nak minta tolong potongkan baju raya anak dia. aku ok je.. lai..lai..
lepas sahur hari tu. aku terus kemas rumah basuh kain bagai... nasib si bujang kecik tu temankan aku.
takdalah aku bosan kemas rumah pagi-pagi buta tu.
dalam pukul 8.30pg.macam tu.akak aku dah sampai rumah.. kebetulan aku pun dah siap mengemas..
tanpa berlengah lagi, aku terus sediakan alat2 utk menjahit.
ambil ukuran baju semua.. potong dan terus jahit...
semua sekali ada 3 pasang baju...
fuhh.. peluh.. ketiak mak.. hehhhee..
aku ni, takdalah pandai sangat menjahit. tapi kalau setakat baju aku dengan anak-anak lepasla..
Alhamdulillah tak sangka. akhirnya berjaya jugak aku siapkan baju raya anak buah aku tu.
masa ni baru siap dua pasang baju. seluar dalam proses.
sebenarnya kami adik beradik dah rancang nak berbuka puasa kan rumah mak hari tu.
last-last kami habis menjahit pukul 6.30ptg..
tapi ada sehelai lagi baju kurung moden anak dara akak aku tak siap lagi.
akak aku nak berkejar pulak balik rumah dia kat kelana jaya.
last-last aku cakap kat dia. takpa kak kau pergi balik dulu. biar aku yang siapkan baju ain.
jahit punya jahit... sekali aku tengok jam dah pukul 7.00ptg..
alamak.. aku tak siap lagi ni. nak pergi rumah mak.. arcanner ni..
bila dah siap semua..
aku terus sarung tudung dan hangkut semua anak-nak.. naik kereta.
ingatkan en.suami terus nak berdezup ke rumah mak.
sekali sempat lagi dia singgah petronas nak isi angin tayar kereta..
aku cakap dalam hati... herrmmm memang kompom aku berbuka dlm kereta hari ni.
aku pun apa lgi.. berlari pulak masuk shop petronas tu..
aku beli air milo ngan kuih apam ni je..
ok lah kan..setakat nak lapik perut..
sampai di tol kami singgah dulu utk solat maghrib..
takut pulak tak sempat nanti.
akhirnya sampai rumah mak pukul 8.00mlm
sampai-sampai je..
aku pun
apa lagi terus buka periuk lapoo...mak.. lapo...
malam tu lepas solat tarawih
aku, suami aku, kak ita,abang saiful,abg man dan abg khai keluar ke Jalan TAR.
jom kita shoping raya.. hoyee.
xtvt ni memang dah jadi kebiasaan kita orang setiap kali nak raya...
happy sangat malam tu..
best.. meriah sangat kat jalan TAR tu.
lagi best sebab MUAZ pun bukak. walaupun dah lewat malam...
dapat ler aku beli 2-3 helai tudung kat dalam tu.
tudung kanak-kanak RM3.80 je.. giler sekejap.
lepas shoping kami lepak pula kat kedai mamak..
kat depan pertama kompleks tu..
aku,abg man,abg saiful dan abg khai makan roti canai.. sedap.. lembut je roti dia.
suami aku makan nasi goreng ayam. pun sedap..banyak giler nasi dia boleh kongsi 3 orang kot.. hahaha
k.ita pulak makan mee goreng. pun sedap..
lepas makan kami jalan kaki ke car park maju juntion.
murah parking kat dalam tu. RM5.00 sahaja sekali masuk..
kalau parking kat luar mesti mahal sebab kira jam kan..
kat dalam ni. kau nak parking sepuluh jam pun takpa...
dan.. kami sampai rumah malam tu pukul 4.00pg..
abang -abang aku ajak bersahur pulak kat gerai bawah rumah mak tu..
tapi apakan daya.. mata aku pedih, kepala pun dah melayang..
last-last aku cakap kat en.suami.. aku nak tidur..
jadi diorang aje.. yang bersahur kat gerai tu.
sampai rumah.. cuci muka cuci kaki..
minum air masak segelas..
dan terus pengsan atas sofa.
ok lah.. tu je corat coret utk hari ni.. bye..
No comments:
Post a Comment