Jom Join!!

Dec 31, 2013

Lonely

Lonely I'm Mrs Lonely,
I have nobody,
For my own..
haa.. siapa ingat lagu Akon tu?.. comel weii  video klip dia..
ada baby duduk dalam katil sorang-sorang,sbb mak dia tinggalkan dia.. haha.. comel giler..

tapi sekarang bukan nak cerita pasal baby kena tinggal..
sekarang aku nak cerita pasal baby tua niha..(aku ler)
yang lepak sorang-sorang kat pasar tani sementara tunggu en.suami datang menjemputku pulang..
sebenarnya,suami aku ada kerja kat shah alam hari tu. so masa nak balik jalan jem...
aternye.. aku ni. tunggu punya tunggu dia tak jugak muncul-muncul..sampai pukul 6.30 ptg kot aku tunggu kat opis..  last-last aku wat keputusan nak gi cuci mata sekejap kat pasar tani..


gambar ni masa aku tengah lepak kat kaunter opis..
masa ni dah pukul enam lebih..
pegawai yang lalu lalang kat situ, semua tanya, asal tak balik lagi..
aku jawab.. tunggu suami..
 ada jugak yang murah hati nak tumpangkan aku balik..
tapi aku cakap.. aku nak pergi pasar tani jap lagi.. hihiii

mesti korang tertanya-tanyakan.. asal aku tak balik naik bas je..
jawapannya.. aku memang sengaja.. takmo balik naik bas sebab aku nak pergi cuci mata kat pasar tani..
nak lepak sorang-sorang.. sambil makan char kuey teow botak.
dah lama tak lepak sorang-sorang cam gini..
rasa..bestla pulak.. bila sesekali dapat jalan sorang-sorang cam gini..

char kuey teow botak..
 oh yer.. pada yang tak tahu.. Botak tu adalah nama gelaran si pemilik gerai ye..

ok.. sambung balik cerita..
gambar ni aku whatsapp kan kat group family aku.. kat situ aku tulis..LONELY..
hahhahaa... tetiba kak ita aku tanya.. napa lonely?
mana yang lain.. 
aku pun cakaplah.. tengah tunggu fauzi.. dia tak sampai lagi.. jalan jem..
anak-anak semua kat rumah.. adik ipar jaga..
so orang pun.. lepakla jap kat pasar tani, sementara tunggu fauzi sampai..
sekali.. kak ita aku cakap.. " jangan jalan sorang-sorang nati kena ngorat"
aku jawab... hhahahaha.. jangan risau takda siapa nak ngorat aku yang gemok's  ni.. huhu..
tengah syok..syok..berwhatsapp ngan kakak aku.. sekali.. 
suami aku sampai.. 
dalam hati (terkejut mak... ingatkan pakwe mana yang datang duduk kat sebelah tadi)
rupanya suami aku.. hahhahaa...

lepas habis makan char kuey teow tu kami pun belilah..
dua tiga jenis makanan untuk anak dan adik ipar aku kat rumah..
lepastu..kami pun terusla pulang ke rumah..
habis.....

Eh.. asal.. penutup cerita aku ni macam karangan budak sekolah pulak ye...
ah lantaklah.. aku dah takda idea.. ni  ok bye uolls..
 
 



Dec 27, 2013

Back To Shool - Checklist

sekejapnya masa berlalu.. dah nak bukak sekolah dah..
anak-anak aku.. bukan main sedap lagi lepak kat rumah.tidur lewat.. bangun tidur lewat..
bukan main lemak berkrim lagi..
esok faiz ada orientasi untuk darjah satu... tak sangka.. dah nak sekolah dah anak bujang mama ni..
rasanya macam baru je.. kamu lahir semalam faiz.. tak sangka esok dah nak daftar untuk tahun satu...
mama pulak yang rasa teruja ni..acanner ni.. anak nak sekolah mama yg teruja lebih..
apa pun.. sebelum melangkah ke gerbang persekolahan.. mama ngan ayah dah sediakan keperluan sekolah  untuk abang dan adik, walaupun adik baru nak masuk Tadika tahun depan.. mama kena jugak belikan peralatan sekolah untuk dia... kang muncung pulak mulut anak dara mama tu...
kena adil dan saksama ye mama... takmo berat sebelah..
baiklah.. kat bawah ni.. mama dah buat serba sedikit senarai peralatan sekolah untuk anak mama..
ada yang dah beli.. dan ada jugak yang belum sempat mama beli...
yang belum beli tu... mama tgg bonus baru beli ye.. hihihiii...


 yang atas ni.. untuk abang Faiz Nabil ( 7 tahun )

 yang atas ni pulak untuk adik (5 tahun)
Selamat belajar ye sayang mama...
rajin-rajin pergi sekolah tau.. belajar pandai-pandai..
Insyaallah..anak mama mesti berjaya..
Amin..

Lori untuk di sewa

ada sesiapa nak pindah rumah? mesti tengah pening kepala nak cari lori untuk disewa kan?
so.. semalam aku dengan murah hati tolong carikan korang iklan ni.
semoga pertolongan yang tak seberapa ni dapat meringankan masalah korang..
 ok cau...

Dec 26, 2013

over-confident

 

Assalamualaikum semua.. huhu rindunyer kat blog aku ni.
eh..eh.. asal pulak tajuk aku pasal over confident ni. 
entah siapalah yang aku maksudkan tu yee..
hahha.. sebenarnya akulah orangnya..
Kawan-kawan aku selalu cakap. aku ni selalu over confident...
eh.. ye ke korang?? aku tak perasan pulak...
cer kabor.. cer kabor..hahhhaa...


 

Dec 19, 2013

Prosperity Burger

Nyumm nyum  sedapnyer.. rasa macam nak makan lagi je.. padahal baru je pergi makan masa lunch tadi.
dah janji lama ngan budak sue tu. nak gi temankan dia makan burger ni.
akhirnya termakbul jugak tadi..
ikutkan nak pergi berempat.. tapi miera takdapat join la pulak.. ada hal yang tak dapat dielakkan.katanya.
 ok uolls tu je.. bye..


Buka Gerai Makanan Semperna Pertandingan Memancing Putrajaya 2013

Aktiviti aku ngan kangkawan opis minggu lalu. Pada 15/ Nov/2013 Bertempat di persisiran tasik prisint 2 dan 3 putrajaya.
Aku dan 4 orang lagi rakan niaga,hahahhaaa.. lawak pulak rasa.. bila guna perkataan rakan niaga tu..
telah membuat jualan makanan masa acara pertandingan memancing tu.

ni tema yang aku pilih untuk gerai makanan kami..
aku siap arahkan kawan-kawan aku supaya diorang buat makanan untuk Breakfast sebab acara tu bermula seawal 8.00pg.. Compom abang2 pancing tu belum sarapan lagi. jadi.. Kita fokus untuk makanan breakfast je.. Kawan2.. aku pun bagus.. ikut je arahan aku... hihihiii..

ni antara menu kami..
Air kotak,karipap,donat,mee goreng,dan air tin..(eh.. ada orang breakfast dgn air cola ke)hihiiiii.

Dah Penat berniaga.. Jom kita kira untung sesama...ye..

Kereta Sewa sekitar PUTRAJAYA

Alhamdulillah..
masa aku balik kerja semalam, aku terpandang iklan kereta sewa ni, kat papan iklan rumah aku.
ok.. harus ambil gambar dan tepek dalam blog ni. berguna untuk aku dan korang jugak..
Aku kan prihatin bersamamu faizah..  muahahahahaa...


ok uolls.. bye..