Jom Join!!

Apr 17, 2012

part 2 (pulau manukan sabah)

hari pertama, daripada air port aku terus balik ke rumah mak mertua aku kat beaufort.
jarak perjalanan dari kk- beaufort lebih kurang dua jam lebih la.
hari keduanya.. seperti yg  dirancang..
aku dgn en.hubby pergi ke pulau manukan.
aku keluar rumah pagi tu pukul 6 pagi kalau tak salah aku..
ok.. pada siapa yg belum sampai lagi kat sabah ni aku nak bagi tau dulu..
masa kat sana adalah lebih awal drp kita. 
kalau pergi ke sabah.. pastinya korang akan terkejut bila tengok kat luar tingkap pukul 6 pagi dah macam pukul 7pg kita kat kl ni..
pukul 6pg dah terang menerang sangat.

aku ambil teksi dari pekan beaufort sampai ke jeti jesselton point. tambang yg ktorg  kena bayar RM30 utk dua orang.maknanya sorang RM 15.00
oh yer lupa pulak aku nak bagi tau.. masa pergi pulau manukan tu. aku tinggalkan dua beradik tu pada mak ngan bapak mertua aku.
en. hubby nak pergi berdua jer katanya.. tak mo bawak anak..
o..ok.syg menurut perintah..



pintu masuk jesselton point

 cuaca panas terik masa ni.
walaupun baru pukul 8.30pg.

ok jom pegi beli tiket bot. aku dah tak sabar dah ni nak pergi pulau manukan ni. 
nak sangat tengok pulau tu.dengar kabarnya.. pulau tu mmg cantik sangat..
rasa macam nak melompat-lompat dah kaki ni..nasib depan hubby. kalau pergi ngan member yg sengal cam aku... slamat....hahha..

ok jom tengok kadar bayaran utk pergi pulau ni.

ok sebenarnya ada tiga pulau korang boleh pergi. Pulau Sapi, Manukan,dan Pulau Memutik.
kadar bayaran dia.. korang bolehla tengok di atas..

ok ni aku punya tambang utk bot
destinasi : pulau manukan.(satu pulau shj)
jum penumpang: 2 org 
bayaran : Rm46.00
yg kertas kuning tu aku pun tak pasti bayaran apa.
kena tambah lagi Rm7.20
sampai kat pulau pulak kena bayar cukai lagi Rm3.00
jumlah  : RM 46.00 (2 org)
              RM  7.20  (2 org)
              RM 3.00 X (2 org)= RM6.00
Total    :  RM 59.20 (utk 2 org) maknanya kalau utk (sorang RM 29.60)

 ok lepas je bayar tambang bot.. aku terus pergi ke bot.. yyeehhaa..

 ewahh.. macam pengantin baru pulak..hahaa...
nasib dapat pemandu bot yg spoting..dapat gak ambil gambar dgn en. hubby.
oh yer.. pemandu bot tu mmg best.. aku mintak dia tlg hantar ke pulau manukan last sekali boleyy?
sbb aku nak tengok pulau memutik dan pulau sapi tu.. yerlah.. dah alang-alang kan.. hihi.. 
budak bot tu cakap.. ndak..apa apa bah..nanti saya bawak pusing-pusing pulau lain dulu.. ar..
hehe..nasib la hubby cakap kat dia. yg hubby pun org sabah.. tu yg budak bot tu layan kot..hihi..

ni ler pemandu bot kami.. rupa dia macam felix AF kan..yer ker?

ok lah jom kita mulakan perjalanan kita...

 ok jarak masa yg diambil dari jeti nak ke pulau adalah 10-15 minit sahaja. o..yer lupa nak bagi tahu..
pulau manukan ,sapi ngan memutik tu sebenarnya sebelah-sebelah jer.. tak la jauh sangat. pun..
tu yg korang boleh pergi 3 pulau dlm satu hari.. berapa lama korang nak lepak kat satu-satu pulau tu. itu terpulang pd korang.. sejam ke. dua jam ker. pandai pandai la korang bajet. sbb bot yg terakhir pukul 5.00ptg.
ok jom.. nyanyi lagu anak kampung dulu. dari penyanyi asalnya jimmy palikat.
tiada keretaku bawa kau jalan-jalan.. rumah ku pun tiada ada pun bapak punya...
apa lagi belanja mahu bayar belian kawin sama kamu...(lagu ni tengah hot sekarang)

jom aku bawak korang jln-jln naik bot..ni hiihii

 bukan aje ada bot malah aku ada kapal terbang lagi... hahha.. mungkin satu hari nanti 
(sambil muka dongak  ke langit).
ok sampai sudah..di pulau manukan.. jom layan gambar lagi kat bawah ni..











Manukan Island Resort utk maklumat resort ni..sila klik kat sini

Scuba doo.. .macam best jer aku tengok benda ni.. tapi aku takut kot nak cuba.. 
hemmm harga sewa yer? lupa pulak aku nak tanya.. im sori..

 kat sana mmg ada gerai makan..tpp harga boleh tahan mahalnya..
 bayangkan aku beli keropok pun dah RM4.50 air mineral RM2.00 
 aku cdg kan lebih baik korang bawa bekalan air dan makanan sendiri. lebih jimat kot...
sbb kat sana mmg mahal..


aku lepak kat pulau tu lebih kurang 2 jam.. jer.. sbb nak jln-jln kat kk pulak.
sambil pegang-pegang tangan dgn en.hubby.. ahhakkss.. gatai..
 dalam perjalanan pulang.. huhu sedey.. nak tinggalkan pulau manukan yg cantik tu...
next time aku nak pergi pulau sapi dan memutik pulak.. sapa nak ikut.? boleh.. bah.. tp tambang sendiri.. hihi..
 tq.. hubby sbb sudi bawak sayang ke pulau manukan ni... mmg puas hati sangat..
nanti bawak gi pulau lain plak tau..
ok habis part 2.. nanti smbg lagi part 3.. ok bye..

Sabah Part 1

Akhirnya kami selamat sampai di kota kinabalu sabah..yeeeha...
kami flight dari LCCT pukul 3ptg dan sampai di Terminal 2 KK pukul 5.30ptg.bersamaan hari isnin.
jarak perjalanan adalah m'ngambil masa selama dua jam setengah.

acara wajib lepas turun dari kapal terbang.. adalah posing ala-ala muka puas hati dapat bercuti ke sabah..selama 6 hari..hehehehhee...
tujuan asal..nak melawat ibu dan ayah mertuaku di saaannaaaa....
bak kata orang kk.. disaaaaaana.........( saa tu kena panjang).
hihi pandai sudah aku cakap sabah bah..
taniah-taniah...
calona...kita sambung lagi cerita...

 sebenarnya.. aku beli tiket utk 5 org. aku, hubby, faiz ,billa dan mak aku. tp last minit mak aku tak dapat ikut sbb dia nak pergi bercuti dgn adik beradik dia. ke indonesia...
maka budak berdua ni.. bukan main lagi masa dalam kapal terbang tu.. dia buat macam kapal terbang tu apak dia punyer jer.. kejap nak duduk depan.. kejap nak duduk belakang..
tp nasib mama dia cedik pandai.. masa kat rumah aku dah bekalkan.. kat dalam beg d'org segala makanan,mainan dan buku warna... 
ok ni aku nak bg tips sikit kat korang pada yg ada anak kecil..
pastikan.. korang sediakan..

1. lamping pakai buang..(kalau boleh cari yg pants punya lg senang)
2. tisu basah
3. pakaian salinan. (mana tau.. baju dia basah kena susu)
4. susu   (kalu nak suruh pramugari tu buatkan pun boleh.tp korang letakkan susu dia siap2 kat  
               dlm botol tu.
               nanti pramugari akan letakkan airnya. aku pernah la jugak buat benda ni.)         
           
5.mainan utk bayi..
6. buku,warna, dan mainan (bagi kanak-kanak)
7. makanan dan minuman ringan..
 
*** ok ni tips paling penting:
     kalau bayi / kanak-kanak  rasa sakit telinga..
     jgn tutup telinga d'org. biarkan sahaja.
     bagi  minum air.. atau telan air liur... banyak kali.
     satu lagi cara.. utk kanak-kanak.. suruh d'org menguap..
     cara ni boleh m'ngurangkan rasa sakit telingan tu.

ok lah.. panjang betul tips aku...
aku harap..pada sesiapa yg  tak pernah lagi naik kapal terbang bolehla jd kan tips aku kat atas tu sebagai panduan.. 



ok ... selesai part 1. nanti aku  sambung part 2 pulak. tunggu....




 

Apr 16, 2012

salam semua...

salam semua... wah... rindunyer kat korang.. eh..ehh..
hemmm macam biasa.. kalau dah lama cuti.. rasa malas pulak nak dtg keja balik.. tp nak wat macam mana..
aku yg menurut perintah ni.. harusla.. akur pada janji.. . nampak nauu.. org gomen..
pada yg tak tahu...
sebenarnya aku baru jer balik dari bercuti disabah, selama seminggu..
balik kali ni aku rasa puas hati sangat.sebab dapat pergi tempat yg menarik kat  sabah nun ha..
pada korang yg tak pernah sampai lagi kat.. sabah.. ni.. aku nak pelawa ni.. jom gi sabah..
hahhaha... dah macam iklan cuti-cuti m'sia plak kan.....
betul... wwooiitt... tak rugi kalau korang gi sabah sbb sabah mmg banyak tempat menarik..
sekali pergi.. mesti nak pergi lagi...dan lagi...
macam aku ni ha.. baru jer balik.. dah rasa nak pergi lagi...
ok.. lah.. aku intro jer ni... nak tengok..
gambar aku kat sabah... ?
tunggu.. di N3 yg akan datang k...bye..
ok lah.. nak gak selit satu gambar intro kat sabah ari tu..khas buat korang yg lindu kat aku...hihii
buaaeeekkkk...........

 ni masa dalam bot, nak pergi ke pulau manukan..

Apr 4, 2012

Rumah terbuka 5s MOF

persembahan dari pelajar ASWARA.semperna majlis pelancaran gerak kerja 5s 2012.

pendaftaran di Bhg.BPTM
 soalan utk treasure hunt BPTM

 BPTM
 Hadiah utk treasure hunt BPTM
 goodies dari bhg BSWP tkt 2 selatan
 BSWP
 goodies dari bhg BPKA
 goodies dari bhg BPKA
 
juadah yg disediakan oleh BPKA
 sudut 5s BPKA zon amber
 Sudut 5s BPKA Zon SAPPHIRE
 Sudut jualan di BPKA
 Ruang Solat di bahagian BPKA
 BPTM
 Peti surat di unit  MEL BSWP

ni antara goodies yg kami dapat dari setiap bahagian yg kami lawat.

Apr 2, 2012

happy b'day to my lovely nur izzati nabilah

sabtu lepas aku sambut b'day anak aku billa yg ke-3thn.
sambutan adalah tanpa dirancang..
kebetulan family nak buat majlis tahlil.. jd aku selit-selitkan.. majlis  b'day tu..
dan diraikan oleh family yg hadir.

jumaat hari tu.. balik je dari opis.. aku terus g beli bahan nak wat kek utk.. budak kecik tu..
aku start buat kek ni.. dari pukul 6.00ptg sampai pukul 12.00 mlm baru habis..hihi..
lamer giler kan.. nampak sangat bukan profesional..hihi maklumlah org baru belajar buat kek.. terhegeh-hegeh ler...
tp yg bestnya..si b'day girl tu.. sanggup tgg aku habiskan buat kek ni.. 
tq lah sayang mama... sbb sudi temankan mama...
nak harap ayah ngan abg kau.. awal-awal lagi dah.. hanyut di buai mimpi...


sambut sekali ngan akak aku 
b'day nabilah. 30/3
akak aku 2/4

B- Billa
  R- ruziah

tukang buat kek nak gak menyelit.. boley..? 

 b'day girls tengah sibut layan tetamu..

yer--yer je si nabilah tu layan si haziq..
haziq tu BFF dia tau,...
kalau b'jumpa.. org lain diorang tak hairan dah.

 hamboi..hamboi.. b'suap-suap yer...