Jom Join!!

Jan 21, 2011

DURIAN MUSANG KING RM68 -Sebiji

Tadi balik aje dari opis aku ajak hubby singgah g pasar tani..coz pagi-pagi tadi masa nak hantar dak Aiisshh g sekolah.. aku dah janji ngan dia nak Belikan dia Atomen.. A.K.A... Ultraman...
tangan dah penuh ngan makanan.. itu dan ini.. tetiba.. aku t'nampak plak Durian... Yg memang Nala... punya.. bak kata mak haku...dalam... sibuk2.. hubby duk tanya pasal salah silah durian tu.. aku pun sibuk duk kejar si anak Kecil aku.. (billa).
tetiba  aku tengok my hubby dah bayar pada si penjual...
dalam kreta aku tanya .. brape harga durian tu?  dia pun Habaq mai kat aku.. Sekilo RM 35 hengget /  so.. bila d timbang.. durian aku beli tu sekilo lebih kurang 2 kilo. Nahhh... Hambik kau,...Rege dia  RM68 hengget...
adooiii hai... naper lah hubby aku nie... aku x der lah ngandung pun...
tp nak wat cam no..
makan ajer lah...

HHaa.. korang nak tengok Gambo Durian King Tu..x?
ha.. aper lagi... sskkrroolll lah mouse tu...ke Bawah 




AAAiisshhh  mmg suka sangat la kalau kite orang beli Durian.. tengok la tu.. sampai dah menerap kat depan Durian tu...

WWWooouuuu... Memang Terbaik Dari ladang Lah... mabeles!!!!

  nyummm nyummm 

Si kecil Billa tu... nak cuba gak tapi tak pandai pun makan durian tu.. bila dah masuk mulut dia luah balik..

bbuuueerrrkkkk
akhirnya.. habis gak.. durian King ni..
hasil Santapan Anaknda hamba ngan Permaisuri dari istana hinggap.


Layan Aaaiisshh Main Doh!!

 tak tau nak citer aper..sebab ari ni ade lah hari yang membosankan.......tp aku layan jugan naluri hati nie..
eeemm...Benda ni aku beli kat Cosway..
murah jer benda nie..
seronok  Aiisshh.. aku duk layan dia.. 
macam -macam bentuk aku buat 
untuk dia..

Jan 20, 2011

BOOOSSaannn


 Haahhaa comel kan muka Hayam ni..
boleh d katakan cam nie lah lebih kurang muka aku skarang ni.. muka org dalam keBosanan..
Semperna cuti Thaipusam nie... aku duduk kat umah jer..
cam biase..
bangun jer pagi aku  buat sarapan..
bila dah masuk tengahari sikit.. g dapur balik masak tuk mkn tengahari.
just masak ala kadar jer,..


                Daging Masak Kicap ngan Black Paper


                                          Sambal Udang
                  

                                       Sup Sayur

makan dan makan.. camno lah badan nie nak slim cam karena kapor... hahahhaaaa...
hhheeemmmmm bosannyer.. hubby plak balik dari opis... makan n terus t.do...
BBBoooosssannnnye...  hubby jom lah g ambik angin kat taman ke.. haper ker..
bosan la...
nak kejut kan tp x sampai hati la plak..  aduuii hai..ttuulluunnnnnn

Jan 19, 2011

Jom kongsi petua..


Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu.



  1. Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah ke tempat yang pecah. Dalam masa dua hari, luka akan sembuh.
  2. Sapukan garam atau marjerin cair pada tempat yang sakit. Rasanya agak pedih sedikit.


  1. Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh
  2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.


Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus

Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu.


p/s : pada sesiapa yang nak gemukkan badan pun boleh cuba petua nie.. mana tau menjadi..

Apa ZODIAK anda?

CAPRICORN : YANG POSESIF

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Disember hingga 19 Januari dikatakan bernaung di bawah zodiak Capricorn, yang berlambang kambing. Anda mengutamakan kejayaan, status, kedudukan, reputasi, kesetiaan, penumpuan, di samping berkebolehan menyelesaikan masalah, bertanggungjawab, memperlihatkan kebijaksanaan, dan keseriusan belajar melalui pengalaman.

Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap memandang buruk (pesimis), selalu terpaksa, membebankan, menghadapi halangan, memperlihatkan batasan, kurang simpati, berada dalam ketakutan, dan pemikiran sempit.

Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap
baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CANCER dan LIBRA. 





AQUARIUS: YANG RASIONAL

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 20 Januari hingga 18 Febuari dikatakan bernaung di bawah zodiak Aquarius, yang berlambang gelombang (alur air). Anda meminati pengembaraan, berjiwa kemanusiaan, ingin tahu, ada semangat berontak, bersikap spontan, progesif, persahabatan, hak asasi, berkumpulan, dan manfaat manusia.

Ciri Negatif
Walau bagaimana pun,ada kalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka membantah, memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang kaedah, dan mendatangkan bencana.

Kualiti Astrologi 

Aquarius termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEOdan SCORPIO.
AQUARIUS SEPINTAS LALU



PISCES : YANG SENSITIF

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 19 Febuari hingga 20 Mac dikatakan bernaung di bawah zodiak Pisces, yang berlambang ikan. Anda mengutamakan cinta sejagat, bersifat manja, sentiasa mencari ilham, memperlihatkan kepercayaan, ada persefahaman, berjiwa puitis, gemarkan muzik, beragama, bersifat setia, mampu melayan diri, mengutamakan kerohanian, dan tidak mudah mengaku kalah.

Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa keliru, bersalah, mudah mengaku kalah - diri, kecewa, bimbang, risau, terlibat dalam penipuan, ketagihan, dan mudah menurut kemahuan hati.

Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah
GEMINI, VIRGO dan SAGITTARIUS. 




ARIES : YANG PENUH DAYA TARIKAN

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mac hingga 20 April dikatakan bernaung di bawah zodiak Aries, yang berlambang Biri-biri Jantan. Dengan yang demikian , anda seorang yang berani, yakin, inisiatif, mengutamakan tindakan , ada pertahanan diri, ada rasa merintis, ada daya juang, dan pencipta nasib.


Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda ini terlalu pemikir , ada kekasaran, kesombongan diri, gemar menimbulkan permusuhan , agresif, hasil kerja tak sempurna, dan ada kelemahan.


 

Kualiti Astrologi  
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah CAPRICORN, CANCER dan LIBRA.



TAURUS : YANG SETIA

Ciri Positif  
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 April hingga 20 Mei dikatakan bernaung di bawah zodiak TAURUS, yang berlambang Lembu Jantan. Dengan yang demikian, Taurus mengutamakan kekayaan, ketinggian rohaniah, kaut daya rasa, kesetiaan, gemar berpeleseran, kesuburan, terlalu praktis, murah rezeki dan ketabahan .


Ciri Negatif
Walau bagaimana pun , ada kalanya Taurus bersikap terlalu kebendaan , terlalu mengongkong, keras hati , suka menurut rasa hati dan buntu fikiran .



Kualiti Astrologi
Taurus termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, daya ketabahan, daya ketahanan, dan daya kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah AQUARIUS, LEO
dan SCORPIO. 



 
GEMINI : YANG BEBAS


Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mei hingga 20 Jun dikatakan bernaung di bawah zodiak Gemini, yang berlambang Saudara Kembar. Dengan yang demikian , Gemini mahir berkomunikasi , suka mengembara , serba boleh, bijak , ada kuasa bercakap , berkebolehan menulis , kedekatan pada sanak saudara dan jiran , gemar penghijrahan, dan bersikap terbuka.


Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap hanya suka sekejap sahaja , berperangai keanak – anakan , gugup , talam dua muka , bercakap kosong , tak lengkap dan suka berpura – pura.

Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah PISCES, VIRGO
dan SAGITTARIUS. 




CANCER : YANG HANGAT

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Jun hingga 20 Julai dikatakan bernaung di bawah zodiak CANCER, yang berlambang Ketam. Dengan yang demikian , Cancer sukakan rumah tangga , keluarga , kesihatan , makanan , ada rasa simpati, memberi perlindungan , agak sensitif , punya kesabaran , kejujuran , dan kepintaran.


Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap keanak – anakan , berbolak – balik , berpuak – puak , tidak selamat , terlalu bertahan dan takut pada perpisahan .




Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CAPRICORN dan LIBRA. 




LEO : YANG DAPAT DIPERCAYAI

Ciri Positif 
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Julai hingga 21 Ogos dikatakan bernaung di bawah zodiak LEO, yang berlambang Singa. Anda mengutamakan rasa cinta , mesra , bersifat pemurah , ada daya kepimpinan , menonjolkan kemegahan , sentiasa hidup , menonjolkan keagungan , keberanian , keupayaan , rapat dengan anak – anak , berbakat dan suka pada hiburan.


Ciri Negatif
Walau bagaimana pun,ada kalanya Leo ini kerap menunjukkan ego , banyak cakap , memperlihatkan sifat ketuanan , menunjuk – nunjuk , mengejar kemewahan , dan menghadapi komplek rendah diri dan bangga diri.


Kualiti Astrologi
Leo termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, AQUARIUS
dan SCORPIO. 




VIRGO : YANG SERIUS

Ciri Positif 
Orang yang lahir pada tarikh antara 22 Ogos hingga 22 September dikatakan bernaung di bawah zodiak VIRGO, yang berlambang Seorang Gadis. Dengan yang demikian, anda suka pada kerja, hasil kerja sempurna, punya wira-diri, suci, mengutamakan penjagaan kesihatan, ada kesedaran, memberi penumpuan berdisiplin, praktikal, sedia berkhidmat dan menyeluruh.

Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa bimbang, cerewet, berpandangan sempit, terlalu tertib, suka merungut, tidak mudah mengaku kalah, dan ada ciri mengkritik.


Kualiti Astrologi  
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, PISCES dan SAGITTARIUS. 





LIBRA : YANG BIJAK

Ciri Positif 
Orang yang lahir pada tarikh antara 23 September hingga 22 Oktober dikatakan bernaung di bawah zodiak LIBRA, yang berlambang Alat Penimbang (Dacing). Dengan yang demikian , orang yang berzodiak Libra biasanya berciri – ciri harmoni , seimbang , gemarkan perkahwinan , sukakan perhubungan , mengutamakan kesamarataan , pakatan , diplomasi , berseni , suka membantu , sentiasa dalam keadaan ceria , dapat menjadi pasangan yang ideal dan sukakan keadilan .

Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap bolak-balik, pura-pura, tidak jujur, tujuan kurang tegas, atau tindakan kurang seimbang.


Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif (berprinsip memulakan sesuatu). Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk merangsang dan memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CANCER
danCAPRICORN



 
 
SCORPIO : YANG RASIONAL


Ciri Positif 
Orang yang lahir pada tarikh antara 23 Oktober hingga 22 November dikatakan bernaung di bawah zodiak SCORPIO, yang berlambang Kala Jengking. Anda mempunyai daya penarik, kreatif, ada keinginan yang kuat, punya stamina, daya seksual yang tinggi dan ada bakat menyembuh.


Ciri Negatif
Walau bagaimana pun,ada kalanya Scorpio mudah menaruh rasa cemburu, suka menuntut bela, suka 'membinasakan diri', melampau, fanatik, tamak dan berdaya untuk menyerang.

Kualiti Astrologi
Scorpio termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan AQUARIUS. 





SAGITTARIUS : YANG BERWAWASAN LUAS

Ciri Positif 
Orang yang lahir pada tarikh antara 23 November hingga 20 Disember dikatakan bernaung di bawah zodiak SAGITTARIUS, yang berlambang Pemanah. Anda minat belajar, bersikap optimis, kembara, kefahaman diri, berminda tinggi, mempunyai hati nurani, berpegang pada agama, psikologi, suka pada keseronokan, bijaksana, selalu ada tuah, gemar penerokaan dan ada pelbagai impian.


Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berada dalam kecuaian, tidak mematuhi undang-undang, berada dalam kegelisahan, pembazir, terlalu menurut kehendak hati, tidak jujur dan tidak bertanggungjawab.


Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, VIRGO dan PISCES. 



 
 
 
 

Jan 18, 2011

Layan c-ter Rafiq di Astro Ceria


Cerita Rafiq Di Astro.. RafiQ yang kat belakang tu..

tak berkedip mata budak berdua ni..
sementara tunggu mama ngan ayah bersiap... adik dan abang pun  layan citer RAFIQ...

dah lama sangat duduk.. maka adik pun merebahkan diri pada abang...
dua beradik nie memang slalu cam nie... si adik memang manje dengan si abang..