Jom Join!!

Jul 22, 2013

Pengat Pisang.

Salam 13 Ramadhan semua..
hari tu, aku rasa teringin sangat nak makan pengat pisang..
so.. laju - laju ajak en.suami pergi pasar presint 8,
masa tu dah petang dah, mujur pasar masih bukak lagi masa tu.
dapatlah aku buat pengat pisang yang aku idam kan tu.

pengat pisang.

* bulan-bulan puasa ni, banyak betul makanan yang aku teringin nak makan..
tapi bagus jugak, sekurang-kurangnya, dapat jugak aku mengasah bakat memasak..
walaupun dengan bantuan En. google.. hehheehe..

ok bye..

Jul 17, 2013

Magic Meals Ayam Kicap Berempah MAGGI

Assalamualaikum semua..
Salam 8 Ramadhan..

hari isnin hari tu, aku dapat pek percuma magic meals ayam kicap berempah dari MAGGI.
happy sangat yahoo!!!  lepas ni lebih mudahla kerja aku.
nanti nak cuba buat untuk juadah berbuka puasa lah
mesti anak-anak suka.. anak-anak  aku memang suka sangat makan ayam masak kicap ni..
mesti berselera budak berdua tu makan nanti..
fuh.. tak sabar nak buat ni...
kat rumah dah ada ayam, hermm ok lah.. petang nanti mama masak ayam Magic ni yer anak-anak..

ok lah.. nak ucap TQ kat MAGGI  & NESTLE  sebab bagi mama sample percuma ni..
  TQ..









Jul 16, 2013

Puas hati dapat makan kuih tepung pelita..

Hello hai..
Assalamualaikum semua...
salam 7 Ramadhan..

hi korang. ai nak bagi tau ni, semalam dapat jugak aku beli kuih tepung pelita..
fuh.. rasa puas hati sangat...sangat ni..
tak sangka pulak anak bujang aku pun suka makan kuih tepung pelita tu..
sekali dia makan sampai tiga ketul da..,
kuih tu ada lima ketul je...
sebelum faiz habiskan semua.. cepat - cepat aku simpan untuk aku seketul..
kang tak pasal-pasal aku berlari berkejaran cari batu belah bertangkuk..
hahhahaaa... 

ok lah.. hari ni ada pasar tani pulak kat putrajaya..
nak cari pucuk ubi wat masak lemak cili padilah...
perhhhh... sedapnyer... (tekak kampung sangat ai ni kan)


 herrrmmm sedapnyer... tapi lagi sedap kalau mak aku yang buat.. muahahaha
5 ketul RM2.00

Jul 15, 2013

Nafsu di bulan ramadhan..

Assalamualaikum...
salam 6 Ramadhan.. semua.
bulan-bulan ramadhan nie banyak betul juadah yang lovely teringin..
nak makan pucuk ubi masak lemak cili padi lah, ayam masak merah la, kerabu mangga lah.. dan yang paling..paling...paling..paling lovely teringin sekali..
lovely nak makan kuih tepung pelita.. huwaa...
teringin sangat... tapi kemalasan nak pergi ke bazar ramadan.
takut.. kalau-kalau lovely borong semua makanan kat situ.
dahla lovely sudah berjanji dan berikrar pada diri sendiri..
No!! bazar Ramadan utk tahun nie... hua...
Arcamnor ni..
tapi kan... lovely rasa, lovely kena ingkar jugak ikrar lovely pada diri sendiri... sebab dalam mata ni..
asyik terbayang -bayang je kuih pelita tu.. huhuhuu...

ker... lovely patut buat sendiri kuih tu yer...

Kuih... pelita...  kuih... pelita.. huwwwaa... saya mahukan awak...

ikhsan dari en. google..
kuih tepung pelita.....

Jul 12, 2013

Buffet Ramadhan 2013

Assalamualaikum semua...
Salam 3 Ramadhan..
hari ni lovely nak kongsi dengan korang semua,
restauran yang menyediakan Buffet Ramadhan pada tahun 2013.
saja nak kongsi ngan korang kot-kotlah ada bos-bos yang nak ajak
korang berbuka puasa kat luar hari ni..
bolehla korang bagi idea...kat bos korang.

ARL  Alamanda Putrajaya.
Dewasa           : RM45.00 ++
Kanak-kanak  : RM22.50 ++

Bumbu Desa Alamanda Putrajaya & KLCC
Dewasa : RM59.90++
Kanak-kanak : RM29.90++

Jul 11, 2013

Resepi dari Bonda Apam Mentega.


 Hi...
Assalamualaikum...
salam 2 Ramadan semua..
berbuka ngan menu apa semalam? mesti meriahkan...
lovely biasa-biasa je..
hermm cerita pasal menu berbuka ni.
jom lovely kongsi ngan korang resepi kuih Apam Mentega, yang member opis lovely buat semalam..
katanya ni resepi dari bonda dia..
siapa nak cuba boleh cuba resepi kat bawah ni yer...

Apam Mentega..


Bahan-bahan:

1 cawan gula + 1 cawan air ( dihanguskan didalam kuali utk dijadikan sbg gula hangus)
3 cawan tepung gandum + 2 sudu teh serbuk penaik + 1 sudu teh soda bikarbonat  (diayak bersama)
1 cawan gula
3 biji telur ayam
1 buku mentega
1 tin susu cair
sedikit essen vanilla

Cara buat:

Telur dipukul dengan gula, bila kembang masukkan mentega yang sudah dipukul berasingan, susu cair, gula hangus dan tepung, kacau adunan sebati dan tapis. Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus hingga masak. Boleh dihidangkan bersama kelapa parut.

selamat mencuba!!.. 


Jul 10, 2013

Salam 1 Ramadan..

Assalamualaikum semua...
selamat berpuasa semua.. lama betul saya mendiamkan diri kan..
tetiba muncul semula pada satu ramadan hari ini.
Alhamdulillah.. masih lagi berkesempatan untuk sama-sama menyambut bulan ramadan pada tahun ini..
herrrmm.. apa lagi nak cerita yer..

ok kita cerita pasal first sahur lovely pagi tadi lah yer...
macam biasa, sebelum tidur malam tadi dah kunci jam henpon siap-siap.
lovely kunci jam pukul 4.00pg.(awal ke tak?)
sebenarnya malam tadi dah masak dah, so pagi ni just panaskan je...
menu adalah.. sardin, pastu pagi tadi goreng pekasam sikit, bagi berselera sikit.
pastu buat air kopi o panas.
tahun nie. tahun pertama aku ajar faiz berpuasa.
first time dia bagun bersahur pagi tadi... sangat senang nak kejutkan dia dari tidur.
tanjat mama....
sekali panggil je,terus dia bangun.. Bagus faiz.. macam tu lah anak mama..kan..kan..kan.
sebenarnya mama risau jugak ni, takut-takut dia melepek kat sekolah.
harap-harap faiz kuat semangat ok..

sebenarnya pagi tadi ada cerita yang agak lucu.. hehhehee...
tapi..... nak cerita ke tak yer..
ok lah, kita cerita jer lah....
tapi kalau tak lucu jangan marah yer...
sebab ai memang poyo... semua benda pun ai rasa lucu hihihiiii...
walaupun benda tu, tak berapa nak lucu pun... heee..

ok pagi tadi.. lepas je bersahur,mama suruh  faiz  sambung tidur  balik,
mama pula terus capai baju untuk digosok,kemas dapur, mandi dan solat.
bila dah selesai semua tu. mama terus kejutkan faiz untuk mandi.
bukan main liat lagi dia nak bangun gi mandi...
dalam mama gerakkan dia. mama pun bukak kan lah seluar dia.
baju dia,mama tak bukak kan lagi. makanya separuh bulatla budak tu. hhehehe..
tetiba mata mama ni rasa ngantuk sangat...
tup tup tanpa mama sedar. rupa-rupanya mama tertidur kat tepi katil. hahhahaa
sekali mama terdengar suara ayah..
" Ya Allah... Mama... ....tertidur pulak dia"
 mama pun terus tersedar dan tengok faiz tengah tergolek lagi kat atas tilam dengan keadaan separuh... tet..
hahhahaa....
teruk betul mama ni kan... poyo sangat..hhahaha..

ok kelakar tak cerita tu..? apa.... tak yer... hahhaaa...

ok lah... tu jer nak citer bye..
selamat berpuasa.