Jom Join!!

Jun 13, 2014

Cherating Part-3

Hari Ke-2 di Cherating..


Lepas solat subuh.. aku terus ajak en.suami jalan-jalan kat tepi pantai..
saja nak hirup udara segar kat tepi pantai..dengan cinta halal saya.. ace..ceh..


pagi tu kami semua keluar awal pagi nak bekpes kat kedai katanya..
tapi agak menghampakan sikit pasal sarapan pagi hari tu..
aku rasa macam kedai tu cekek darah sangat..
pagi tu.aku makan nasi lemak dengan lauk sotong.. Tapi... sotong tu aku ambik cuma 2 ketul janggut sotong je kot. dengan air teh o panas..
sekali bila kira.. Nah.. hambekk ko.RM9.00 terkejut giler aku..
apa yang mahal sangat ni.. nasi lemak ngan teh o je kot. pastu janggut sotong 2 ketul. bukannya ada badan sotong pun.. fuuhh... giler lah.. sarapan pagi utk seorang pun dah RM9.00 ringgit.
bukannya aku berkira sangat bab makan ni. tapi agak-agak la kan.. jangan la sampai cekek darah pelanggan.
kalau korang tak percaya meh sini aku tepekkan gambo nasi lemak tu.

  ni lah dia nasi lemak yang aku cakap tu..


lepas aje sarapan pagi kami terus ke Santuari Penyu
masuk adalah percuma.
tujuan kitaorang pergi sini.sebenarnya nak kenalkan anak-anak dengan spisis penyu.




 Abang ngan kakak aku.
 Dugong

 Pintu Masuk 
 Penyu Karah..
rupanya penyu ni ada banyak jenis ye? nasib pergi tempat ni. kalau tak sampai ke tua aku tak tahu hehehe.



 ni kalau tak silap aku labu labi ni.. 
 ok kata faiz.. ni Mak kura-kura dengan  adik kura-kura.

ni penyu apa ntah..hahaha.



Lepas pergi Santuari Penyu, kami terus menuju ke Zoo Kemaman







dah penat pusing satu zoo.. kami berehat sekejap kat pondok yang disediakan..
sambiltu boleh selfie-selfie dulu..hehe..


tiba masa untuk balik..
hambik.. satu gerabak penuh dengan family aku..
yang lain sila tunggu keretapi yg lain ye..hihi.

lepas pergi zoo,adik beradik aku terus singgah makan di pantai teluk mak nik kemaman.
aku tapau je.. sebab dah tak larat sangat..

 ok..  sampai sini dulu nanti sambung Part-4

tunggu..








Jun 12, 2014

Cherating Part 2

jom sambung Part 2. 
masa ni kami singgah makan tengahari kat area mana ntah aku pun dah lupa.
tapi en.suami aku bukan main suka dapat makan ikan patin masak tempoyak...
tengok ler tu.. bukan main senyum lagi. mak mertua lalu  kat belakang pun tak sedar..


 lepas je makan tengahari.. kami terus menuju ke tempat penginapan di Cherating Bayview resort.

ini lah rupa Cherating Bayview Resort

pantai yang sangat cantik..
tapi ombaknya kuat sangat.. takut aku nak mandi.




 sementara anak -anak mandi kolam. En.suami terus ajak aku pergi jalan-jalan cari keropok leko ngan satar.. yee.. bestnya...
sebelum pergi.. aku singgah dulu kat kolam tu. siap tinggalkan pesanan kat anak buah aku..
korang tolong tengokkan anak maksu tau. mak su nak pergi beli keropok leko kejap..
nanti maksu upah korang ngan keropok leko ye..ehehe..


ok B. jom kita cari keropok leko..

kami singgah di kedai 4747.
kata en.suami.keropok leko kat sini sedap..
yer ker? ok jom kita beli...

 keropok leko yang sedap sangat sangat sangat..  tak sama macam keropok leko kat KL yang liat tu.
yang ni keropok leko yang digoreng.

satar ni aku beli kat kedai lain..
pun sedap jugak.


yang ni pulak keropok leko yang direbus..
aku tak suka yang rebus.. aku lagi suka yang goreng..


sebelum acara sukaneka bermula.mari kita berkelah dulu kat tepi pantai..
fuhh memang nikmat sangat.


sambil makan keropok leko..
sambil perhatikan anak-anak main pasir pantai..


Persediaan Sukaneka:



pada waktu malam, kami buat BBQ dan acara penyampaian hadiah.

sedapnya macam-macam ada..
ayam,hot dog,kambing,ikan semua ada..

jom bako..
dah tak sabo nak makan ni..

part bako-bako ni. aku tak reti..
so bagi pada yang pakar..
aku ngan akak akak aku, susun hadiah je..
syok giler family day kali ni.
macam-macam hadiah kami dapat..
untuk acara sukaneka.. hadiah dari No.1 ke No.akhir sama je..
bukannya nak cari pemenang pun.. saja suka-suka..

ok sampai sini dulu nanti sambung part -3 ye.. bye

Jun 11, 2014

Cherating Part 1 (persiapan sebelum pergi)

hai korang... dah lama aku tak mengupdate n3.malas weeii..
seronok rasanya dapat bercuti dengan keluarga tersayang.. hilang sekejap rasa penat bekerja tiap-tiap hari.
seperti perancangan kami.. setiap cuti sekolah, acara wajib adalah percutian seisi keluarga..
destinasi kami kali ini. di CHERATING
first time aku menjejakkan kaki di cherating ni..  tak sangka cherating mempunyai pantai yang cantik..

ok jom aku cerita pasal persedian awal aku sebelum bercuti ke Cherating..
macam biasa.. aku akan dilantik sebagai setiausaha kelab..hahhaha..
semua jadual aku yang aturkan..  so.. aku pun apa lagi..
minta bantuan en.google dan  kawan-kawan opis..

ok ini tentetif yang aku sediakan..


tapi bila sampai kat sana.. xtvx kami dah bertukar sikit..
sebab banyak masa yang terluang..

macam hari ke-2 tu. ikutkan  kami pergi ke mini zoo dulu. tapi kami terpaksa  tukar program.
kami pergi ke santuari penyu dulu. sebab tempat tu dekat dengan penginapan kami.


senarai nama peserta


sedikit nota utk rujukan aku dan pengerusi.


kat bawah adalah senarai acara sukaneka






kat bawah ni pula senarai semak/barang yang perlu aku sediakan utk acara sukaneka:









kad jemputan untuk peserta


aku pakai kad terpakai je..hihihi


sumbangan ikhlas dari aku untuk acara cabutan bertuah..
kali ni memang banyak hadiah yang kami dapat..
hadiah.. adalah sumbangan ikhlas dari setiap peserta..
tiada sebarang syarat untuk sumbangan..
kalau tak sumbang pun kami tak kisah..
tiada sebarang paksaan dari pihak penganjur..
yang penting semua happy..




Jun 2, 2014

Happy Anniversary yang ke-8


Happy Anniversary Abang.. Moga hubungan kita hingga ke Syurga Amin..

pagi tadi.. bangun tidur terus en.suami ucap Happy Anniversary kat aku. aku yang tengah mamai-mamai ni terus terkebil-kebil mata..
eh..yer ke? hari ni berapa hari bulan ye...
ishh teruknya aku sekarang.. kalau dulu,aku yang ingatkan pada en.suami tarikh-tarikh penting ni. tapi sekarang.. dah terbalik.. dia pulak yang ingat..
macam birthday faiz bulan tiga hari tu.. en.suami yang ingatkan.. tetiba je dia ucap happy birthday kat faiz.. aku yang duduk kat sebelah faiz masa tu boleh pulak terkejut..
eh.. macam mana dia boleh ingat.aku tak ingat ni..
rasa bersalah sangat..
apa pun..  untuk suamiku...
terimakasih abang sebab sudi jadi suami saya yang baik hati, sudi jadi boy friend, sudi jadi kawan gaduh,dan sudi jadi kawan mesra saya..hhehheehee..

semoga kita akan hidup bahagia selamanya Amin..
M.a.m.a S.a.y.a.n.g A.y.a.h S.a.n.g.a.t-s.a.n.g.a.t

Anniversary aku yang lepas-lepas..

http://lovelyberryintheblog.blogspot.com/2012/06/anniversary-ke-6.html
http://lovelyberryintheblog.blogspot.com/2013/06/happy-anniversary-to-me-hubby.html