Jom Join!!

Dec 10, 2012

Pulau Pinang (Hari Ke-Dua)

Assalamualaikum semua..
maaf yer.. lama sangat lovely tangguhkan N3 untuk hari ke dua ni.
maklumlah.. bz..hehe..
apa pun. sebab dah b'janjikan.. harusla ditepati.
ok jom sambung cerita..
Pulau Pinang (hari ke-2)


masa hari ke-2 tu. memang full sangat jadual yang lovely set kan utk family lovely.
kalau nak ikut. takla banyak sangat tempat yang kami lawati
tapi sebabkan lovely sendiri pun main hentam je.tanpa buat pemantauan yg secukupnya..
benda yang dekat pun jadi jauh.. hehee..

masa hari ke dua tu. pagi-pagi lagi.
kanak-kanak riyang tu. dah masuk kolam renang.
kami set kan time utk mereka mandi hanya. 2 jam sahaja..
dari pukul 8.00pg hingga pukul 10.00pg.
tepat pukul sepuluh semua kanak-kanak riyang tu naik bilik sambil menggigil2.
kesejukan.

pukul 10.30pagi kami terus mulakan perjalanan kami..

Destinasi yang pertama:

Bukit Bendera.

 ni laluan baru untuk pergi ke bukit bendera. lepas je. parking kereta. kami kena lalu kat jalan ni.
masa dulu-dulu. kalau pergi bukit bendera. laluan ni belum ada lagi.dah tak ingat dah  tahun bila. last lovely menjejakan kaki ke bukit bendera ni.
dah lama sangat dah rasanya.tak jejakkan kaki ke sini.
 dah banyak perubahan yg dilakukan kat sini.
 bersama ibunda-ibuda yg dikasihi.
 yang pegang hand beg tu mak lovely, dan dua lagi tu. mak mertua kakak2 lovely.
yang ni kak ita. kakak lovely..
berlatar belakangkan bukit bendera.

 
yang ni anak buah lovely yang pertama. Along...
 anak k.ita yang sulung.

Acara berposing sementara menunggu suami2 beli tiket.hehe..

 Anak k.ita yang no.3 Aifa. budak ni memang suka b'gambar..
dia ikut je mana lovely pergi.. 
nanti tetiba je.. mak su.. cepat ambil gambar saya kat sini..
maksu pun.ok.. baik...(ikutkan ajelah hihi)
 kami bertiga.. 
sepatutnya berempat (adik beradik)
tapi sebabkan Abang man para bapa. 
jadi.. sila beratur ye.. 
gi beli tiket hehehe..

ye.. tiket dah dapat..
 kami ambil pakej keluarga..
Dewasa : RM7.00 (dua hala)
Kanak2 : RM3.00 (dua hala)
Warga Emas : RM4.00 (dua hala)
 ok dah boleh masuk.. jom..jom..jom..
 My Hubby & My mak..

sempat lagi beli topeng....
terima kasih wan..

My Abang Man & K.sue..(k.ipar)
oh yer.. k.sue anak jati Penag..(anak mami gitu..)
so.. percutian kami kali ni. 
melawat tempat kelahiran kakak ipar kami. 
kak sue.
 ok nie lah rupa kereta kabel yg terbaru kat bukit bendera ni.
kalau dulu warna merah kan.. 
la ni dah warna biru.. laju lagi..
baguiihhh... cepat sikit i sampai kat atas nun..hihi


 ha.. tu dia kereta kabel lama  yang lovely cakap tadi.
masih ada lagi rupanya.
 ok dah sampai atas...
cantik sangat pemandangan dari atas bukit bendera ni.
 ni kedai cendera hati dan kafe yang ada kat atas bukit bendera tu.
rasa tenang  je lepak2 kat kafe ni.
 kafe ni. ada dua tingkat..
macam-macam jenis makanan ada dijual kat sini.
dan yang paling penting sekali. makanan kat sini sedap.
harga pun berpatutan..

 Laksa Penang..
nak cakap ni.....
laksa ni.. perrrhhh.. sedap giler...
mak lovely yang pakar masak laksa pun puji.
Laksa Bukit Bendera ni memang sedap..
masih terasa kat lidah ni.. hehee..

comel tak belalang nie..
kreatifkan.. 
pandai betul orang buat duit.
dari daun kelapa pun boleh buat duitkan..
 janji kreatif.. betul tak?


Destinasi kami yang ke dua:
Museum Toy

tapi sori gambar takdo..
eemm.. tp utk tidak mengecewakan anda semua..
lovely bg sedikit info pasal museum toy ni.
kat dalam muzium ni, ada lebih kurang 100,000 watak kartun yg dipamerkan.
Terletak di Jalan Tanjung Bungah.
muzium ini dibuka setiap hari dari pukul 9.00pg hingga 9.00mlm
tiket masuk bagi dewasa adalah RM10.00 dan Kanak-kanak RM6.00 bawah 3 tahun percuma.

Destinasi ke tiga:

kami teruskan pula ke destinasi yang seterusnya ke Jalan Chowrasta.
tujuan kami..
apa lagi kalau bukan Jeruk Madu Pak Ali.
sedap sangat jeruk Pak Ali ni.
rasanya lain dari yang lain..
rasa fresh dan yg paling penting sekali.
makan banyak mana pun tekak kita takkan rasa perit.
jadi..  pada siapa yang pergi ke penang nanti.
 jangan lupa beli Jeruk Madu Pak Ali tau.


  Destinasi kami yang ke tiga:
Nasi kandar Line Clear..
 Mai pekena Nasi Kandar Mamu dulu..

sebelum balik.. 
sempat gak lovely ambil gambar Mamu Nasi Kandar Line Clear ni.
Sempoiii lah Mamu..hihi..
apa pun nasi kandar mamu memang sedap.
lain kali boleh mai lagi..

Info Nasi Kandar Line Clear:
Lokasi terletak di Penang Road,
berdekatan dengan pasar chowrasta, dibuka 24 jam sehari.









No comments:

Post a Comment