Jom Join!!

Sep 6, 2011

Beraya ke Rumah Hairuman

Salam Semua..
hari ni saya nak kongsi
kisah pemuda bernama Hairuman yang amat menyedihkan. Anak muda yang asalnya cukup sifat dilanda musibah kejutan elektrik semasa mengait kelapa sawit. Badannya teruk terkena renjatan elektrik berkuasa tinggi.
Akhirnya, kedua-dua tangannya dipotong. Diikuti dengan kaki kiri.
Lebih menyedihkan, anak muda ini adalah anak yatim piatu.Diusia muda, belum sempat beliau mengorak langkah membina kehidupan, musibah yang datang melenyapkan segala impian. Tiada ayah dan ibu sebagai tempat mengadu. Hanya kakak yang menjadi teman.

gambar semasa Hairuman masih dalam rawatan di Hospital.

Pada satu Syawal yg lalu..
kami sekeluarga telah menziarahi  Hairuman.
yg kini telah menetap di kediaman Abang Iparnya di
Kampung Klan Halt 2.Slim River Perak.
yang berdekatan dengan rumah Atuk kami.
yg hanya selang beberapa biji rumah sahaja.
sebelum berangkat ke rumah tersebut.
Atuk sebagai ketua rombongan.
telah memaklumkan keadaan sebenar Hairuman.
dan kami  telah membuat sedikit  kutipan derma sebelum berangkat ke rumah beliau.

 Perjalanan menuju ke Rumah Hairuman.


Nabilah Buat hal..

Macam-macam ragam budak tecik ni.

kami antara peserta yg tertinggal jauh dibelakang.

sampainya kami didepan rumah adik Hairuman.

inilah wajah Hairuman di Pagi Syawal.

yang pakai baru melayu warna coklat cair tu adalah abang ipar hairuman. dan yg berbaju kuning tu adalah kakak kepada Hairuman. yg berjubah hitam adalah Opah aku,dan yg berjubah putih tu adalah Atuk aku.

gambar kami sekeluarga bersama Hairuman.
aku cukup kagum dengan adik Hairuman ni. Walaupun dia ditimpa musibah sebegini rupa.
 namun hatinya tetap tabah menempuh hari-hari yg dilaluinya.

masa ni kami dah nak berangkat pulang.
time ni hati aku sebak sangat. bila tengok adik Hairuman nie.

Sebelum pulang atuk telah menyerahkan sedikit sumbangan kepada Hairuman.
semoga dengan sumbangan yg kecil ini, dapat menceriaan sedikit hati adik Hairuman.

sebelum pulang aku sempat cakap pd adik Hairuman ni.Agar dia kuatkan semangat.
dlm menempuh dugaannya.

*- Aku mmg tabik la kat adik Hairuman nie.
sbb masa kami sekeluarga pergi ziarah dia. Bibir dia tak pernah lekang dari senyumannya yg Manis..
*-Dia seorang yg peramah, dan dalam masa yg sama dia seorang yg pemalu.


Semoga Adik Hairuman Akan dimurahkan rezeki dan berjaya di dunia dan akhirat hendaknya. amin..


untuk cerita lanjut mengenai Hairuman klik di sini

5 comments:

  1. ade peta ke kampung ini tak, kampung klan halt 2, saya bercadang hendak pergi ke sini pada 20/11/2011, kalu ade tolong emailkan kepada khoddrie@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Mohd Khoddri: saya minta maaf... peta tak ada lah..sori.. tp awak boleh tny pd beliau sendiri.. dgn melayari Facebook beliau. ( hairuman)

    ReplyDelete
  3. Salam. Tok awak tu nama dia Hamzah kan? Kalau tak silap dia tu kawan baik arwah ayah saya dulu. Rasanya dah lama betul tak jumpa dia tu.

    ReplyDelete
  4. Salam. Tok awak tu nama dia Hamzah kan? Kalau tak silap dia tu kawan baik arwah ayah saya dulu. Rasanya dah lama betul tak jumpa dia tu.

    ReplyDelete
  5. walaikumsalam.. ya betul,nama atuk saya hamzah.

    ReplyDelete