Jom Join!!

Sep 11, 2013

MAGGI KETAM

MAGGI KETAM

Petang semalam punya menu.
Asalnya seorang rakan opis, tunjuk gambar maggi ketam kat FB dia.
tetiba aku rasa terliur pulak. kebetulan kat rumah memang ada stok maggi.
jadi apa lagi. balik je dari opis semalam terus ajak en. suami singgah pasar tani utk beli ketam..
lepas pilih dua ekor ketam, terus balik rumah dan masak..
dah tak sabar nak rasa Maggi ketam ni..
Akhirnya berjaya jugak aku buat..

perhhh.. memang terbaiklah..
bertambah-tambah aku makan Maggi ketam nie..
lepas ni nak cuba letak Udang pulak, mesti sedap kan..

ok lah.. itu aje nak tunjuk hari ni bye...

Sep 9, 2013

Glitter Glam Raya 2013

Rabu 4 Sep 2013 bahagian aku buat Sambutan hari raya bertemakan Glitter Glam Raya ala-ala Grammy Award Gitu...Auuww..

 Team purplelicious 
sebelum kejadian..
(Sori gambar kabur)












 ok dah habis.. bye...
Tq.. sebab sudi jengah ke blog nie..tata..








Aug 28, 2013

Raya kami di sabah part 2

alahai.. hari ni rasa lemau pulak..
dua hari tak kerja, gara-gara melayan anak dara yang tengah demam..
ok jom sambung cerita raya kami di sabah hari tu..
lepas aje makan-makan kat dataran todak..
kami terus pula menuju ke pasar malam..
just cuci-cuci mata je..

  masam giler muka aku time ni. mana taknya.. tengah menahan perut yang tengah memulas-mulas.

 kat pasar malam time nie. bersama adik ipar aku (mijah) , dan sepupu (ira)..
sempoi giler mamat nie. apa pun i lap u laling huahaaha..

 lepas gi pasar malam, kami terus gi karok plak..di cafe & bistro Tg Aru KK.
huuhh.. tak ku sangka semua menjadi-jadi malam tu. termasuk aku hahahaha..

 yang paling aku tak sangka.. laki aku.. giler. lupa daratan dia malam tu..
 kari kiri: adik ipar, sepupu  (Ipan) dan (Ella) 
Abang.. Awak menyanyi ker bersyair tu.. hahhaaa.. 
sampai pejam-pejam mata, bukan main lagi....


 Mr. Korea & Mr Sabahan.

 happy sangat ngan budak-budak nie.
Tq.. kat korang sebab meremajakan balik abang dan akak korang ni..
tahun depan kita gi solat raya ramai -ramai pulak tau..
ok lah.. byeee...



nanti aku sambung part -3 plak. bye.

Aug 22, 2013

Cerita Raya Kami di Sabah - Part 1


Jom sambung cerita raya kami di Sabah..

yang ni masa beraya di rumah saudara, kalau tak silap hari raya ke-2 rasanya..
hari tu, banyak gak rumah yang kami serbu sampai senak perut..


 yang ni pulak masa jalan-jalan di KK, memang enjoi time ni, yerlah.. jalan ngan budak-budak bujang..
jadi aku pun apa lagi perasan bujang lah jugak..
dua orang budak kecik tu aku tinggalkan kat atuk dan neneknya kat umah..
hikhikk... duduk umah baik-baik yer.. mama ngan ayah nak enjoi jap..miyahahaha..

masa ni kat dataran todak, alah yang kat pasar malam KK tu..
saja ambil angin malam kat sini..
sambil sambil tu, boleh gak makan ikan fresh dari laut.. nyum... nyum.. sedap..



pisang goreng cheese
memang sedap sangat-sangat... 


 ABC Avocado buat pertama kalinya aku makan Avocado.
sedap rupanyer...


ok nanti aku sambung part - 2 pulak yer.. 
bye..

Aug 21, 2013

Raya 2013

Assalamualaikum semua..
apa khabar? sihat ker idok..muahaha...
Alhamdulillah.. dapat kita bersua lagi di alam maya ni yer..ewah..ewah.. bukan main lagi ayat yer..
ok.. sebenarnya hari Ini adalah hari ke-2 saya memulakan tugas harian saya di opis...
 hari ni barulah rasa ok sikit.. tak macam semalam, ada rasa kekok sikit bila buat kerja.. hahahaa...
ngengada betul aku ni kan.. macam lah cuti sampai 2 bulan.. muahaha..
ok jom kita cerita pasal raya yer..

tahun ni tak banyak gambar yang aku sempat ambil masa hari raya hari tu,
ai kan bz, maklumlah menantu sulunglah katakan..


nilah keluarga kecilku, masih lagi berempat tahun nie..
entah bila lah, keluarga ni nak berkembang jadi berlima enam dan tujuh..... 
muahhaahha..


 Tema yang kami pilih untuk tahun ini, adalah warna krim,
 tapi nabilah terlari sikit warnanya, tu yang masam je muka dia tu.
alolo.. shiann ayang amma yer..

 asal gambar ni nampak pelik je ni...
asal suami aku nampak badan besar kaki kecik, aku pulak kembang semangkuk je hahhaaa...
oh.. baru teringat, gambar ni, faiz yang tolong ambil kan.. patutla...
heerrmm takpalah nak oi.. asalkan ada gambar mama ngan ayah peluk-peluk di pagi raya.. huhuuu...


suka sangat ngan gambar ni, nampak macam ibu mithsali sangat. hahhaaa...
barulah nampak anak dara mama tersenyum manis.. kalau tak masam ajer muka dia..
faiz.. kupiah dah hilang dah.. time nie..


Raya kami tahun ni simple je
cukuplah.. sekadar ala kadar..
janjiiiii.... Meriah...


ok lah.. di kesempatan ini, saya ingin  memohon ampun dan maaf 
buat semua yang mengenali saya
 sekiranya ada salah dan silap
 selama perkenalan kita..


S.E.L.A.M.A.T   H.A.R.I   R.A.YA  2013

Jul 31, 2013

Minggu Depan Dah Raya Yer?

Assalamualaikum semua..
aduyaaii...  dah last-last puasa nie malas betul betul  nak update blog ni. dah sejuk beku dah dua tiga hari nie.. miaahhaa..
tak sangka minggu depan dah raya dah yer. cepat betul masa berlalu.
macam mana dengan persiapan raya korang.. semua dah cukup dah?
baju,kasut, tudung, semua dah lengkap dah?? mesti ada antara korang yang baju raya 4-5 pasang kan..
huhu.. raya sakan korang yer..
eh.. asyik tanya orang jer, aku sendiri macam mana?
aku tahun nie. tak berapa nak meriah la..
baju raya aku sendiri pun aku tak beli lagi... bukan setakat baju raya aku je. baju raya anak-anak pun aku tak beli lagi ni. yang aku beli kuih dan kerepek untuk raya je. tu pun untuk bawak balik sabah nanti. untuk rumah aku sendiri. sebiji kuih pun aku tak beli.. hahaha..
maklumlah.. tahun ni aku raya kat sabah sekali lagi.. miyahaha.. Sabah lagi...(ada sebab kenapa tahun ni aku raya kat sana lagi). patutnya tahun ni. aku raya kat sini. tapi sebabkan aku nak berkumpul ngan adik beradik aku tahun depan. makanya.. tahun nie.. kita sambut syawal di Sabah lagi.
Berbeza dengan tahun lepas.. aku balik awal seminggu ke sabah. tapi tahun ni, ai balik malam raya ualls.. hihihiii... perantauan sangat..
tak tahu ler asal en. suami aku ambil tiket malam raya. aku ikut jer.. huhuu.
ok lah.. dah tak tahu nak cerita apa..
 kalau aku rajin up lagi cerita yer..
ok bye...

* hari ni dapat bonus kan..  jadi mari kita pergi shopping yeee..*

Jul 24, 2013

RoCk Ooo!!!!

Assalamualaikum semua...
ok hari ni, jom kita lebih bersemangat sikit...
kemon semua... bangun.. dan lari setempat sikit...
x mo ngantuk -ngatuk key!!!!.... kemon..kemon..kemon..... cergasla sikit...huhuuu.

ok rasanya macam dah lama tak cerita pasal anak-anak..
jadi hari aku nak mulakan cerita pasal faiz..
kejadian.. dua tiga hari lepas kot..
masa tu aku tengah sibuk masak kat dapur...
aksi yang akan korang saksikan sekejap lagi adalah.. hasil kerja dua beradik kat rumah tu..
tergelak besar bila aku tengok balik gambar-gambar yang anak aku ambil dalam henpon aku..
aduhai anak.. kadang-kadang korang buat mama naik hangin... kadang-kadang korang buat mama nak meroyan.. kadang kadang korang buat mama terharu dan kekadang korang buat mama tergelak besar...
ok dah malas nak cerita panjang...
jom tengok.. filem.. ROck OOO...!!!..

Gambar dari google


RoCk Ooo!!..


JOm saksikan faiz buat persembahan..

 Lagu pertama:

 Lagu ke-2
 Lagu -3
 Lagu  ke 4

 Lagu-5 dan lagu terakhir dari faiz..

sekian...


Rocckk OOooo...

Gambar dari google..

muahhaaa...
p/s: gambar di ambil oleh nabilah..