Jom Join!!

Jan 25, 2012

Gold Coast Morib Resort


hi... semua.. seronok ke.. dapat cuti empat hari.. mesti seronokkan... tak pun beronok ronok.. yer la seronok sangatla katakan...kahkahkah........ ni mesti ada yang lambat bangun ari ni....samalah macam aku.arrhh liat bebeno nak bangun pagi tadi... mata ni rasa macam kena gam pulak.
ok lah panjang bebenau... mukadimah aku ni. asalnya nak citer pasal percutian  ke Morib je.
ok lah.... hari sabtu  tu..aku ngan member aku k.ina pergi ke Gold Coast Morib Resort. tempat ni adalah pilihan k.ina... terbaca dalam blog katanya...aku  ikut jer..
aku bertolah dari rumah lebih kurang pukul 9.45pg kot. dan jumpa k.ina kat kota warisan pukul 10.00pg. sampai di Gold Coast Morib lebih kurang...11.30pg.. eemm.. agak jauh gak. nak ke sana.



pemandangan dari pintu masuk.Gold Coast


















 belakang sana tu adalah pantai...

 aku dan k.ina

 Mr. mat cool dan En. mat

 Faiz Dan Ipah.
masa ni dah nak balik dah.. ..dua-dua dah puas main air.
muka masing-masing dah gelap.

 faiz dan ipah buat drama pulak time ni. main suap-suapkan air pulak..

 teringat cerita k.ina. katanya si ipah masa dlm kereta asyik cakap ipah nak sekolah dgn faiz.. ipah nak kawin dengan faiz... pastu k.ina tanya pd ipah... kenapa nak kawin dengan faiz? dia jwb... sbb faiz rambut pacak... hikhikkk....boleyyy... sbb rambut terpacak je ramai aweks yg cair dgn kau nak oi..
aduhai..anakku ramai betul yg dah booking anak mama ni.fining mama.




Jan 20, 2012

Pelbagai kek di Secret Recipe.


 Black Forest Cheese
Slice: 6.80


Chocolate Chip Walnut
Slice:6.50


Chocolate Strawberry
slice: 6.50



Pecan Butterscotch
Slice: 6.80



Aku pilih Pecan butterscotch
sangat sedap..
cubalah..

Flocked Air Bed

hi.. ualls.. di hari jumaat ni aku dengan rasa murah hatinya nak kongsikan infor mengenai tilam angin ni pd korang.
tilam ni sangat sesuai untuk korang yg ada masalah anak suka kencing malam.
dengan adanya benda alah ni.korang tak perlu lagi nak jemur tilam korang atau basuh cadar korang setiap hari.
benda ni boleh bantu masalah korang.. ehcehhceh... dah macam iklan smart shop pulak.
selain tu jugak.. tilam ni senang di bawa ke mana saja.
cthnya.. korang pergi bercuti dan menginap di hotel 5 bintang... tiba-tiba tilam tak cukup... apa korang boleh buat.. korang boleh pasangkan tilam ni... khas utk anak korang atau sesiapa saja. kat situ korang dah boleh jimat 50 ringgit utk  extra tilam.. betul tak..
aku ni bukannya nak jual barang ni. cuma nak kongsi infor jer dengan korang.
kalau korang nak cari barang ni.. korang boleh cari kat pasar raya yg besar
mcm Carfour ker, Giant, ke. pastu g kat tempat peralatan sukan.. 
anak korang mesti suka tilam ni.. mcm gambar kat bawah ni..

 faiz & nabilah yang dah penat melompat..
akhirnya rebah jugak..pukul 12.00 mlm tadi.
tilam ni sejuk ok.. kadang-kadang aku rasa macam aku baring atas air jer.
anak korang mesti tidur lena atas tilam  ni.
macam faiz & Nabilah nihaa..


ni ler rupa kotaknya..
aku beli benda alah ni masa tahun lepas.
kat Carfour harga dia dalam seratus lebih.


yang ni  pump nya.
pamp kena beli asing yer.. 
kalau boleh gunalah  pamp yang berkuasa tinggi sikit 
supaya lebih mudah dan cepat.
harga dia aku tak ingatla sori.. 
pamp yg aku beli ni guna elektrik..
kalau korang pilih  pamp yg pakai tangan tu.
 aku takut tercabut pulak tangan korang
jd lebih baik beli yang guna elektrik lebih mudah.
dan lebih cepat.


hem.. ok lah tu jer nak kongsi ngan korang bye...
pd yg nak cuba...
selamat mencuba..

balik balik pink...

Semalam... lepas blk dari ambil faiz kat tadika kami terus pergi ke bengkel kereta. temankan Mr. mat cool ada urusan kejap kat sana.Sambil tunggu Mr. mat cool selesaikan urusan dia. aku duk mengajar Nabilah kenal warna...
hemm... umur dah nak masuk 3thn tp aku baru nak ajar dia kenal warna... korang mcm mana pulak? anak korang dah kenal warna dah? 
satu-satu aku ajar dia... baju mama warna pink.... baju adik warna biru... rambut adik warna hitam... 
semua warna aku tunjuk kat dia.. tp.. bila aku tanya balik semua warna dia cakap warna pink... naik letih... dan naik hangin gak aku ngajar dia semalam...
tp aku rasa salah aku gak..
mana taknya..... kalau aku belikan dia baju.....semuanya warna pink....
bukan baju jer... kasut pink, sepit rambut pink, sepentot pink... ah... semuanya pink...
pastu.... sibuk nak salahkan anak tak kenal warna lain...... hadoiii.. malam..
eh... hadoii malam tu bukan kump Osbon kat maharaja lawak tu ker? 
T____________T


gambar ni masa tahun lepas...nak g beraya rasanya..
baju yg nabilah pakai ni. hadiah dari member aku...
motif.. sbb dia teringin sangat nak anak perempuan..
dah lama nau... nak belikan baju warna pink utk anak tp belum ada rezeki lagi
sbb yg keluar je.. semuanya Hero..hero.. katanya.

 iisshhh anak sapa yg yg comot sangat ni?
kan aku dah cakap td sepit pink... baju pink.. kasut pun pink..
pompuan..pompuan..

 eh.. tetiba pulak aku teringat ckp si faiz..
mama.... kenapa adik tak pakai tudung?
aku jawabla.. adik kecik lagi..... kenapa faiz nak adik pakai tudung ker?
faiz jawab... hemm... aku tanya kenapa? dia jawab... kalau pakai tudung baru comel....
habis tu kalau tak pakai tudung tak comel ker? aku tanya dia...
dia jawab... tak.......
aku tanya pulak kat nabilah.. adik... adik nak pakai tudung tak..? dia jawab... tanak....
tetiba faiz emosi.... PAKAI...... sambil dia tengkin adik dia..
nabilah terus tersentap.jebik..jebikkan mulut.


wah.... ala ala princess g tu...
dia yg menggayakan sendiri cekak rambut tu....aku nak betulkan dia tak kasi..
ha lantak kau lah dik..
pipi bukan main tembam lagi....
ikut saka mama dia lah tu...

Jan 19, 2012

Sangat suka makan buah-buahan..

Macam tak tau nak citer aper ari ni... Tp tekak ni terasa macam nak makan buah-buahan jer..
aku mmg suka makan buah-buahan ok. tak kisahlah.. buah tempatan atau buah luar negara...ek betul ker ayat aku ni.
tp yg penting.....anak-anak aku pun ikut gak minat aku ni. nak-nak pulak si Aishh.... dia mmg minat giler makan buah-buahan..... macam Nabilah... dia minat-minat tp memilih buah gak.... bukan semua buah boleh masuk kat tekak dia. tp kalau mama dia. kau letaklah segala jenis buah pun.. mesti mama dia bedal..... mama dia ikut opah dia kot..... 
jom aku bawak korang g dusun aku kat bawah ni..


 Buah Cherry...
Buah ni aku paling suka...
kalau aku ikut mak aku beli barang kat NSK.. aku akan rembat buah ni dulu sebelum aku balik.
buah ni agak mahal la gak..
sebijik tu.. dalam seringgit kot.
aku akan pilih yg besar -besar jer....pastu aku cari yg warna dia gelap-gelap sikit.
baru sedap.
sangat manis... dan sangat rangup..
heeerrr....  lelih air liur aku..



 Strawberry
cantik tertarik... kau mmg debomm...
sangat suka makan buah ni ngan aiskrim...di waktu panas terik..
di waktu itu...kau akan membuatkan aku terasa dingin,manis dan masam di dlm
mulutku....
wahhwahhwahh...
 Durian
Sapa tak kenal buah ni kan...
nilah dia Raja Segala Buah...
Faiz sangat suka buat durian ni ok....


Buah Ciku.
sebelum apa-apa aku nak tanya korang satu soalan...
buah ciku ada bau ker? busuk ker?
hehehhehee...
aku tanya ni..sbb ada sorang member aku yg tak tahan dengan bau ciku ni.
kalau aku nak beli buah ni mesti dia tak kasi..
aku rasa pelik...
korang ada rasa pelik tak?

Mangga
Sedapnya..... nak-nak pulak kalau dapat beli kat pasar tani... 
yg warna dia sebijik sejibon macam gambo kat atas ni.... tambah plak rasa dia yg manis bak gula...
perhhh........ mak mertua lalu belakang pun tak perasan....
( ishhh... tak senonohnya.. mak mertua lalu belakang pun tak perasan...
lain kali kalau nampak MIL lalu.. jgn lupa ckp macam ni...
mari sini mak.... bila lagi mak nak  rasa makanan yg berkhasiat...)
eh... dah mcm dialog kat iklan tu jer....

Jan 18, 2012

Nasi Lemak dari dapur atas sempadan...



Nasi lemak lauk kerang..
menu ni aku buat masa ari ahad ari tu.
semangat berkobar-kobar nak masak utk anak & suami terchenta..
wah.. terchenta... geli i..





yg telur rebus sampai dua  ni apa kes... 
ni adalah permintaan 
anak teruna aku sendiri...
 hebat kau nak.. telur sampai dua.


sebelum makan...
 atas permintaan anak teruna ni jugak...
Faiz  :  Mama...... cepatla ambil gambar aishh tengah makan ni....
Mama : baik nak........

eh.. eh.. 
tak sangka..
saka aku suka bergambo depan makanan dah berjangkit kat anak teruna aku...
hikhikk..

Jan 16, 2012

Malumali Miiioooouuuu...

 Nama kucing yg aku peluk tu si tiga..
dia kucing kpd opah Mr. mat cool.
giler besar kucing ni.
tak larat aku..

 yg ni aku tak tau nama dia..
gambar ni aku ambil masa aku g bawak bulat g klinik haiwan.
kucing ni pun boleh tahan gak besarnya..
tp yg kelakarnya kucing ni.. 
kepala dia lg besar dari badan dia..

ahakss....

 emm.. yg ni comel..
tp sangatlah pemalu..

yg tiga ekor ni..
kucing Dr. haiwa kat klinik tu..
kucing ni utk di jual katanya..
kecik lg kucing ni.
umur dia dlm 2 ke 3 bln kot.
harga boleh tahan gak..
makan ribu gak....
sapa berminat boleh g tengok kat klinik haiwan.
kat presint diplomatik yer..
 lahapnyer...
lapo yer..
 bagi aku yg warna kuning tu comel.

  tp yg warna kuning  ni si comot..
gambar ni masa  bulat masih kenit.
comot kan..
taik mata pun setepek..
sedeyy je,.. muka dia.. hukhukhukkk..

 si bulat sekarang..
baru cun..
tp sayang tak dibenarkan..keluar umah..
no dating..dating... no gedik-gedik dgn jantan terhangat di pasaran ok.!!!
hehehe...