Jom Join!!

Apr 17, 2012

part 2 (pulau manukan sabah)

hari pertama, daripada air port aku terus balik ke rumah mak mertua aku kat beaufort.
jarak perjalanan dari kk- beaufort lebih kurang dua jam lebih la.
hari keduanya.. seperti yg  dirancang..
aku dgn en.hubby pergi ke pulau manukan.
aku keluar rumah pagi tu pukul 6 pagi kalau tak salah aku..
ok.. pada siapa yg belum sampai lagi kat sabah ni aku nak bagi tau dulu..
masa kat sana adalah lebih awal drp kita. 
kalau pergi ke sabah.. pastinya korang akan terkejut bila tengok kat luar tingkap pukul 6 pagi dah macam pukul 7pg kita kat kl ni..
pukul 6pg dah terang menerang sangat.

aku ambil teksi dari pekan beaufort sampai ke jeti jesselton point. tambang yg ktorg  kena bayar RM30 utk dua orang.maknanya sorang RM 15.00
oh yer lupa pulak aku nak bagi tau.. masa pergi pulau manukan tu. aku tinggalkan dua beradik tu pada mak ngan bapak mertua aku.
en. hubby nak pergi berdua jer katanya.. tak mo bawak anak..
o..ok.syg menurut perintah..



pintu masuk jesselton point

 cuaca panas terik masa ni.
walaupun baru pukul 8.30pg.

ok jom pegi beli tiket bot. aku dah tak sabar dah ni nak pergi pulau manukan ni. 
nak sangat tengok pulau tu.dengar kabarnya.. pulau tu mmg cantik sangat..
rasa macam nak melompat-lompat dah kaki ni..nasib depan hubby. kalau pergi ngan member yg sengal cam aku... slamat....hahha..

ok jom tengok kadar bayaran utk pergi pulau ni.

ok sebenarnya ada tiga pulau korang boleh pergi. Pulau Sapi, Manukan,dan Pulau Memutik.
kadar bayaran dia.. korang bolehla tengok di atas..

ok ni aku punya tambang utk bot
destinasi : pulau manukan.(satu pulau shj)
jum penumpang: 2 org 
bayaran : Rm46.00
yg kertas kuning tu aku pun tak pasti bayaran apa.
kena tambah lagi Rm7.20
sampai kat pulau pulak kena bayar cukai lagi Rm3.00
jumlah  : RM 46.00 (2 org)
              RM  7.20  (2 org)
              RM 3.00 X (2 org)= RM6.00
Total    :  RM 59.20 (utk 2 org) maknanya kalau utk (sorang RM 29.60)

 ok lepas je bayar tambang bot.. aku terus pergi ke bot.. yyeehhaa..

 ewahh.. macam pengantin baru pulak..hahaa...
nasib dapat pemandu bot yg spoting..dapat gak ambil gambar dgn en. hubby.
oh yer.. pemandu bot tu mmg best.. aku mintak dia tlg hantar ke pulau manukan last sekali boleyy?
sbb aku nak tengok pulau memutik dan pulau sapi tu.. yerlah.. dah alang-alang kan.. hihi.. 
budak bot tu cakap.. ndak..apa apa bah..nanti saya bawak pusing-pusing pulau lain dulu.. ar..
hehe..nasib la hubby cakap kat dia. yg hubby pun org sabah.. tu yg budak bot tu layan kot..hihi..

ni ler pemandu bot kami.. rupa dia macam felix AF kan..yer ker?

ok lah jom kita mulakan perjalanan kita...

 ok jarak masa yg diambil dari jeti nak ke pulau adalah 10-15 minit sahaja. o..yer lupa nak bagi tahu..
pulau manukan ,sapi ngan memutik tu sebenarnya sebelah-sebelah jer.. tak la jauh sangat. pun..
tu yg korang boleh pergi 3 pulau dlm satu hari.. berapa lama korang nak lepak kat satu-satu pulau tu. itu terpulang pd korang.. sejam ke. dua jam ker. pandai pandai la korang bajet. sbb bot yg terakhir pukul 5.00ptg.
ok jom.. nyanyi lagu anak kampung dulu. dari penyanyi asalnya jimmy palikat.
tiada keretaku bawa kau jalan-jalan.. rumah ku pun tiada ada pun bapak punya...
apa lagi belanja mahu bayar belian kawin sama kamu...(lagu ni tengah hot sekarang)

jom aku bawak korang jln-jln naik bot..ni hiihii

 bukan aje ada bot malah aku ada kapal terbang lagi... hahha.. mungkin satu hari nanti 
(sambil muka dongak  ke langit).
ok sampai sudah..di pulau manukan.. jom layan gambar lagi kat bawah ni..











Manukan Island Resort utk maklumat resort ni..sila klik kat sini

Scuba doo.. .macam best jer aku tengok benda ni.. tapi aku takut kot nak cuba.. 
hemmm harga sewa yer? lupa pulak aku nak tanya.. im sori..

 kat sana mmg ada gerai makan..tpp harga boleh tahan mahalnya..
 bayangkan aku beli keropok pun dah RM4.50 air mineral RM2.00 
 aku cdg kan lebih baik korang bawa bekalan air dan makanan sendiri. lebih jimat kot...
sbb kat sana mmg mahal..


aku lepak kat pulau tu lebih kurang 2 jam.. jer.. sbb nak jln-jln kat kk pulak.
sambil pegang-pegang tangan dgn en.hubby.. ahhakkss.. gatai..
 dalam perjalanan pulang.. huhu sedey.. nak tinggalkan pulau manukan yg cantik tu...
next time aku nak pergi pulau sapi dan memutik pulak.. sapa nak ikut.? boleh.. bah.. tp tambang sendiri.. hihi..
 tq.. hubby sbb sudi bawak sayang ke pulau manukan ni... mmg puas hati sangat..
nanti bawak gi pulau lain plak tau..
ok habis part 2.. nanti smbg lagi part 3.. ok bye..

10 comments:

  1. wah, bestnye kak..

    ReplyDelete
  2. sue Echan: mmg best sangat.. jom ramai2 pergi sabah..

    ReplyDelete
  3. wah. best la.. rindu bau pulau tu..ekekekke... romantik betul huby kan=p

    ReplyDelete
  4. hilmirda: mmg pun. macam2 ikan boleh nampak.
    padahal gambar tu semua teti-tepi
    pantai jer.

    ReplyDelete
  5. whuu....plan nak p ngan family next year...

    ReplyDelete
  6. cinda: yer ke..mesti family akk teruja bila sampai sana..sbb laut dia mg cantik.

    ReplyDelete
  7. dari airport ke manukan bapa lama ya?then ada x tmpt stay kat manukan?tq! :)

    ReplyDelete