Jom Join!!

Sep 6, 2011

Nabillah dah potong rambut pendek.

Ahad lepas.Blk dari umah mak aku kat  KL.Aku terus ajak Hubby g mines kat Serdang. Sampai jer kat sana aku  ajak dia  g  McD. coz lapar giler..Lepas jer makan terus ajak Hubby cari Salon.sebab nak gunting rambut anak dara aku tu. Rimas aku tengok budak kecik tu..taknak ikat rambut, tak nak cekak rambut.. sisa-sia jer mama belikan ikat rambut yg comel-comel, Cekak yg berbunga-bunga.kau langsung tak hairan. Kalau pakai pun hanya depan mama jer. bila belakang mama kau  bukak balik..
Sabo jerlah.
  jom aku bwk korang tengok gambo anak dare tu kat salon.

mula- mula dia ok lg.. diam je tak bergerak-gerak.

 kita shampoo dulu..
wooo.. tengok amoi yg shampookan  rambut anak aku tu. 
seksi u.. tapi dah ada anak sorang. sebaya ngan Nabillah.
sempat lg kami menyembang hihii..

cer- tengok anak dare tu,.. bukan main sopan lg dia duduk. dah macam atas pelamin dah..
hiiihii.. masa ni. dia langsung x angkat2 kepala.
punyalah takut..

tengok muka anak dara aku tu ketat giler..hihiii..

hihiiiiii... klakar lah muka anak mama masa nie. hii..
masa ni dia baru jer lepas cuci rambut.
muka dia mcm x puas hati jer tengok mama dia.. kan.. hihiii..


skrg dah mula nak gunting dah..
hihii..ketat jer muka dia kan..

masa start gunting tu dia dah mula gelisah dah..
dah x boleh duduk diam dah.
sbb tangan  dia  dah x boleh keluar..
kejap-kejap dia bangunlah,
merengeklah..
dah tak tentu arah dah dia.

 
ok nampak x gula2 kat dlm plastik tu.
tu sebagai umpan utk dia diam ok.
hahaha.. gamat kat dlm salon  masa tu.

hihiiiii...hahhaaa.. klakar giler masa nie.. 
time nie sampai 2 org skali hair drayerkan rambut anak aku. sbb nak cepat.
coz.. dia dah memerontak..
hihiii..
klakar la..

dah hampir siap..

ok dah siap...

ok dah keluar dari salon dah,..
punyalah dia happy.
besh.. x adik?
beshh..!!!

*- utk pengetahuan krg..
ada 4 org warga kerja yg terlibat utk menyiapkan rambut anak aku nie.
sorang utk cuci gambut dia.
sorang utk gunting rambut dia.
2 orang lg main game kat depan dia. supaya dia duduk dia. 
hihiiii...

bak kata pekerja kat situ. nie kali pertama diorg layan sorang pelanggan sampai 4 org.. 
hihiiii..
sekian al-kisah Nabillah di salon.

Beraya ke Rumah Hairuman

Salam Semua..
hari ni saya nak kongsi
kisah pemuda bernama Hairuman yang amat menyedihkan. Anak muda yang asalnya cukup sifat dilanda musibah kejutan elektrik semasa mengait kelapa sawit. Badannya teruk terkena renjatan elektrik berkuasa tinggi.
Akhirnya, kedua-dua tangannya dipotong. Diikuti dengan kaki kiri.
Lebih menyedihkan, anak muda ini adalah anak yatim piatu.Diusia muda, belum sempat beliau mengorak langkah membina kehidupan, musibah yang datang melenyapkan segala impian. Tiada ayah dan ibu sebagai tempat mengadu. Hanya kakak yang menjadi teman.

gambar semasa Hairuman masih dalam rawatan di Hospital.

Pada satu Syawal yg lalu..
kami sekeluarga telah menziarahi  Hairuman.
yg kini telah menetap di kediaman Abang Iparnya di
Kampung Klan Halt 2.Slim River Perak.
yang berdekatan dengan rumah Atuk kami.
yg hanya selang beberapa biji rumah sahaja.
sebelum berangkat ke rumah tersebut.
Atuk sebagai ketua rombongan.
telah memaklumkan keadaan sebenar Hairuman.
dan kami  telah membuat sedikit  kutipan derma sebelum berangkat ke rumah beliau.

 Perjalanan menuju ke Rumah Hairuman.


Nabilah Buat hal..

Macam-macam ragam budak tecik ni.

kami antara peserta yg tertinggal jauh dibelakang.

sampainya kami didepan rumah adik Hairuman.

inilah wajah Hairuman di Pagi Syawal.

yang pakai baru melayu warna coklat cair tu adalah abang ipar hairuman. dan yg berbaju kuning tu adalah kakak kepada Hairuman. yg berjubah hitam adalah Opah aku,dan yg berjubah putih tu adalah Atuk aku.

gambar kami sekeluarga bersama Hairuman.
aku cukup kagum dengan adik Hairuman ni. Walaupun dia ditimpa musibah sebegini rupa.
 namun hatinya tetap tabah menempuh hari-hari yg dilaluinya.

masa ni kami dah nak berangkat pulang.
time ni hati aku sebak sangat. bila tengok adik Hairuman nie.

Sebelum pulang atuk telah menyerahkan sedikit sumbangan kepada Hairuman.
semoga dengan sumbangan yg kecil ini, dapat menceriaan sedikit hati adik Hairuman.

sebelum pulang aku sempat cakap pd adik Hairuman ni.Agar dia kuatkan semangat.
dlm menempuh dugaannya.

*- Aku mmg tabik la kat adik Hairuman nie.
sbb masa kami sekeluarga pergi ziarah dia. Bibir dia tak pernah lekang dari senyumannya yg Manis..
*-Dia seorang yg peramah, dan dalam masa yg sama dia seorang yg pemalu.


Semoga Adik Hairuman Akan dimurahkan rezeki dan berjaya di dunia dan akhirat hendaknya. amin..


untuk cerita lanjut mengenai Hairuman klik di sini

Sep 5, 2011

Suasana Hari Raya..



Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira

 Anakandaku Faiz.

Anakandaku Nabillah

Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
En.Hubby & Ai..

Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

haha.. ok dah stop tuk nyanyi..sekarang tiba masanya tuk menjamu mata..
jom ai.. bwk ulls semua ke kg ai.. berkenalan ngan family ai..


yg kiri makcik i, Tengah tu, adalah ibunda i yg terchinta, dan yg kanan tu 
my lovely Opah.



ok yg encem Berjubah Putih,Berkopiah putih tu.adalah my lovely Atuk..


 yg ni plak family makcik i.

yg lelaki tu sepupu i ngan anak dia Balqis.
isteri dia nurse kat HKL tak dapat cuti. jd mereka beraya berdua je.
kesian kan..



ok lah gambar kat bwh nie korang layan jerlah..

tibalah masanya utk  aku bermaafan.

Balqis.

Nabillah..

Jom ayah kita g Raya..

dipagi raya yg penuh kemuliaan..

Ok peace.. 
hikhik.. cuba tengok jari Nabillah tu.. klakar kan..
hihiii..

ok sekian..

kenduri di malam raya.

Ye!! Ye!!  Esok hari raya!!
malam tu semua duduk depan tV nak dengar pengumuman raya.
alhamdulillah.. akhirnya hari raya tahun ni jatuh pada 30.8.2011. bersamaan hari selasa.
seperti kebiasaan. setipa malam raya. Opah ngan Atuk aku akan buat kenduri.
Kenduri mlm raya ni mmg dah jadi acara wajib Opah ngan Atuk aku.



Menu pun sekadar alakadar je

masa nie..semuanya tengah tgg tetamu dari surau sampai. yg pakai baju biru tu.sepupu aku.
bakal Inspektor Polis. 
sekarang masih lg dlm traning di pulapor jln semarak.
Al-hamdulillah.. dapat gak anak dare ni blk beraya ngan ktorg raya ni.
kalau tak menangislah anak dare ni sorang-sorang kat pulapor tu.. hihii


Menu utk kenduri malam raya tu:


Rendang ayam


Lemang


Nasi Impit bersama kuah kacang


balik kg.. o.o o blk kg. Hati Riyang!!

O..O.. Balik Kg Hati Riyang..
Raya tahun nie aku blk kg opah aku kat Slim River perak.
perjalanan taklah jauh sangat. cuma sejam lebih je.
aku blk kg ari tu pada 29/8 bersamaan hari isnin.
kiteorang blk lambat. sbb hubby kerja lg ari isnin tu.


kesian dia..
terhegeh-hegeh masukkan beg dlm kereta.yer..
hiihii
ada anak lelaki pun. sibuk dengan Ultraman dia.bukan boleh tolong apak dia pun.. hihii
yang sorang lagi tu. lagi la sibuk. asyik kejar kucing je..

makan..makan..makan.. tu jer yg budak tecik nie tahu..
billa..billa.

ok.. sebelum naik kereta. Posing dulu cepat... satu dua tiga..senyum..

macam biasa..Billa mmg payah sikit nak senyum.. 
jagan si Abg. 
habis.. segala gigi emas.. semua terkeluar..

tu baju raya ktorg..
dah siap gosok dah.. 
nanti pagi raya terus pakai jer. kan senang.

Aug 26, 2011

Selamat Hari Raya.

Salam Semua...
hemm.. nampaknya hari ni ramai yg last day utk kerja kan.
almaklumlah.. ramai yg dah x sabar nak blk kg.
kat opis aku pun dah mula rasa sunyi.
hemm mesti ramai yg ambil cuti hari isnin kan.termasuklah aku.
tp aku blk kg, mungkin hari isnin kot.
sbb en.hubby saya masih lg b'kerja hari isnin tu.
tp half day jer kot. Lepastu baru kami pulang ke kg.
kg saya pun x lah jauh sangat. Kat Slim River Perak jer.(rumah opah)
perjalanan mungkin dlm sejam lebih jer kalau ikut highway.
ok lah dikesempatan ini..
saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Kepada Semua Yang Mengenali Saya.
juga saya  ingin mohon ampun dan maaf  Sekiranya ada terkasa bahasa dan terlanjur kata.
sepanjang perkenalan kita.

kepada anda yg akan pulang ke kg.
saya doakan agar kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T.
agar kita semua selamat sampai ke kg dan dpt
 beraya bersama keluarga yg tercinta.
akhir kata dari saya

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN..

Aug 24, 2011

Jom G Holiday.

Kiri kanan Makcik ni bawak beg.
nak g mana tu?

 bukan main lg budak berdua nie..


Babai.. jln baik-baik yer!!!