelakar tau.. katanya. mak tak nak balik.. mak nak duduk sini sampai esok..
aiikk... napa mak? mak suka nagin ni ha... bukan main sejuk lagi...
yerlah mak.. duduklah.....

 kak ita..










Budak Mokkk... anak kak G. Nurul Ain..