Jom Join!!

Dec 7, 2011

Percutian Ke Melaka (hari ke 2)

Hari ke-2
Destinasi ke Taman Buaya & Rekreasi Melaka



 Masa ni. budak-budak ni baru lepas sarapan. turun dari bilik dan ambil gambar dulu kat lobi hotel.sbb nampak pakcik janggut putih ada kat depan pintu masuk..
kabusla pulak gambo ni.
salji ker?
HO..Ho..Ho..


 tuan punya blog.mcm kekurangan gambar plak. so tak kira.
 nak gak selit gambar mama bambam ni.
kat sini...huhu.
 Masa utk tgg En.Dreba dtg ambil penumpang.

 tempat parking penuh dan sesak sangat  kat Taman Buaya ni. Puas kami cari petak parking yg kosong.
tp semua penuh. Pusing punya pusing.
akhirnya dapat gak parking kat tepi-tepi
gerai ni.
jln jauh sikit la nak kepintu masuk Taman Buaya tu. 
itu aku tak kisah lagi.
yg aku paling geramnya.
budak-budak kecik tulah.semua benda diorang nak borong kat kedai tu.
adoiyai.. kopaklah mak apak korang!!!


***************************************************
Taman Buaya Dan Rekreasi

Bayaran:

Taman Buaya Sahaja:
Dewasa : RM5.00
Kanak-Kanak: RM3.00


Taman Buaya & Taman air

Dewasa: RM10.00
Kanak-Kanak: RM 6.00


 Keretapi Raksaksa.
aku naik benda alah ni ngehhh..
 maklumlah dah jd mak-mak kan. terpaksalah ikut rentak anak.
tp yg kelakarnya. aku hingatkan ada banyak nau.. raksaksanya.
rupa-rupanya ada 2-3 ekor jer. tu pun kepala je yg tgl. badan takda pun...
tp ok lah utk kanak-kanak.
bayaran utk naik keretapi raksaksa ni.
Dewasa: Rm 3.00
Kanak-Kanak: Rm 2.00
kanak-kanak yg bawah dua tahun percuma.


 Rumah Hantu:
hahhaaa.. kelakar giler. aku masuk rumah hantu ni ngan Abang man aku, Kak ita ngan 2,3 orang anak buah aku.
masa masuk tu abg man aku yg depan skali. belakang skali kak ita aku,
kelakar wei..
abg man aku tu bukanya berani pun.
masa dia masuk rumah hantu tu, dia mengendap-ngendap macam nak gi skodeng org. klakar gilo.
yg aku pulak duk tarik baju abg aku. 
benda first skali yg muncul masa tu.
adalah kepala hantu. tertonggeng ke bawah.
turun naik-turun naik.
rambut dia kena-kena muka kitaorang masa tu. ktorg dah tak boleh nak bangun dah.
 kepala lutut ni, dah lembut dah. 
 hahhaa
kelakar.
yg anak buah aku pulak  menjerit-jerit kat belakang.
pastu ktorg berjalan macam itik pulang petang kat dlm rumah hantu tu. kaki msg2 dah x boleh berdiri.
kat dlm tu gelap gulita.
ktorg jln lagi.
abg aku duk mengendap lagi.
sampai satu part tu. hantu tu tiba-tiba mengilai..
hantu tu mengilai.. ktorg menjerit.. dia mengilai.. ktorg jerit.
aku  makin kecut..
aku dah tak pegang baju abg aku dah. 
aku pegang tali pinggang abg aku pulak.
aku rasa seluar abg aku dah nak tertanggal aku tarik..
sampai abg aku jerit.. ooiii... lepas ler.. mcm mana aku nak jln oii.
ahhh.. aku tak peduli..
bila sampai satu selekoh tu. 
toiiii... rupa-rupanya aku salah jln.
kepala aku terhantuk kat dinding..
rasa mcm burung-burung berterbangan kat atas kepala aku ni.
mak ai sakit giler.
jln lg...
 dah nak sampai pintu keluar dah.
aku dah nampak cahaya dah.
tetiba bila abg aku pijak satu lantai tu.
lantai tu berbunyi..
bbberrrrr........
abg aku terperanjat terus melompat keluar.
tp yg paling kesian.
kak ita aku.
punyalah dia terkejut.
tetiba ku tengok dia dah jatuh terduduk kat pintu keluar tu.
hahhahaaa...
klakar ler ko ni nyah... 
keluar jer dari rumah hantu tu..
semua org kelawakan 
kak ita..
hahhaa..
nyah..nyah.. 

******************************************************************

Taman Buaya:

 masa tengah tengok buaya ni. tetiba ada bau busuk..lagi pahit 
beralun-alun kat lubang hidung aku ni.
hooiii..
mak ai.. pekat betul bau nyer.
Binatang punya buaya!!!!
kau kentut ker..
hherrr!!!!



 Pertunjukan Buaya Tembaga:

 mmg berani lah abg-abg ni..
tp kata abg ipar aku. sebelum diorg masuk utk buat pertunjukan.
diorg dah baca doa dulu kat belakang...
mmg la kan.. tak siapa boleh jangka apa yg akan berlaku.
tp alhamdulillah  nasib takda apa pun yg berlaku.

 Cubaan kali pertama utk masukkan duit dlm mulut buaya.
tak berjaya.
 Cubaan  ke dua.
berjaya!!!  yes..yes....


*****************************************************************************

Taman Air. 
taman air ni. terletak kat dlm taman buaya tu sekali.
jd kalau nak masuk tmn air ni. korang kena byr sekali masa kat kaunter masuk taman buaya.



 Taman kat dlm taman Buaya & Taman rekriasi
terdapat Raplika Banggunan-banggunan
yg forfuler kat m'sia.














  


***************************************************************


Muzium Lebah:

abg ipar aku nak sangat masuk kat dlm muzium lebah ni.
masa ni aku tak keluar kereta pun.
sbb tak berminat ngan lebah dan bermadu.
eh.. silap.
madu....









*************************************************************************


Malam ke-2:


acara untuk mlm ke dua ni. adalah makan besar kat Umbai.
kami pilih makan malam  kat gerai Parameswara.
menu kami dah oder dari siang lagi.
persiapan booking.
semua tu aku serahkan pd abg ipar aku.(abg khai)
sampai je kat sana kami cuma tgg makanan sampai je.
tak perlu nak fikir-fikir lagi.





Gerai ni mmg sangat terkenal kat melaka.


  masing-masing dah tak sabar nak makan ikan bakar.



ikan bakar haper tah.
 tak hingat nama dia.
jenahak kot.
ngehh..ngehh.






kerang bakar. 





 Lala masak sambal.




 Sotong goreng tepung..


 banyak lg lauk yg kami oder .
udang goreng nestum,kerapu 3 rasa, sup cendawan.
 air  pulak..
teh o, dan sirap..


tp gambo tak sempat nak ambik 
sbb anak aku tak leh duk diam..
hemm..
 ok  nanti hari yg  ke-3 aku masukkan.
tgg...

Dec 6, 2011

PERCUTIAN KE MELAKA ( hari pertama)

Salam semua..
fuuhh.. penat giler.. akhirnya berakhir sudah percutian aku ke melaka.
setelah sebulan aku buat perancangan dengan teliti utk pergi melaka dgn family.
akhirnya..
berakhir sudah.
tak sia-sia segala penat lelah aku, buat  jadual yg sungguh teratur sepanjang percutian tempoh hari.
 semuanya berjalan dengan lancar.dan memenuhi ruang waktu yg ada.
Alhamdulillah..

*****************************************************************

biasalahkan janji melayu. dlm jadual bajet sampai rumah pengantin pkl 12. Alih-alih
 lewat setengah jam.
tp stil ok. 

 sampai jer kat rumah pengantin. tengok-tengok pengantin tengah bersandin.
bukan main tersenyum lebar lg pengantin kat atas pelamin tu.
aauuww..

sebenarnya pengantin lelaki tu, adik kpd abg ipar aku (Abg Khai)
aku dgn family abg ipar aku mmg rapat sangat. kitaorang dah mcm satu family.
senang cerita  kitaorang dah macam adik-beradikla.

bak kata abg khai.
adik aku dapat kawin, bukan main suka lg dol...
dia senyum 
sampai ke belakang telinga..
selalu org senyum sampai ke telinga je. 
dia..
 sampai blkg telinga.
hahhahahahahahahaaaa.
sengal tul abg ipar aku ni.

adoi.. yai. dak perus..
dah kawin dah kau yer..
hehehe.. cam tak percaya jer aku 
budak nakal tu dah kawin..
hikhikhikk.

*******************************************************************
lepas jer masing -masing dah melantak.. perut pun dah kenyang giler ngan nasik hujan panas yg dihidangkan. 
kitaorang pun mulalah berangkat ke destinasi yg berikutnya.
kitaorang berangkat pula ke tempat penginapan kitaorang di Straits Meridian Hotel.
aku bookingkan 2 bilik apartment utk family aku.
nasib aku booking awal. sbb kalau booking lambat. mmg sah-sah tak dapat bilik.
sekarangkan cuti sekolah.
gi mana pun hotel semua full.
nasib  aku pantas lagi bijak sana macam hang Tuah dan hang Jebat... 
HHiiiiyakkk..
hihiii.

jom tengok gambar apartment kat bawah ni.




Two Bedroom Apartment:

yg ni bilik utama. bilik yg lg satu tu aku lupa nak ambil gambo.
tp bilik lg satu tu ada 2 katil single.
 bilik air ada dua. satu kat ruang tamu. satu lg kat dlm master badroom.
ruang makan
dapur
 pemandangan swiming pool.
dari two badroom apartment.






1 Bedroom:

dapur 
ruang tamu
ruang makan.


******************************************************************

MALAM PERTAMA:



auuuuww.. tajuk tak hingat..

akibat mandi kolam yg tak hingat-hingat. dan keadaan cuaca yg very the hot siang tadi...
maka abg aku mulalah sakit kepala., nak muntah la, sejuk-sejuk lah.
adoii yai abg aku.
tak macho langsung la kau abg..
ops!!
sori abg..

 kalau bab mengurut ni. serah  pd kak ita aku..
 tp kalau bab mengarut... serah pd aku.
hikhikhikkk
kak ita tu mmg pandai urut-urut ni.
lepas je abg man kena urut.
dia terus lari pergi tandas.
habis segala isi perut keluar.
akhirnya abg man ngan isteri dia tak jadi ikut kami keluar mlm tu.
kesian.. kak su. 
padahal dia org pertama yg siap kot... 
last-last  kena jg suami tersayang plak.
 masa ni. baru sampai kat  bandar hilir.
 kak ita ngan anak dia aifa
 sebenarnya pemandangan kat belakang tu cantik sangat. 
tp sebabkan kamera aku ni bukanlah secanggih kamera
DSLR. maka. hanyalah cebilan lampu-lampu jer yg nampak kat belakang tu.
hu.. seday..wo.

 mak.


 Irfan yg dah mengantuk masa ni.
tp terpaksa jugak tahan mata. sbb nak naik river cruise.
kak ita. seronok sangat dpt naik River Cruise.
Abg ipar aku. suami kpd kak ita. kesian dia masa ni. 
asyik kena simbah dgn air sungai  jer.
tu lah sapa suruh duduk kat depan. kan dah kena simbah ngan air.
haahha.. padan muka.
kalau korang nak tau abg ipar aku ni. mmg banyak cakap org nya.
masa dia kena simbah ngan air sungai tu. 
berdekah-dekah aku ketawakan dia.

tp mmg best berjalan bawak abg ipar aku ni.
mmg tak kering gusilah bwk dia berjalan.
asyik ketawa jer.bila berjalan ngan dia.
dia mmg selamba punya org.
dia pemeriah suasana
.i like.. 

 kincir air di bandar hilir
 eye on melaka
perkampungan morten melaka


serba sedikit info utk River Cruise:
Tambang :Rm 10.00 (dewasa)
:Rm 5.00 (kanak-kanak)
kanak-kanak bwh 2 thn percuma.
Beroperasi: 9.30 pg- 11.00 mlm
jangka masa yg diambil utk perjalanan utk pergi dan blk adalah 45 minit.






*******************************************************************





lepas naik River Cruise..
kami pergi Jonker Walk pulak.
Jonker Walk ni. lebih kurang macam Petaling Street la.
ada jual barang-barang cendera mata, fridge magnet, selipa,beg, dan macam-macam lagi lah.






lepas puas cuci mata kat Jonker Walk.
masa utk makan malam pulak.
tanpa berlengah lagi.
kitaorang munuju pulak ke Hajjah Mona Asam Pedas.
Kota Laksamana.
tempat ni mmg terkenal dengan asam pedas.
kalau korang pergi melaka.
nak makan asam pedas. yg power. korang gi la kat 
tempat ni. 
Asam pedas dia. mmg sedap.
harga satu set. RM 6.00.
set dia adalah; nasi putih, telur masin, dan timun.
ikan boleh pilih ikut suka korang.


nak alamat?
ni dia kat bwh ni.
Jln Laksamana 1, Tmn Kota Laksamana ,
75200 Melaka.


 Ikan Pari Asam Pedas






bila tengok budak-budak kecik tu semuanya dah lemah gemalai..
kami pun blk ke hotel.
jd cerita hari ke dua aku akan smbg pd esok hari ye.. kay bye.